Thursday, July 28, 2011

bola

M'sia vs Taiwan

Petang ni hingga ke tengah malam jalan pasti sesak kerana perlawanan Malaysia menentang Singapura. Dengar kata semua tiket soul out. Ada juga yang beli tiket banyak2, pastu jual balik kat luar dengan harga yg lebih mahal.

Saya tak pernah menonton bola secara live sehinggalah perlawanan Malaysia menentang Taiwan tempoh hari. Itulah pertama kali saya tengok bola di stadium yg luas dengan jumlah orang yg ramai dan sorakan yg membingitkan telinga. Dapat juga merasa mcm mana feel tengok bola di stadium.

Tapi saya rasa lebih selesa tengok di rumah. Tak tau lah orang lain yg memang peminat sejati bola sepak yg mana mereka lebih suka tengok bola di stadium, tapi saya bukan lah peminat bola. Pada hari perlawanan yg bermula pukul 8.45pm, saya sampai agak lewat kerana jalan jem nak mati. Parking pun kat tepi jalan, pastu kena menapak jalan kaki ke stadium, berpeluh juga.

Di stadium, tak ada ulang tayang macam dalam tv. Kadang2 saya tak tahu kenapa pemain tu kena kad kuning, kenapa pemain tu jatuh, kenapa itu, kenapa ini...kalau kat rumah tengok tv ada ulang tayang. Pastu nak jerit sambil baring or duduk tertonggeng pun takpe, kalau kat stadium segan la nak jerit-jerit..hehe.

So untuk pasukan Malaysia, semoga mereka berjaya menentang Singapura. Walaupun saya ni bukan peminat bola, tapi harus lah bagi semangat. Singa lawan Harimau Malaya, fuyyoo...dua-dua garang.


4 comments:

en_me said...

kan kita dah kalah ituari mainn.. uhuhu

Julie Shahril said...

en me: mlm ni penentu ler..

en_me said...

degil, kan me dah cakap, kita dah kalah.. ahaha

Julie Shahril said...

en me: xpe...kalah bermaruah..hehe