Friday, November 4, 2011

soalan yg stress nak jawab, jawab soalan matematik lagi best

Panjang kan tajuk entry saya kali ni.

Saya rasa semua orang pernah melalui proses dimana kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang agak stress nak jawab. Contohnya:

1) Bila nak kawen ni? kau ni memilih sangat.
2) Bila dah kawen, tanya pulak...tak pregnant lagi ke? ...ko ni tak terer la......wahhh gituu...tersentap dengar, suka hati mak bapak kau nak kata orang terer ke tak terer..
3) Bila dah dapat anak sorang, tanya lagi....tak kan sorang je anak? tak nak tambah lagi sorang dua ke...
4) Bila dah beranak ramai-ramai....komplen pulak,..kau ni asik beranak je...tak penat ke? sudah sudah lah tu beranak...

Stress kan?

Sangat stress.

Hidup kita ini sering diperhatikan orang, ditegur dengan soalan atau kata-kata statement yang kadang-kadang agak menyayat hati untuk dijawab. Susahnya berada dalam kelompok orang mcm ni...ada saja benda yg tak kena. Tak kawen salah, bila dah kawen tanya bila nak ada anak, bila dah ada anak sibuk tanya bila nak tambah anak...bila dah tambah anak sibuk pulak suruh stop beranak. Aduh...stress!

Tak salah kalau nak tanya, tapi jangan lah menyindir cakap tak terer la...tak power lah..siot je kan statement tu? Walaupun bukan saya yang kena, tapi saya boleh faham perasaan orang yg kena tu. Kesian. Anak, rezeki itu kan datang dari Allah SWT. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada maknanya belum ada rezeki, bukan tak terer atau tak power. Yang penting usaha dan berdoa.

Orang yg belum bertemu jodoh, patutnya kita sama-sama tolong doakan semoga mereka akan menemui jodoh yg baik.

Orang yg belum mendapat cahayamata, patutnya kita tolong doakan semoga suatu hari nanti mereka akan dikurniakan anak.

Haa...ni aku nak kawen, terdiam la kejap orang-orang yg pernah tanya kan...tapi kau tengok lepas ni cik jah...akan ada soalan baru...bila nak ada anak? tak caya kita tunggu.


4 comments:

Ajamahiyaa said...

hmm...tggu jela yea cik jaahhh..xlarat nk jawap....huahuahua..=p

j.u.l.i.e said...

aja: dpt byk soklan tak?

Ajamahiyaa said...

huuuu~ mls nk lyn..
ada certain soklan...berbaur utk bertanya kabar..ok laa...acceptable..
tp yg berbaur mcm2 tuh..menyampah..
soklan xlogik..pelik2...
tanya kenapa?..kenapa?..kenapa?
jwb jelaa kt diorg...tanyaa la tuhan....itu adalah perancanganNYA..

j.u.l.i.e said...

aja: haaa...tang tu yg tensen kan...tnya kenapa..kenapa...kenapa...mcm kita pulak yg merancang segalanya..