Wednesday, January 18, 2012

Pulau Indah

Pulau Indah tak seindah mana pun, panas aje yang lebih. I've been there last weekend with my husband and his friends from Pancing.net. They are friendly and sporting. Pancing.net is one of the famous forum for kaki pancing.

My husband asked me to pack baju in case dia rasa nak tidur di sana. Kalau boring, malam kami balik. Saya ingatkan akan tidur dalam resort la kan, sebab tempat tu namanya Angler's Resort. Tak dapat saya bayangkan macam mana rupa bentuk Angler's Resort tu, so I tried to google it. Ok fine, that place is nothing special, I mean...resort tu bukan macam resort seperti yg saya bayangkan macam kat Langkawi tu, hehe.


Ini pintu gerbang nak masuk ke Angler's Resort. Tulisannya macam segan-segan nak nampak. Kami gerak dari rumah pukul 1 lebih, janji dengan geng-geng Pancing.net nak berkumpul di Petronas Kg.Pandamaran around pukul 2. Tu lah pertama kali saya dengar nama Pandamaran. Kami sampai di Petronas tu awal juga, sorang pun tak ada lagi. Call sana sini tak jawab. Apasal entah diaorang ni jenis tak suka angkat phone call, sms tak reply. So we were decided to bergerak slowly. Pertengahan jalan baru dapat call dari Mr.Organizer, dia belum sampai pun lagi kat petronas tu. Organizer lambat! haha. Dia tunjuk sikit-sikit direction kat mana harus kami tunggu. Ok, dah jumpa deretan kedai-kedai, kami park kereta dan tunggu diaorang kat situ. Sempat la makan 3-4 ketul sandwish sementara menunggu diaorang ni.


Jalan nak masuk ke Angler's Resort ini maha dasyat sikit. Kalau orang tak tahu memang confirm sesat. Nasib baik kami tunggu diaorang untuk gerak sama-sama, kalau tak entah kemana pegi la kan. Jalan yg kami lalui ada macam-macam jenis, ada jalan sempit, jalan berlopak, jalan becak....mencabar juga. Habis kotor kereta aku....uwarghhhh.


Di luar Angler's Resort ini tak ada yang menarik, hanya ada tanah lapang dan kilang-kilang. Tempat ni dalam area West Port, so dapat la tengok kapal-kapal besar lalu lalang angkut barang.


Ini lah Angler's Resort. Tak besar mana sangat, kebanyakan orang yang datang ke sini hanya lah untuk memancing. Di sini tak ada bekalan elektrik...di ulangi...tak ada bekalan elektrik. Mereka akan pasang generator untuk dapatkan bekalan elektrik dari malam sampai subuh. Waktu siang lengang, sunyi sepi.


Sampai je sana, saya tinjau-tinjau dulu kat area depan, pastu terus menuju je jeti, tempat orang ramai memancing.


Ramai juga orang masa ni. Saya dah pening dah...sebab cuaca terlalu panas, panas yang amat terik.


Ini camp site. Di sini lah tempat saya bermalam. Oh kami bukan tidur di resort ye, kami bercamping! Last saya camping masa di Jelawang bersama GGK. Oh sungguh rindu suasana di Jelawang. Actually, saya langsung tak terfikir akan tidur dalam khemah sebab saya dah plan nak sewa bilik kalau masih ada kosong. Tapi sebab geng-geng Pancing.net dah siap bawak khemah bagai, tidur je lah dalam khemah.


Pantainya luas terbentang, ada banyak batu-batu besar.


jeti dari jauh
persisir pantai yang banyak batu, tak sesuai untuk mandi


Geng-geng Pancing.net memancing dari petang, sambung ke malam hingga ke subuh. Saya tak tahan nak menunggu, mata dah mengantuk. Tengah malam lebih kurang pukul 12 saya masuk tidur, tapi tak boleh nak tidur lena sebabnya....ada orang bukak cerita Pontianak Harum Sundal Malam kat resort. Volume TV tu kuat, saya dengar suara Maya Karin mengilai-ngilai jadi pontianak macam real je kat sebelah telinga. Adoiyai...kenapa la diaorang bukak volume kuat sangat...serius aku rasa macam pontianak tu ada kat luar khemah je.


Subuh saya bangun, dah siap orang belikan sarapan nasi goreng. Sambil membedal kat atas jeti..sambil-sambil snap gambar. Cuaca pagi agak sejuk.


pokok kelapa rendang di tepi camp site

surau

ini bilik mandi...nak mandi kena bayar rm1
hehehe...

perigi pun ada...rasa betul-betul macam zaman 80-an pulak

saya kurang pasti apa benda ni...resort ke? bilik apa eh?macam terbiar gitu je...

ini cafe...jual-jual air dan makanan


kat sini tempat menonton tv...kat sini lah Maya Karin mengilai membuatkan saya tak boleh tidur semalam....hehe


maksudnya...jangan bawa kerusi-kerusi tu ke jeti, kalau nak bawa kena bayar rm5..

jadinya...bawa lah kerusi sendiri...

atau pun duduk aje atas lantai kat jeti tuu..

nasib baik husband ada bawa kerusi mancing dia yg kecik comel tu..



Kami gerak balik ke KL hari Ahad tengahari. Walaupun bukan saya yang memancing, tapi letihnya macam apa. Balik dari Pulau Indah terus demam dan selesema.




2 comments:

sofi anne said...

Husband dapat ikan tak_

sofi anne said...

Husband dapat ikan tak_