Friday, February 24, 2012

T3 Mycin Clindamycin Lotion

Lepas kawen, saya terus stop amek Roaccutane Isotretinoin (ubat jerawat yang beli kat klinik kulit Ranjit tu). Rasanya ubat tu tak sesuai untuk saya makan lagi. Lepas 2 bulan tak amek ubat tu jerawat mula tumbuh dengan jayanya. Rasa tension jugak tengok muka depan cermin.

Then saya beli vitamin C dan E untuk kulit. Masa masuk farmasi, saya saja-saja tanya kat kaunter ubat tu ada tak jual ubat sapu (external medicine) untuk jerawat. Kalau boleh saya nak elakkan amek ubat makan, saya lebih prefer ubat sapu je, lebih selamat.

Orang farmasi tu syor saya beli T3 Mycin Clindamycin Lotion. Nama dia je 'Lotion', tapi sebenarnya benda ni liquid, cair macam air masak tu. Harga kat farmasi Mersing rm29.90....tapi kat farmasi Ampang Park rm32.00....haha. Takpe la, tu kira dah murah berbanding ubat jerawat yg saya beli kat klinik Ranjit, sekotak rm200, ada 30 biji untuk sebulan. Daripada bayar rm200 baik bayar rm32 je kan.

Ubat ni ternyata berkesan. Cuci muka bersih-bersih....keringkan, pastu sapu ubat ni di tempat yg ada jerawat, atau nak sapu keseluruhan muka pun boleh. Kalau boleh pakai waktu malam, waktu dah nak tidur. Lepas pakai terus tidur supaya kulit muka boleh berehat.

Esok pagi bangun kulit muka dah beransur elok sikit demi sedikit. Kalau jerawat teruk, pakai setiap malam....sehingga la jerawat dah berkurangan. Bila jerawat dah kurang atau dah hilang, dah tak perlu pakai hari-hari.

Tapi ubat ni bau dia menyusuk hidung sket, bukan bau busuk tapi bau macam.....tak tau nak cakap bau apa, bau macam menyusuk gitu.

Saya puas hati dengan ubat ni.

16 comments:

Kay said...

c mycin mmg ok... dulu aku pakai, beli kat farmasi... tp aku cari balik dh takde... T3 ni brand kan?

skrg jerawat dh kurang, tp jerawat aku tumbuh bkn kat depan, kat tepi2 belah dalam tudung...

Julie Shahril said...

Kay: yup....T3 ni brand dia,dulu2 aku rasa mcm pnh bli jugak tp brand lain..x ingt brand apa, tp fungsinya sama je, bau pun sama...mmg berkesan.

Anonymous said...

kalau nk beli ubat nie dkt farmasi ckp dkt die nk t3 yg roller punya..dia thu la kot..

Unknown said...

boleh juga kalau nk try dalacin T.tp price die agak mahal berbanding T3 Mycin.dalacin T ni antibiotik utk jerawat.ramai dah yg pakai n terbukti berkesan

Unknown said...

berapa lama ia tunjuk kesan?

Julie Shahril said...

Amas: kalo sy pkai, semggu dh nmpk kesan, kena rjin pkai, waktu terbaik ialah sblm tido.

Unknown said...

Kalau masalah jerawat tak teruk sgt sesuai tak guna?

Unknown said...

Hi may i know ware u buy the T3 myclin lotion?

Unknown said...

I just got it from pharmacy. Last time I did use it and it is really effective for redness and acne

Unknown said...

Dia menghilangkan bekas jerawat sekali tak?

Atiqah Azmi said...

It won't reduce scars. I've tried it. it's only effective for acne& redness.

Unknown said...

Saya pernah beli t3 ni sebab muka breakout . orang farmasi tu kata , function dia sama macam dalacin T

Halimah Ahmad Tajuddin said...

Ya...sekali Ngan muka ii hlg

Unknown said...

Jerawat kecik boleh guna tak

Unknown said...

Jerawat pasir boleh guna tak

Unknown said...

Cuci muka. guna air paip biasa atau guna pencuci muka?lepas tu,lepas pakai t3 boleh letak moisturizer/sunscreen tk?