Kita tak boleh merubah situasi yg boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yg kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya..
Fikir yg baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yg baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yg anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yg buruk sedangkan anda boleh tarik semua yg baik-baik? =)
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yg melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu..Belajar menjadi pemaaf dan anda akan menarik ketenangan datang pada diri anda! =)
Sumber: Facebook
No comments:
Post a Comment