Monday, June 4, 2012

amah indonesia

Oleh kerana permintaan amah a.k.a pembantu rumah yang tinggi di Malaysia, maka berpusu-pusu lah orang Indon datang ke sini untuk menjadi pembantu rumah. Maka dengan itu satu peraturan baru telah diperkenalkan oleh Indonesia bahawa:

- Gaji minimum pembantu rumah Indonesia mestilah rm700 sebulan (jika diberi cuti 1 hari seminggu), atau rm800 sebulan (jika tidak diberi cuti).
- Majikan tidak boleh memegang pasport pembantu rumah tersebut kecuali jika mendapat kebenaran dari pembantu rumah itu sendiri.

Sangat tragis betul peraturan itu, aku rasa meluat dan nak muntah..! Sangat nak muntah.

Gaji minimum rm700 jika diberi cuti, rm800 kalau tidak diberi cuti. Mutu perkhidmatan belum tentu bagus, perangai belum tentu baik, masak belum tentu sedap, tu belum lagi dapat amah yang ada rekod jenayah. Mentang-mentang lah Malaysia ni terdesak sangat nak cari pembantu rumah, mereka mengenakan peraturan yang memualkan. Dah lah makan minum semua free, elektrik free, air free, segala kelengkapan rumah digunakan free, silap-silap ada majikan yang baik hati belikan barang mandi, syampu, pencuci muka...siap bawak jalan-jalan holiday lagi. Itu pun mereka tak bersyukur.

Majikan tidak boleh memegang pasport amah, maka senang-senanglah mereka nak lari ikut suka hati mereka kan. Sedangkan sebelum ni banyak kes amah lari, sebelum lari tu mereka mencuri dulu. Agaknya selama mereka bekerja di rumah majikan mereka tu, mata dan otak mereka sentiasa liar berfikir apa barang baik yang boleh diambil sebelum lari.

Menjelikkan lah.

No comments: