Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Fibroid - Follow up check-up#1

3.3cm fibroids (dalam bulatan merah)


Semalam follow up check-up fibroid. Scan. Ingatkan habis mengandung takde scan-scan dah. Rupanya ada kena scan lagi. Nampak lah seketul ketumbuhan disitu. Fibroid itu ialah ketumbuhan daging yang berasal dari otot rahim tetapi ianya bukan kanser.

Aku bertanya doktor, macam mana fibroid itu boleh ada?
.
.
.
Genetik!

Ada beribu-ribu wanita diluar sana yang ada fibroid, dan tak sangka aku termasuk dalam beribu-ribu wanita itu.

Next check up ialah bulan oktober nanti. Ada kawan suggest makan makanan yang tinggi alkali untuk memusnahkan fibroids tersebut. Contoh makanan beralkali ialah lemon. Baru aku tahu lemon itu sejenis makanan beralkali. Aku sangkakan selama ni lemon berasid sebab ianya masam, kahkahkah.


Monday, December 17, 2012

akar fatimah


Ini ialah akar fatimah, ada orang panggil bunga fatimah. Datangnya dari Mekah, hanya ada di Mekah. Cik PuanLawa yang perkenalkan akar fatimah ni.

Tujuan memperkenalkan akar fatimah ni...untuk buat air selusuh.

Rupa bentuk akar fatimah ni kuncup je....dan kering.


Tapi bila dah rendam semalaman....akan jadi kembang semangkuk macam ni.

Orang kata, makin kembang akar ni, makin mudah lah bukaan servik semasa nak bersalin nanti. Wallahualam....kita hanya berusaha, Allah juga yang menentukan.

Saya minum air ni start mengandung 7 bulan. Rasa air ni macam maung-maung sikit. Sebelum minum, baca selawat 3 kali.

Bukan nak percaya 100% pada air ni, kita hanya berusaha kan, yang penting berdoa semoga kita dipermudahkan bersalin.

Insha Allah.



note: dah siap rendam semalaman, transfer la air tu dalam botol, lepas tu keringkan semula akar fatimah ni, bila dah kering dia akan kuncup balik macam asal. Boleh bungkus dalam surat kabar, simpan dalam freezer. Boleh guna sampai anak ke-5, 6 ok....tahan lama.


Thursday, October 18, 2012

hari ke-13


Tempoh berpantang yang saya rasakan ter.....lalu lama dan banyak dugaan. Tapi kini saya dah rasa sikit selesa, cuma boring yang amat. Dah la jauh dengan hubby...huhu, nasib baik family ada dan family mertua pun dekat sekangkang kera je.

My daily routine is totally change. Tapi saya dah boleh manage sikit-sikit. Mula-mula dulu sampai meleleh air mata. Bayangkan di saat anak sendiri lapar nak susu, tapi saya tak boleh nak buat apa-apa sebab saya kekurangan susu. Sangat sadis.

Nasib baik ada insan-insan mulia sudi datang ke rumah menyelamatkan keadaan. Terima kasih sahabat kerana menenangkan suasana yang buntu dan bercelaru. Terima kasih kerana membantu saya yang dalam keadaan susah dan tak tahu nak buat apa. Allah sajalah yang akan membalas jasa baik itu. Saya sangat terhutang budi dan akan saya ingat sampai mati. Terima kasih jugak kepada si kakak sebelah meja opisku kerana mengambil berat. Tak tau nak cakap apa...semoga Allah balas jasa baik mu itu.

Kelahiran Zhareef tidak di duga. Kelahirannya cepat 19 hari dari tarikh jangkaan. Namun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Cuma keadaan sedikit kelam kabut kerana kelahirannya terlalu awal dan saya sendiri tidak bersedia apa-apa baik dari segi mental dan fizikal. Yang paling penat ialah hubby, kesian dia ke hulu ke hilir menguruskan segalanya. Nasib saya baik kerana family kebetulan ada, tapi bercelaru jugak sebab sibuk terkejar-kejar nak ke majlis konvokesyen adik saya di UIA.

Hari ini hari ke-13 saya berpantang dan saya sudah boleh handle sendiri Zhareef tanpa bantuan mak kecuali nak mandikan dia. Bab-bab nak mandikan baby ni memang saya tak konfiden, jadi memang mak kena tolong lah. Yang lain alhamdulillah....saya uruskan sendiri Zhareef. Berjaga tengah malam pun dah tak kisah sangat. Awal-awal dulu memang pening kepala dibuatnya kerana Zhareef ada angin. Saya amek masa 2-3 hari jugak nak memahami perangai Zhareef dan sekarang saya dah tahu apa kehendak dia. Zhareef adalah insan yang baru nak mengenal dunia, saya tahu dia sendiri pun keliru dengan apa yang dia rasa. 

Harap-harap lepas ni keadaan akan bertambah baik. Doa-doakan saya.


Tuesday, October 16, 2012

05 Oktober 2012


 credit to pakcik Wak Gelas untuk pic yang cantik ni...


Tarikh: 05 Oktober 2012
Hari : Jumaat

3.00 pagi
-Saya terjaga dari tidur kerana terasa macam ada sesuatu keluar macam air kencing tapi saya tak rasa nak kencing pun. Saya bangun pergi toilet. Laju je air tu keluar tanpa boleh di kawal. Saya dah rasa takut tapi cuba untuk cool. Saya teringat pesanan nurse masa buat check-up, air ketuban kalau pecah memang akan keluar tanpa kita boleh kontrol. Saya kejut hubby. Dia pun macam blur-blur. Kami ni tak ada pengalaman. Nasib baik family saya ada di rumah waktu tu. Hubby kejutkan mak saya. Mak saya suruh saya tidur dulu sebab saya tak sakit apa-apa, dan mak pulak sebenarnya tak pernah keluar air masa dia bersalin dulu-dulu. Dia suruh saya tidur macam biasa.

5.30pagi
- Saya sakit perut. Terasa macam nak buang air besar. Saya bangun dan membuang apa yang patut. Lepas tu saya tidur semula.

7.00 pagi
- Saya sakit perut yang saya rasa kesakitan yang agak pelik. Sakit yang sekejap-sekejap. Saya fikir mungkin itulah permulaan untuk contraction. Masa tu saya sempat fikir lagi, hari ni baru 5 haribulan, due date aku 24...apasal aku dah sakit? Cepatnya aku sakit.

7.30 pagi
- Hubby suruh saya siap-siap untuk ke hospital. Mak dan abah ikut sekali. Nasib baik lah diaorang ada kat rumah masa tu. Sebenarnya tujuan diaorang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UIA pada hari ahad nanti. Tup-tup hari ini saya dah sakit. Saya pakai baju ala kadar dan duduk sekejap sambil tahan sakit. Mak bagi saya minum segelas air tanpa saya sedar air tu air apa. Kami bergerak ke Hospital Putrajaya Presint 7. Sampai di hospital, nurse terus hantar saya ke labor room. Nurse check, bukaan dah 4 cm. Hahhh...4cm? Macam tak percaya. Jadi betul lah aku nak bersalin ni....

10++ pagi
- Doktor check, bukaan dah 7 cm. Nurse tanya saya, puan ada minum air selusuh ke? Saya geleng. Masa tu nak bercakap pun dah tak mampu. Doktor pakar datang check, dia tanya saya. Puan nak amek epidural tak? Puan tahan sakit tak?Saya jawab, saya nak epidural doktor. Doktor check graf denyutan jantung baby, doktor kata saya tak boleh amek epidural kerana graf jantung baby tak berapa cantik. Kalau saya amek jugak ianya akan memberi kesan tak elok pada baby. Saya pasrah. Jadinya, saya kena bertahan dengan kesakitan itu. Baru saya tahu macam mana sakit nak bersalin.

12++tengahari
- Doktor check lagi, bukaan dah 9 cm. Doktor induce nak bagi cepat lagi bukaan, tinggal 1 cm je lagi puan...kejap lagi puan akan bersalin, kata doktor. Saya diam saja, dah tak mampu nak bercakap. Hubby ada di sebelah, menemani saya. Hanya Allah saja lah yang tahu betapa sakitnya nak bersalin ni.

12.45 tengahari
- Masa ni adalah masa kemuncaknya kesakitan. Doktor suruh saya teran. Kepala baby dah nampak dah. Percaya tak masa ni saya sempat lagi fikir apa yang saya baca dalam blog seorang doktor, cara-cara nak teran. Saya ingat apa yang doktor tu tulis. Saya teran dalam 3-4 kali, ikut apa yang doktor tu ajar. Sakitnya tak terkata, macam nak putus nyawa, Masa tu saya dengar doktor tu cakap...bagus, teran lagi macam tu, dah betul cara awak tu, teran lagi...teran lagi. Alhamdulillah, tepat pukul 12.45 tengahari, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Maka, lahirlah AHMAD ZHAREEF HAIQAL BIN AHMAD SHAHRIL yang seberat 3.08kg.

Keluar saja baby, terus hilang rasa sakit. Serius tak tipu. Cuma saya kena mengadap sakit nak kena jahit pulak. Tapi sakit jahit tu tak terlawan dengan sakit nak bersalin. Sakit kena jahit tu rasa macam kena gigit semut aje. Hidup-hidup saya kena jahit, tak ada bius apa pun. Saya boleh rasa doktor tu tarik benang satu-satu. Masa ni saya dah flat gila. Dah tak ada tenaga dah.

Selesai semuanya, saya tidur agak lama sebelum kena transfer ke hospital Presint 8 pulak.


Ya Allah, patut lah syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Saya dah faham sekarang. Alhamdulillah, saya dah rasa apa yang ibu-ibu lain rasa. Syukur, saya sakit lebih kurang 5 jam dalam labor room dan terus bersalin. Syukur sangat-sangat ya Allah. Hubby setia disebelah saya menyaksikan anak kami lahir depan mata.

