Wednesday, June 20, 2012

doa pelindung diri

Tadi ada orang tiba-tiba kena histeria kat level 21, terkejut aku. Pertama kali aku tengok orang histeria, tapi aku tak pegi dekat pun, duduk diam-diam je kat meja. Baru nak jenguk-jenguk konon-konon nak intai apa yang berlaku, dah kena marah dengan Puan Lawa, dia kata, duk sini diam-diam, jangan nak nyebok kat sana. Hehe.

Abg Razak suruh aku baca ayat kat bawah ni, bagus di amalkan sebagai doa harian, insyaAllah, Allah akan melindungi kita. Terima kasih Abg Razak.
 

Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Petua Beramal:
  • Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  • Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  • Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

4 comments:

liza aziz said...

tadi ct ada inform kita pasal histeria tu.. terkejut jugak ek. huhu.
a'a julie..alhamdulillah, kita selalu amalkan zikir ni. wat lagu... baca xkira waktu ;) act lagu tu melodi dia kump hijjaz yang buat.. so kita follow je sbb sedap di baca. lagi pun bagus untuk di amalkan :)

♥ ROS ♥ said...

Semoga kita dilindungi olehnya..amin :)

Kehelan said...

Amalkan baca ma'thurat... Ayat ni ada dalam ma'thurat

j.u.l.i.e said...

liza: uii..cepatnye berita tersebar..hehe, semlm sbb rasa takut kita ajak kaksu turun bawah..dh reda bru naik atas smula..

ros: amin...jauhkan lah dari perkara2 buruk..

kay: InsyaAllah, will do