Dah 5 kali saya ke Langkawi dan saya tak pernah jemu untuk ke sana lagi. Mungkin ada orang kata apa la yg ada kat Langkawi tu..mcm boring je. Tapi bagi saya tidak. Saya suka Langkawi. Ada beberapa sebab kenapa saya suka Langkawi:
- pulau untuk shopping
- pulau untuk berehat
- pulau untuk snorkeling
- pulau untuk diving
- pulau untuk memancing
- pulau yg ada banyak kesan sejarah
Bagi saya Langkawi adalah sebuah destinasi yg lengkap untuk bercuti. Semua aktiviti ada di sana. Kalau pulau lain..hanya setakat boleh berehat je, tapi tak boleh shopping, tak ada tempat-tempat sejarah yg boleh dilawati.
Dan baru saya tahu rupanya Langkawi mempunyai 99 buah pulau di sekelilingnya.
Dan baru saya tahu rupanya Langkawi mempunyai 99 buah pulau di sekelilingnya.
Kawan saya menunaikan janjinya untuk sponsor pakej honeymoon di Langkawi. Pheww...actually acara berhoneymoon ni tak ada dalam list saya pun, tapi sebab ada orang nak sponsor, sangat-sangat bersyukur.
Dia bukan setakat sponsor resort, tapi lunch, dinner dan kereta pun dia bagi pakai free aje. Semoga bertambah lah rezeki dia kerana bermurah hati menyumbangkan bakti kepada kami berdua yg dah pokai ni..hehehe. Bahagia kalau dapat berjalan-jalan makan angin secara percuma. Kami cuma keluarkan bajet untuk petrol, tol dan shopping barang sendiri.
Saya bertolak dari KL ke Perlis pada malam Jumaat lepas. Hujan lebat disepanjang jalan. Kami bergerak pukul 9.00 malam dan tiba di Perlis pukul 4.30 pagi.
Kami minum di kedai ni..nama kedai ni macam familiar je kan...hikhikhik. Siapa yg rasa nama dia sama macam nama kedai ni...sila sengih sampai ke telinga.
Yg membuatkan saya terkejut...pagi-pagi buta pukul 5.00 gitu...dah ada jual nasi goreng, mee goreng,meggi goreng...siap ada lauk lagi. Kelas ko...sapa nak makan pagi-pagi mcm ni? Saya cuma minum air nescafe panas je, tu pun tak abes.
Pukul 6 pagi dah standby beratur untuk beli tiket feri. Pukul 6 pagi orang dah ramai...musim cuti sekolah macam ni memang sesak, ditambah lagi ada LIMA, jadi ramai la orang nak ke Langkawi. Rimas pulak bila dah ramai-ramai macam ni. Jangan tak tau...aku siap tido kat kerusi tu, lantak la orang lalu lalang pun...mengantuk yg amat.
Ada improvement jeti Langkawi di Kuala Perlis ni, dah ada 'Departure Signboard'...ala-ala macam kat airport pulak. Bagus lah dah ada signboard macam ni, senang orang nak refer pukul berapa boleh naik feri.
Saya naik feri yg bernama 'Coral Island 1'...feri ni besar, boleh memuatkan 500 penumpang dalam satu masa. Dapat seat kat tengah-tengah, tak best langsung. Saya dapat tiket pukul 8.15 pagi, tiket pukul 7 pagi dah sold out, kena sapu dengan geng-geng bas sekolah rombongan cik kiah dari mana entah. Nasib baik la dapat tiket awal jugak, jenuh nak menunggu kalau dapat tiket lambat. Harga tiket rm18 saja.
Lebih kurang 45 minit kemudian, kami tiba di jeti Kuah, Langkawi. Ini lah kawan saya yang baik hati sponsor honeymoon kami, Kiddy dan isterinya, Aida. Kiddy kawan sekolah saya, dah 2 tahun tinggal di Langkawi. Buka bisnes kedai makan dan kedai baju. Masyukk ko...saya tumpang gembira dan bangga dengan kehidupan mereka berdua ni.
Sampai di sana, mereka terus bawa kami sarapan roti canai. Mereka belanja, aku malu...tapi suka..hehe. Sapa tak suka makan free.
