Thursday, June 30, 2011

central market

Idea ini datang dari Kak Su. Saya tak terpikir pun nak kesini sebab memikirkan betapa sesak untuk berjalan kaki. Bila Kak Su ajak pegi sana, saya pikir ok juga. Yg saya tahu, dah 7 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Central Market. Kami ke sana menaiki train.

Mungkin pada setengah orang berfikir, apa la bestnya pegi central market ni. Actually tempat ni ada kenangan yg tersendiri. Ala-ala KLMJ gitu. Kenangan 7-8 tahun lalu dimana saya belum ada kereta, naik train dari Ampang Park turun di Pasar Seni, kemudian jalan kaki ke Puduraya untuk menaiki bas balik kampung. Kenangan tu. Pernah basah kuyup dari sini sampai Pudu, salin baju kat toilet, pastu berkejar naik bas takut bas tinggal. Kenangan, kenangan.

dah 7 tahun tak ke sini...

Aktiviti pertama kami ialah makan. Kami makan ayam penyet. Tapi saya order Lele Penyat (ikan keli). Sedap. Memang tak boleh lawan ayam penyet USJ, tapi lebih sedap dari yg kat Ampang Park. Yg kat sini sup dia lain sikit, tapi saya suka.

Dah siap makan, jalan-jalan terjumpa kedai Fish Spa. Bayar rm5 untuk 10 minit spa. Saya try. Rasa geli geleman bila ikan-ikan tu gigit kaki, tapi best la. Lebih geli bila ikan tu gigit tapak kaki. Macam kena geletek.

fish spa first trial....best.

julie & kak su

Jalan-jalan lagi. Banyak dah perubahan dalam CM ni, suasana kedai lebih tersusun dan cantik. Selesa nak jalan, tak macam dulu. Masa ni la rasa touching, apasal ntah tiba-tiba rasa macam tu. Agaknya teringat dulu-dulu datang sini dengan kawan baik.

aksesori yg cantik-cantik, kegilaan saya sekarang ialah membeli gelang dan cincin.

Kak Su meleburkan duit di kedai beg. Tahniah!

Lorong Kolonial

Untuk tak rasa sia-sia datang sini tanpa membeli apa-apa, saya beli 1 headband, geram sebab nampak cute. Banyak lagi tempat belum singgah sebab tak cukup masa. InsyaAllah pasti akan datang lagi dan leburkan duit.

Masa snap-snap gambar kat sini, orang tengok macam pelik. Mesti diaorang pikir saya jakun. Haha.


4 comments:

Kay said...

best kan nasi ayam penyet tuh? aku nak gi lg esok....

Anonymous said...

julie, muka ko tahan geli eh? hehehhehe

alaaa nak penyet jugak

Julie Shahril said...

kay: ko biasa mkn ayam penyet kat situ eh?

whooz: a'ah...tgh tahan geli, tp kena maintain snyum...hehe

SuzieLAWAti said...

jom g lagi..i like...