Saya di kampung. Rasa fresh dan enak sekali. Abaikan gambar di atas itu. Hanya hiasan sebagai penghias entry.
Di ofis, saya sudah tidak berperasaan utk bekerja. Bukan tak ikhlas, cuma tak berperasaan je. Bulan April saja, 3 orang dah hantar tender. Macam mana nak kerja ni, kawan-kawan dah makin kurang. Sorang demi sorang berhenti. Kawan yg best pulak tu. Aku sedih.
Ok, itu rezeki mereka. Rezeki saya masih disini, di meja dan kerusi tepi highway ni, di tingkat 21 bangunan Tokio Marine ini. Sampai bila? Sampai saya rasa saya betul-betul bersedia untuk berhijrah, sampai saya rasa saya harus memulakan hidup baru di tempat baru. Sekarang saya masih belum bersedia. 'Bersedia' yg saya maksudkan ialah dari segi mental, pengalaman dan pengetahuan.
Saya masih ingat kata-kata yg saya lupa siapa yg cakap, kalau nak berhijrah, pastikan ilmu sudah penuh didada, bukan semata-mata kerana nak gaji lebih. Ye, itu betul. Tapi saya rasa semua penting. Semua memainkan peranan.
Company kena lah appreciate pekerja dia, pekerja pula kena fikirkan tahap kewangan dia macam mana, kalau dah semua harga barang naik tapi gaji tak naik-naik pun susah juga. Kos hidup di bandar sangat la tinggi.
Tapi kita sebagai pekerja juga harus fikir untuk berhijrah ini jangan main letak je harga tinggi tapi at the end kita tak boleh perform dengan baik. Nanti ada pulak orang cakap demand gaji punya la tinggi tapi buat kerja hampeh. Saya tak nak jadi macam tu. Kalau boleh gaji saya biar la setaraf dengan kemampuan saya.
That's why saya belum bersedia untuk berhijrah. Masih banyak perkara yang saya perlu belajar disini. Saya belum banyak pengalaman. Saya kena banyak belajar lagi. Itu pasal pengalaman. Belum masuk lagi bab BEM yg sampai sekarang belum ada. Arghh..komplikatednya hidup.
BEM, benci nak cakap pasal benda ni. Muak dan jelak. Tapi kena hadapi juga sebab itu satu keperluan. Ok, stop cakap pasal BEM, nanti aku muntah.
Nak rehat jap. Nak hirup udara segar. Tata.
No comments:
Post a Comment