Thursday, January 26, 2012

kisah lembu

gamba ni takde kene mengena, snap kat Mersing..
saya kan suka amek gamba perahu...bot..


Sangat kelakar bila bercerita pasal lembu. Saya dah agak kalau cerita pasal lembu mesti ada orang terasa, paling tak pun tersunggung sikit kot. Apasal la lembu yang menjadi topik utama? sebabnya masalah ni dah lama berlarutan sejak zaman sekolah dulu hingga ke hari ini.

Di Endau ni, di Kg. Teriang hingga ke Penyabong...kadang-kadang dah rasa macam berada di kawasan Safari, Afrika. Lembu-lembu berdiri di tengah jalan.....tengah jalan, bukan tepi jalan, lembu dengan selamba melintas jalan dengan lenggang lenggoknya hingga menyusahkan kenderaan lalu lalang.

Ramai dah yg menjadi mangsa langgar lembu, ada yang selamat, ada yang arwah. Persoalannya...mana TUAN LEMBU tu? kenapa dia tak pikir dengan akal yang lembu-lembu dia tu menyusahkan orang? Kenapa bengap sangat pemikiran dia? dia tak rasa bersalah ke membiarkan lembu-lembu tu berkeliaran dan menyebabkan orang eksiden?

Bila tegur tak mau terima, siap kita pulak yang di marahnya. Patut ke tu? Kesian kau lembu dapat tuan macam tu. Kau sebagai lembu tak salah, yang salah ialah tuan kau. Orang lain bela lembu, dia pun nak bela lembu, tapi tak nak letak dalam kandang, dibiarnya lembu-lembu tu bebas kat luar, masuk dalam kebun orang, makan tanaman orang...berdiri dan duduk tengah jalan macam jalan tu lembu bayar road tax. WTF!

Aku tak kira siapa nak terasa, terasa lah. Selama ni banyak orang patah tangan, patah kaki, hilang nyawa sebab terlanggar lembu dia tu...tak pulak dia pikir perasaan kita kan.


Hahaha...lembu pun bleh jadi topik entry aku...

2 comments:

gerbera said...

Ahad lepas aku nyaris langgar lembu.elok2 duduk tepi jalan tetiba dia melintas.tapi malang kereta opposite direction lak langgar.kesian kat kereta tu.tak tau ape jadi kat lembu.Kul 11pm tuan dia tak ajak lembu balik. tuan pun bodo serupa lembu.

j.u.l.i.e said...

meeza: lembu ni jenis unpredictable...dia tiba2 je bleh lintas jln sdgkn kete dh dekat dh...byk jdi mcm tu. Tuan lembu mmg bodo,tu yg aku geram sgt..