Sampai di sana, mereka terus bawa kami sarapan roti canai. Mereka belanja, aku malu...tapi suka..hehe. Sapa tak suka makan free.
Kami tak check in kat resort lagi...mereka bawa kami ke Cable Car, dimana kat situ lah restoran mereka berdua. Nama restoran diaorang ialah Ros Kopitiam. Mereka membuka perniagaan kedai makan berkonsepkan Kopitiam, betul-betul kat pintu masuk cabel car tu.
Saya tak makan sebab baru je makan roti canai. Kiddy suruh saya order air sirap bandung. Nak tau tak...ini lah air sirap bandung paling sedap yg saya pernah rasa. Serius tak tipu...PALING SEDAP. Saya tanya apa bahan-bahan yg dia letak, tapi dia tak nak cakap....hikhikhik. Sampai hari ni saya teringat lagi kat air sirap bandung ni. Terbaik!
Ini antara menu yg ada di restoran mereka, lebih kurang sama macam menu di kopitiam lain, tapi mereka ada jual asam pedas Johor.
Selain dari buka restoran, Kiddy dan Aida juga buka bisnes kedai baju...ni lah kedai diaorang berdua..
Kat sini ada kolam...ada banyak ikan..macam-macam ikan...sebut nak ikan apa...termasuk lah itik. Kita boleh bagi ikan-ikan ni makan...itik pun nak makan jugak, siap bagi makan kat tangan lagi..geli geleman tapak tangan kena patuk dengan itik..
Untuk kali ke-4 saya naik cable car tapi ini merupakan kali pertama untuk husband saya..untuk yang entah ke berapa kali saya selalu fikir bagaimana agaknya mula-mula cabel car ini dibina...macam mana diaorang pacak tiang, angkut besi...macam mana eh?
Dan Kiddy kata waktu malam gondola-gondola tu semua disimpan kat tempat lain...tak dibiarkan tergantung. Jadi, saya duk pikir lagi macam mana gondola tu ditanggalkan dari penyangkut...dan dimana diaorang simpan gondola tu? hehe..
Dan Kiddy kata waktu malam gondola-gondola tu semua disimpan kat tempat lain...tak dibiarkan tergantung. Jadi, saya duk pikir lagi macam mana gondola tu ditanggalkan dari penyangkut...dan dimana diaorang simpan gondola tu? hehe..
Turun dari cabel car, Kiddy dah call suruh singgah restoran ajak makan. All FOC! Syukur ada orang sponsor makan yg sedap. Saya makan nasi putih bersama asam pedas, memang lapar dan cari nasi, banyak tenaga digunakan seharian ni. Husband saya makan western. Asam pedas tu sedap tapi kurang pedas, bagi saya memang tak pedas sebab saya ni kuat makan pedas.
Untuk resort yang di sponsor sepenuhnya oleh Kiddy, mereka memilih Mali Best Resort, terletak di pantai Chenang. Indah pemandangan di sini. Mali Best ni dekat je dengan Sandy Beach Resort, resort yang pernah saya duduk waktu datang Langkawi dulu-dulu.
Lepas check in pukul 3 petang, letak barang semua bagai, terus keluar menuju ke pantai. Husband ajak posing-posing, dia kata sementara cuaca elok ni jom lah snap-snap gambar. Pemandangan memang cantik, dengan pasir debu putih, ada pondok rehat-rehat yg comel dan minah saleh yang seksi. Cerah mata husband aku. :)
Pondok ni la yang saya suka sebab nampak comel, atap dia tu yang nampak comel..hehe. Kalau nak duduk rehat-rehat kat kerusi ni kena bayar rm10.
Malam, Kiddy pick up ajak pegi dinner pulak. All FOC! nak pengsan aku duduk Langkawi ni..kena paksa dengan Kiddy suruh makan. Dia bawa kami makan di Harbour Steak House. View di sini sangat cantik, ala-ala kat oversea pulak. Restoran ni betul-betul mengadap kapal-kapal dan bot orang-orang kaya yang ada kat sini. Bot-bot datuk, tan sri..semua parking kat sini.
