Wednesday, November 9, 2011

suatu ketika dulu aku seorang pelajar


Saya rindukan gaya hidup student semasa tahun 2004-2007 dulu di Perlis. Asrama kami best, sebuah rumah teres. Satu rumah ada 3 bilik, satu bilik share 2 orang. Setiap orang ada meja study sendiri dan of course ada komputer/labtop sendiri.

Perlis sebuah negeri yg kecil tapi menarik. Menarik kerana ianya berjiran dengan Thailand. Saya suka pergi Padang Besar, disana banyak barang-barang yg dijual dengan harga yg murah. Ibu negerinya Kangar, hanya ada sebuah pusat membeli belah iaitu The Store. Oh ya, saya suka chaw kuey teow depan perpustakaan Unimap di Kangar, juga nasi goreng pedas gila di gerai Mak Wan terletak di pekan Kuala Perlis.

Teringat kisah naik bas ekspress kalau balik dari JB-Perlis, 12 jam duduk dalam bas. Kerjanya tidur, tidur, tidur dan tidur. Entah apa yg ada di sepanjang jalan pun saya tak tau. Bila terjaga dari tidur, separuh dari tudung saya dah terangkat atas kepala. Hahaha, separuh dari rambut saya jugak dah terjuntai keluar. Uihh...cepat-cepat betulkan tudung, betulkan rambut yg terkeluar, hehe. Tu belum kira air liur basi lagi.

Rindu pulak dengan kisah-kisah lalu. Kisah budak-budak serumah, Gee, Dilla, Sufi, Adilah, Mek Su dan Safurah.

Gee suka pengsan, selalu tak larat. Kebanyakan acara universiti, Gee mesti pengsan. Dia ni ada penyakit darah rendah.

Mek Su dengan rambut ala-ala pontianak harum sundal malam dia tu..hikhikhik, semester ke berapa entah dia potong rambut tu. Haa..baru lah aman sikit aku tengok kepala dia, tak la seram sangat malam-malam. Hehe...gurau je.

Sufi & Adilah, dua sahabat karib yg sentiasa berdua walau kemana mereka pergi. Sufi ni rajin dan suka memasak, Adilah lebih cool dan nampak lebih matang. Adilah suka buat lawak pakai helmet pastu baringkan kepala dia atas meja.

Dilla, dia seorang yg rileks aje, suka main badminton malam-malam kat belakang rumah pakai short ala-ala Angelina Jolie gitu. Hehe...rajin belajar dan cool. Oh ya, dulu dia minat lelaki yg metroseksual, bergaya dan smart.

Safurah, dia ni superjunior yg entah mcm mana boleh tersesat masuk kat rumah kami. Tapi kami baik, kami tak buli dia..hahaha. Dulu-dulu dia ni mcm malu-malu dengan kami semua, tapi lama-lama ok. Seorang budak yg kurus kering. Tapi haritu tengok kat FB dia dah semakin cantik dan matang.

Aku?

Hahaha..dulu saya ni emosional punya orang. Tak caya tanya mereka yg tahu. Oh ya, teringat betapa rakusnya saya ketika bergaduh dengan Hasli, boyfriend Nurul. Ganas jugak mulut saya ketika itu. Bila tengah marah, mesti ada setan merasuk kan, entah apa-apa yg aku merepek masa tu pun tak tau lah.

Sama juga ketika bergaduh dengan Fiza, kerana bergaduh yg maha dasyat dengan Fiza lah, aku alergik dengan nama 'Fiza' untuk beberapa ketika. Sehingga aku kenal Nurul Hafizah a.k.a Vespa a.k.a ATL..baru lah nama 'Fiza' tu dah boleh diterima oleh otak aku. Hikhikhikhik. Nasib baik Fiza aka Vespa ni orangnya baik, dah boleh meneutralkan semula nama yg pernah membuatkan aku alergik suatu ketika dulu.

Saya berbual dengan Mek Su dalam telefon haritu, suaranya ceria dan bahagia. Selamat dah dia jadi seorang ibu. Lepas habis belajar tahun 2007, sejak dari hari terakhir kami di asrama sehingga lah ke hari ini saya tak pernah jumpa Mek Su lagi. Dia roomate saya, teman berbual dan bergosip dalam bilik, juga teman yg sama-sama menyepahkan bilik.

Mek Su kata, "Kak Julie..kita dah susah nak jumpa lagi...dan tak mustahil kita tak akan berjumpa sampai mati"

Saya terkedu dengan kata-kata itu. Ada benarnya.

Sebab itu kita patut hargai waktu-waktu berharga bersama kawan-kawan, kerana saat-saat seperti tidak akan berulang lagi. Betul tak?

Tapi kawan-kawan tidak akan selalu berada di sisi, suatu hari nanti pasti mereka pergi, pergi untuk menjalani kehidupan masing-masing. Tapi kenangan yg mereka tinggalkan tetap tersemat disanubari hingga ke akhir hayat.


Touching pulak aku petang-petang nih...


4 comments:

NHA said...

Hopefully Nurul Hafiza a.k.a ATL a.k.a Vespa... bukak aku orang nyer... muahahahaha...

Aku rindu kenangan dolu2 juga :-)

Julie Shahril said...

fiza: mmg ko la orgnya...,...dulu2 punya gaduh ke apa..dh jdi sejarah,zaman2 sengal dulu mmg x pikir apa pun, skg ni rindu plak..

tasekM said...

time belajar mmg best eh...

:)


.

Julie Shahril said...

tasekM: yup..the best moment! :)