Semalam masak sup ketam, ratah ketam tanpa nasi. 3 ekor ketam sederhana besar saya makan sorang. Tamak haloba. Habis tu...husband tak boleh makan ketam, jadinya terpaksa la saya makan sorang. Sebenarnya suka..sebab tak payah share dengan dia..hehehe..
Ketam di angkut dari kampung. Jauhkan bawak ketam ni. Bukan setakat ketam, ada ikan jugak. Ni la aktiviti baru kalau balik kampung, angkut barang basah.
Percaya tak, ni la pertama kalinya dalam hidup saya masak ketam. Siyes. Tu yang call mak tanya ketam ni sedap masak apa selain dari masak lemak atau sambal? Masak sup pun boleh.....wah macam menarik. Saya memang suka hirup-hirup kuah ni.
Mak pun bagitau la segala ramuan.....ok senang aje, beressss.
Ni je yang tinggal...
Resepi sup ketam mak saya sangat lah simple, pejam mata pun boleh masak. Tak tau la resepi mak orang lain...
Bahan-bahan:
3 ekor ketam sederhana besar
1 labu bawang besar (kalau nak guna bawang merah pun boleh) - dikisar/tumbuk
3 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
1/2" halia - dikisar/tumbuk
beberapa biji cili padi (kalau nak pedas letak la lebih) - di ketuk aje
sedikit daun sup
sebungkus soo hoon
sebiji tomato (ni aku pandai-pandai tambah sendiri, mak tak suruh letak pun..hehe)
air
garam (tapi saya tambah maggie cukup rasa)
Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masuk kan air (agak-agak la sendiri air tu nak banyak mana). Tunggu sehingga air mendidih.
3. Bila air dah mendidih, masukkan ketam. Tunggu kejap. Pastu masukkan soo hoon. Kalau rasa soo hoon tu banyak sangat, masukkan separuh aje.
4. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan cukup rasa, kalau nak letak gula pun boleh tapi jangan banyak sangat.
5. Bila dah mendidih, tutup api, taburkan dengan daun sup.
6. Sedia untuk di baham.
Simple je kan. Tak payah pening-pening pikir.
Blog aku ni dah jadi blog masak-masak dengan blog ibu-ibu mengandung kan... :D
6 comments:
sup ketam suh orang kena denggi makan pon okeh...
apesal ko tak anto cket kat hakak ko neh....
Terliur, takde la suka ketam sgt pun.Tp tengok gambar tu terliur.
Aku pun x penah masak ketam.
puanlawa: tau, tau..org kena denggi mmg kena mkn sup ketam, tp kan..kalo yg kena denggi tu pun ada gout mcm mne yer...hihi..
boboi: aku pon bkn suka ketam sgt, x mengidam pon...tp sbb dh ada dpn mata, sesekali mkn sdap jugak..
wah xrajin lagi wat sup ketam, mesti manis ketam tu kan.. ros suka rebus jer.. haishh trngin ketam plak :P hahaha
ros: biasa pun mmg rebus aje..tp kali ni teringin nk msak..
klu de gout...
blend kan pucuk betik bior dia bg minum yee...
heheheee.....
Post a Comment