Friday, July 13, 2012

penakut

Jumaat, the boring day, but at the same time, the happy day because tomorrow is holiday...yeahhh.

Bila aku baca blog huz pasal orang hilang, orang kena bunuh or kena rompak or kena kidnap...aku terfikir apa yang Hanis Zalikha tulis dalam blog dia tu ada betulnya.

Sometimes kita kena jadi PENAKUT.

Kenapa?

Sebab bila kita jadi penakut, kita lebih memikirkan keselamatan, tidak semua orang boleh dipercayai dan kita lebih aware dengan keadaan sekeliling. Tak salah jadi berani, tapi bila dah terlampau berani, kita kadangkala lupa nak pikir pasal keselamatan diri sewaktu jalan sorang-sorang.

Dan juga aku pernah ada pengalaman beg kena bukak sewaktu naik bas Metro masa zaman-zaman belum ada kereta dulu, dan pernah juga terkena cubaan diragut, tapi tak sempat orang tu nak meragut. Aku rasa peragut tu baru-baru nak belajar meragut, belum cekap lagi.

Jadi kalau boleh jangan lah keluar sorang-sorang, biar lah berteman, paling tak pun berdua. Lagi ramai lagi bagus.

Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.






No comments: