Tuesday, October 16, 2012

05 Oktober 2012


 credit to pakcik Wak Gelas untuk pic yang cantik ni...


Tarikh: 05 Oktober 2012
Hari : Jumaat

3.00 pagi
-Saya terjaga dari tidur kerana terasa macam ada sesuatu keluar macam air kencing tapi saya tak rasa nak kencing pun. Saya bangun pergi toilet. Laju je air tu keluar tanpa boleh di kawal. Saya dah rasa takut tapi cuba untuk cool. Saya teringat pesanan nurse masa buat check-up, air ketuban kalau pecah memang akan keluar tanpa kita boleh kontrol. Saya kejut hubby. Dia pun macam blur-blur. Kami ni tak ada pengalaman. Nasib baik family saya ada di rumah waktu tu. Hubby kejutkan mak saya. Mak saya suruh saya tidur dulu sebab saya tak sakit apa-apa, dan mak pulak sebenarnya tak pernah keluar air masa dia bersalin dulu-dulu. Dia suruh saya tidur macam biasa.

5.30pagi
- Saya sakit perut. Terasa macam nak buang air besar. Saya bangun dan membuang apa yang patut. Lepas tu saya tidur semula.

7.00 pagi
- Saya sakit perut yang saya rasa kesakitan yang agak pelik. Sakit yang sekejap-sekejap. Saya fikir mungkin itulah permulaan untuk contraction. Masa tu saya sempat fikir lagi, hari ni baru 5 haribulan, due date aku 24...apasal aku dah sakit? Cepatnya aku sakit.

7.30 pagi
- Hubby suruh saya siap-siap untuk ke hospital. Mak dan abah ikut sekali. Nasib baik lah diaorang ada kat rumah masa tu. Sebenarnya tujuan diaorang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UIA pada hari ahad nanti. Tup-tup hari ini saya dah sakit. Saya pakai baju ala kadar dan duduk sekejap sambil tahan sakit. Mak bagi saya minum segelas air tanpa saya sedar air tu air apa. Kami bergerak ke Hospital Putrajaya Presint 7. Sampai di hospital, nurse terus hantar saya ke labor room. Nurse check, bukaan dah 4 cm. Hahhh...4cm? Macam tak percaya. Jadi betul lah aku nak bersalin ni....

10++ pagi
- Doktor check, bukaan dah 7 cm. Nurse tanya saya, puan ada minum air selusuh ke? Saya geleng. Masa tu nak bercakap pun dah tak mampu. Doktor pakar datang check, dia tanya saya. Puan nak amek epidural tak? Puan tahan sakit tak?Saya jawab, saya nak epidural doktor. Doktor check graf denyutan jantung baby, doktor kata saya tak boleh amek epidural kerana graf jantung baby tak berapa cantik. Kalau saya amek jugak ianya akan memberi kesan tak elok pada baby. Saya pasrah. Jadinya, saya kena bertahan dengan kesakitan itu. Baru saya tahu macam mana sakit nak bersalin.

12++tengahari
- Doktor check lagi, bukaan dah 9 cm. Doktor induce nak bagi cepat lagi bukaan, tinggal 1 cm je lagi puan...kejap lagi puan akan bersalin, kata doktor. Saya diam saja, dah tak mampu nak bercakap. Hubby ada di sebelah, menemani saya. Hanya Allah saja lah yang tahu betapa sakitnya nak bersalin ni.

12.45 tengahari
- Masa ni adalah masa kemuncaknya kesakitan. Doktor suruh saya teran. Kepala baby dah nampak dah. Percaya tak masa ni saya sempat lagi fikir apa yang saya baca dalam blog seorang doktor, cara-cara nak teran. Saya ingat apa yang doktor tu tulis. Saya teran dalam 3-4 kali, ikut apa yang doktor tu ajar. Sakitnya tak terkata, macam nak putus nyawa, Masa tu saya dengar doktor tu cakap...bagus, teran lagi macam tu, dah betul cara awak tu, teran lagi...teran lagi. Alhamdulillah, tepat pukul 12.45 tengahari, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Maka, lahirlah AHMAD ZHAREEF HAIQAL BIN AHMAD SHAHRIL yang seberat 3.08kg.

Keluar saja baby, terus hilang rasa sakit. Serius tak tipu. Cuma saya kena mengadap sakit nak kena jahit pulak. Tapi sakit jahit tu tak terlawan dengan sakit nak bersalin. Sakit kena jahit tu rasa macam kena gigit semut aje. Hidup-hidup saya kena jahit, tak ada bius apa pun. Saya boleh rasa doktor tu tarik benang satu-satu. Masa ni saya dah flat gila. Dah tak ada tenaga dah.

Selesai semuanya, saya tidur agak lama sebelum kena transfer ke hospital Presint 8 pulak.


Ya Allah, patut lah syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Saya dah faham sekarang. Alhamdulillah, saya dah rasa apa yang ibu-ibu lain rasa. Syukur, saya sakit lebih kurang 5 jam dalam labor room dan terus bersalin. Syukur sangat-sangat ya Allah. Hubby setia disebelah saya menyaksikan anak kami lahir depan mata.

Zhareef sayang, mama doakan Zhareef jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Mama dan papa sayang Zhareef sangat-sangat. Walaupun kita bukan orang kaya, tapi mama dan papa akan cuba memberikan satu kehidupan yang selesa untuk Zhareef. We love you.




8 comments:

mrs.ecam said...

ALHAMDULILLAH...TAHNIAH JULIEE...klu ko x apdate ni aku x tau pong ko dh berslin...pttla lame x apdate...tp tula rsnyer due ko lmbt lg kn...tp xpela zhareef x sabar nk tngk mama ngan papa die...tahniah skali lg...slmt berpantang ek...heee

june said...

Congrats!! Comey zhareef. nasib baik ada org teman masa sakit tu.. sy masa 1st experience, pgg besi katil je, nangis sorang2.. huuu syahdu betol. diorg xbg husband masuk sbb labour room full, kene tggu kat tmpt check bukaan. xde tangan husband nak pulas2.. haha. sedih xboleh nak ckp, dah la 1st time.

wakgelas said...

wak pon nk ucap tahniahla wat cikPuan Julieter yee.. muger2 cepat sehat senantiasa .. aminn

Rosmawani♥ said...

Alhamdulillah :) sonoknya.. Anak ros lahir 12.28tghari..hheheh..

Julie Shahril said...

rozi: tengkiu... :)

june: sama la..pegang besi katil jugak, tp sebelah tangan lg genggam tngan hubby...nsib baik dia bole msuk...kalo x sure sedih..

wak: cantik la gmba wak amek...nak yg lain boley...

ros: jom la kita berpantang sama2.. :)

SuzieLAWAti said...

hye budak bibir merah... meh balik sini umi nak polokkk...

Time Traveller said...

Ya Allah .. sakit melahirkan anak tu hanya para ibu saja yg mengetahui nya..

Moga Zhareef menjadi seorang anak yg soleh :D aminn..

Julie Shahril said...

timetraveller: in sha Allah, amin...