Sunday, November 6, 2011

hometown - Endau ------>Teluk Lipat

Tak kisah lah orang nak kata Endau ni tempat jin bertendang ke, yg penting tempat ini ialah tempat saya membesar. Walau apa pun orang nak kata, pada saya pantai di sini jauh lebih cantik kalau nak dibanding kat PD atau Morib atau Desaru atau pantai kat Sepang Gold Coast tu...tapi tak boleh lah nak lawan Krabi atau Bali.

Ok fine, Endau ni memang kampung yg agak jauh terceruk nun di hujung negeri Johor, dan tempat ini tidak di commercial kan seperti PD, Morib, Desaru atau mana-mana tempat yg memang dah terkenal, sebab itu ramai yg tertanya-tanya kat mana lah terletaknya Endau ni. Pada pendapat saya, bagus juga tempat ni tak commercial, at least tempat ini masih mampu mengekalkan keindahan dan ke'originalan' nya. Kalau dah commercial, ramai orang datang dan terlampau banyak sangat pembangunan, sikit demi sikit akan hilang seri originalnya.

Salah satu pantai yg cantik di sini ialah pantai Teluk Lipat. Di sini memang banyak teluk,..teluk sari, teluk gorek..dan ini..teluk lipat pulak. Apa yg berlipat pun tak tau lah. Kalau nak lagi cantik, datang lah masa air surut, kita akan nampak batu-batu yg cantik di persisiran pantai.

Dah berbelas tahun saya tak menjejakkan kaki di pantai ini walaupun jaraknya sekangkang kera je. Kat sini banyak batu-batu yg cantik tapi awas...batu-batu kat sini ada yg tajam, jadi berhati-hati lah kalau nak pijak atas batu tu. Tempat ini memang kekal originalnya, maksud saya ia masih belum tercemar dengan pembangunan dan sampah sarap. Bagus lah. Sebab itu ada bagusnya juga tempat ni tak commercial.

yang menjadikan tempat ni cantik ialah kerana batu-batunya

Abah saya penah tanya, kalau lah kau tiba-tiba berniat nak bukak bisnes, bisnes apa kau nak buat? automatik saya jawab....nak bukak resort! hikhikhik...

Besar sungguh angan-angan mat jenin aku kan.....berangan tak salah, malah berangan ni best, syok...kadang-kadang ada yg tak masuk akal. Syok ko berangan nih...tak caya cuba ko berangan sekarang cik jah...


6 comments:

Kay said...

kat Dungun pun ada pantai Teluk Lipat

NHA said...

ok juga buka resort nnt aku leh dpt diskaun kalu g situ :-)

Anonymous said...

cantik!

resort eh, aku pun minat resort2 nih :)

Julie Shahril said...

kay: Ohh...yeke,ingat kt endau je ada...yg aku tau kt ganu tu pantai batu buruk je...hehe

fiza: no prob..GGK punya psl aku bg special price...hahaha..berangan x hengat..

whooz: tq. aku mmg dri dulu minat dgn resort tp berangan jela yg termampu..

Anonymous said...

berangan baik dari tak de angan2 langsung.

weh, nnt pergi wedding ko, macam nak gi lah sini. cantek kaler batu dia

ko amik pakej outdoor fotografi tak? endau cantiklahhhh

Julie Shahril said...

whooz: kalo sempat aku bwk la ko ke sana...insyaAllah, aku amek pakej outdoor,rasa mcm nk buat kt situ...jom join skali.. :)