Amek ko...tak habis pun saya makan semua ni...ada lamb, udang, salmon, kentang...apa ntah lagi....nak semput aku makan...sesak nafas ko..
View di sini indah, kata Kiddy macam kat Italy...hehe. Banyak dah Kiddy dan Aida sponsor kami berdua, segan pulak jadinya. Tapi suka....sebab semua free...hikhikhik.
Balik dari dinner, saya dan husband jalan-jalan di sepanjang kedai di Chenang. Kat sini best, meriah sebab ramai pelancong. Nasib baik dapat resort kat Chenang, kalau dapat kat Kuah, memang mati kutu waktu malam.
Kami balik ke resort tengah malam...esok sambung jalan..
Balik dari dinner, saya dan husband jalan-jalan di sepanjang kedai di Chenang. Kat sini best, meriah sebab ramai pelancong. Nasib baik dapat resort kat Chenang, kalau dapat kat Kuah, memang mati kutu waktu malam.
Kami balik ke resort tengah malam...esok sambung jalan..
9 comments:
ammboiii cikpuan julieter tuuu sonoknyer hanimun gituuu.... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn.......... wak masih sengih2 sampey telinge niiii... tq sbb ingat wak kat siniih ... ihiks
wak: hikhikhik...sengih lagi...sengih..mmg pandang kedai tu terus ingt wak ler..
hi there..this is my 1st time here.nice read...
since u daa pi langkawi leh suggest literary x? for 7d6nites! yeah, its our 1st time there..jgn ckp shopping coz kami xminat bershopping..haha.more interested in exploring the islands..pastu ade tak taxi dr island to island instead kene charter one boat which is expensive.mcm kt perhentian one place to another is about 15...hmm..
also plan tido kt malibest.resort ape lg range below rm150? tq.
pilotHans: 1st,thks 4 read my blog. Sy kena pikir dlu utk buat itinerary utk u, 7d6n tu lama. I'll tell u later. Ada email?
kak, saya nak lari tajuk sikit ni.sy ada bc entry akak 2009 psl mkn ubat jerawat isotretinoin tu. Berkesan tak ubat tu? ada bad effect tak? akak consume ubat tu berapa lama?
sorry banyak tanya, coz doktor br bg saya ubat tu.
anizs: ubat tu berkesan, kulit mmg jdi cantik. Pada awal2 makan tu badan jdi dehydrated, kena byk mnum air, bibir kering...kulit kering sbb ubat tu mmg akan hilangkan terus minyak dan jerawat dimuka....tapi..ada tapinya.....kalau kita stop makan...jerawat akan naik balik, muka kembali berminyak. Hehehe...tu yg tak best...
akak amek ubat tu lama dik...dari thn 2009 smpai last year 2011, lepas kawen akak stop sbb ubat tu bahaya utk planning nak pregnant, pd kotak tu pun dh tulis pompuan pregnant tak bleh mkn. Akak google pun kata ada side effect yg teruk kalo mkn masa pregnant.
lepas stop amek ubat tu....jerawat dh kembali bermaharajalela di muka akak ni hah....
oh ye ke kak jerawat tu naik balik kalau stop makan.susah jgk kalau kena terus ambik je.saya nak kahwin hujung tahun ni..sebab tu saya mcm takut nak makan...kalau saya stop makan ubat ni 6 bln sblm kahwin,then saya mengandung after 2 bulan kahwin, still akan beri effect tak pada baby ye kak?
anizs: akak rasa awk boleh mkn...awk kawen hujung thn kan? 2-3 bln sblm kawen tu awk stop mkn ubat tu...atau pegi smula jumpe doktor dan mntk advise...apa yg akak baca kalo pregnant tp still amek ubat tu brkemungkinan anak bleg jdi cacat...so the best way is pegi balik jmpa doktor tu dan mntk nasihat dia, sama ada suruh dia bagi ubat lain yg sesuai utk awk yg dh nak kawen....akak pun tak tau sgt, cuma google sket2 je, dan akak mmg stop mkn ubat tu dah..
skg akak cuma mkn vitamin E & asid folik...beli di farmasi.
Sis,,,antara malibest dan sandy beach..mana ok?sandy beach murah sikit,,,malibest mahal .....sandy beach ok x?
Post a Comment