Monday, January 9, 2012

taman tasik perdana

Beberapa bulan lepas, abah ada cakap pasal Pulau Socotra. Dia baca dalam Mastika. Kalau tak kerana dia cakap pasal pulau ni, sumpah saya tak tahu menahu. Pulau Socotra adalah sebuah kepulauan kecil dengan 4 buah pulau yang terletak antara pantai Somalia dan Samudra Hindia masuk didalam wilayah republik Yaman. Pulau yg terbesar ialah Pulau Socotra, 3 buah pulau yang lain ialah Abd Al Kuri, Samha dan Darsa.

Pulau Socotra adalah pulau yang aneh dan pelik. Aneh kerana di sana terdapat banyak tumbuhan-tumbuhan dan binatang yang tidak ada di negara lain. Ada orang kata pulau ni tempat dajjal, wallahualam. Tapi bagi saya setiap ciptaanNya adalah indah dan memukau.




Salah satu pokok yang aneh terdapat di Pulau Socotra ialah pokok darah naga (Dragon's blood tree). Pokok ini berbentu seperti payung atau cendawan. Sangat unik. Pokok ini menghasilkan sejenis getah berwarna merah.

Yang ni tak pasti pulak apa namanya, tapi pokok ini sangat unik dan comel.

yang ini pun....unik kan pokok ni..

Amat mustahil kalau saya nak jejakkan kaki ke Pulau Socotra ni. Sabtu lepas, husband ajak jalan-jalan ke Taman Tasik Perdana,KL. Saya tanya apa menarik kat sana? dia kata taman tu cantik. Ok, layan. Kat sana, saya jumpa pokok yang similar dengan pokok-pokok kat Pulau Socotra. Saya tahu pokok tu bukan original macam tu (wallahualam), mungkin dah kena trim kasi cantik, dan bentuknya macam cendawan! Sangat cute.


pokok-pokok tu di jaga rapi, tersusun cantik je kat tepi-tepi jalan



cute kan pokok-pokok kat belakang tu..


pokok ni batangnya berpintal-pintal...tak pasti lah ori ke tak, tapi rasanya buatan manusia kot..



and this is my fav tree. cute macam pokok kat pulau socotra tu..


zoom in....besar tau batang pokok nih..
satu lagi pokok ni, tapi rendah sikit dari yang tadi..


Saya suka taman ni, luas dan cantik, tapi penat nak jalan...lagi-lagi tengah panas terik.

Kat dalam taman tasik ni ada taman rusa dan kancil. Rusa-rusa kat sini sangat jinak, siap boleh bagi makan. Cabut aje rumput kat situ, hulur kat mulut dia...dia terus ngappp.

ada kolam kecik juga...


dan saya suka gambar ni..


peace!!


then, I found this big tree...


Dah puas jalan, duduk kejap makan aiskrim sambil tengok FB. Tetiba ada sorang minah ni kata dia ada kat Tugu Negara. Apa lagi....berdezuppp terus ke sana. Haa...ni la minah tu. Tak sengaja pulak kitaorang berjalan bersama-sama kan...


Dan posing-posing, masing-masing terus update FB...huahuahua


Hari dah agak petang tapi cuaca maha dasyat punya panas. Perit kulit aku menahan cahaya matahari. Pulak tu tak pakai apa-apa sunblock pun. Dah bergambar semua bagai, kitaorang pun balik lah yer. Penat dah kaki aku ni menapak dari kat taman tasik tadi.


Taman Tasik Perdana sebenarnya menarik!

2 comments:

SuzieLAWAti said...

akan saya susuli nanti ke tasik perdana itu....hari tu pusing2 jer...tak berenti...hehehe..
(dapat gak la sekali sekala berirama gan awak eyh..)..

Julie Shahril said...

puanlawa: harus ke sana..test kamera!posing2 maut...