Zhareef sayang, mama doakan Zhareef jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Mama dan papa sayang Zhareef sangat-sangat. Walaupun kita bukan orang kaya, tapi mama dan papa akan cuba memberikan satu kehidupan yang selesa untuk Zhareef. We love you.




Tuesday, October 2, 2012

my pregnancy journal - week 37

Menghitung hari....tik tok tik tok tik tok....


Salam kawan-kawan yang mengenali diri ini....ayat mcm bagus jek....hehehe

Saya ingin memohon kemaafan dari awak-awak semua jika ada kesilapan saya secara sedar atau tidak, dari hujung rambut hingga ke hujung jari, saya tak tahu macam mana saya akan menghadapi saat-saat melahirkan kerana saya belum ada pengalaman, saya harap saya dapat menghadapinya dengan tabah.

Kepada suamiku yang tercinta, tolong ampunkan segala salah silap dan dosa-dosa saya. Saya harap awak dapat berada disisi saya sewaktu saat itu tiba.

Tolong doakan saya selamat, saya tak tahu bila masa itu akan tiba....bila-bila masa saja. Saya hanya bersedia fizikal dan mental dan Ya Allah, semoga Kau permudahkan lah segalanya.



Aku tak boleh taip lebih-lebih, nanti meleleh......aku kan cepat touching.....hikhikhik



Friday, September 21, 2012

tidur aje kejenya


Agaknya sebab dah terbiasa bangun awal untuk sahur bulan puasa, aku selalu terjaga dari tidur pada waktu-waktu antara pukul 4.30am hingga 5.00am. Tapi ada sekali tu pukul 3.00am aku dah terjaga, lepas tu terus tak boleh tidur. Frust. Dan kesannya kat ofis aku melepek kat meja, mengantuk tahap tak boleh handle.

Masa aku tengah menaip ni pun, aku baru bangun tidur sebenarnya. Aku tak tau la apa orang keliling cakap pasal aku. I don't mind. 

Nasib baik lokasi meja aku dah tersorok sikit, jadi boleh la aku buat aktiviti tidur ni dengan selamba.

Lepas bangun tidur, baru aku rasa segar sikit.

Bila bangun tidur, aku rasa lapar!



Thursday, August 30, 2012

my pregnancy journal - week 32

Dah trimester ke-3, minggu ke-32. Cepatnya masa berlalu. Orang dah suruh aku isi baju siap-siap dalam beg, mana la tau tersakit awal. Aku dah packing baju, takde la banyak, just standby. Sediakan payung sebelum hujan.

Dan aku ter'excited' nak mengemas bilik untuk si kecik. Gunakan apa yang ada je, takde la beria-ria sangat. 

Seriously, aku memang mengah sekarang. Kalau duduk, tak boleh duduk tegak, kena menyandar. Makan pun tak boleh sumbat banyak-banyak. Tapi aku banyak minum air....dan buang air. Pendek kata aku dah jadi bestfren jamban. Aku dan jamban tak boleh dipisahkan. Kalau jamban tu boleh berkata-kata, mesti dia muak tgk muka yang sama masuk jumpa dia.

My due date is 24 Oktober. Agak-agak menepati masa atau tercepat atau terlambat? Huhuhu....I have to prepare on my mentality more than my physically. Mental kena kuat untuk hadapi sebarang kemungkinan kan. Kalau badan tak kuat tapi mental kuat, insyaAllah...kita akan lebih bersemangat. Aku dah rasa sakit contraction tu masa pregnant 6 bulan haritu. Sakit sangat. Mak kata, tu belum sakit yang betul-betul ko nak bersalin...ko akan rasa pinggang ko macam takde....ohh...gitu eh.

Ya Allah, permudahkan lah segala hal.

 

Tuesday, July 10, 2012

Lanang tu lelaki...lelaki tu Lanang

Aku nak meroyan....tapi macam malas pulak nak menaip panjang-panjang....cuma aku nak cakap...hospital Pusrawi bahagian Klinik Sakit Puan, tingkat 2....servisnya memang hampeh dan kurang memuaskan.

Walaupun begitu...dapat lah jugak aku tengok keadaan baby macam mana...alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat dan tidak ada sebarang masalah. Masa tengah scan tu, tangan dia belah kiri tengah tutup mulut, tangan belah kanan kat bawah kepala.

Wahhhh....tengah bersantai anak aku yer....macam bersantai-santai kat tepi laut pulok, baring sambil berbantalkan lengan gituuu....

Dan InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah...., baby aku adalah......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Masa scan, kandungan dah berusia 24 minggu, means dah 6 bulan. Kejap je kan. Lagi 3 bulan je my cinonet ni nak keluar.

Cinonet....cinonet....




Thursday, June 21, 2012

kejang kaki


Aku selalu terjaga diwaktu-waktu tertentu ditengah malam dan kena kekejangan kaki. Masa tu punya la sakit Allah saja yang tau. Apa yang aku buat ialah dengan menegakkan kaki setegak-tegaknya supaya rasa kejang tu hilang, kalau bengkokkan kaki memang lagi bertambah-tambah sakit dan rasa nak meraung.

Kekejangan kaki biasa terjadi kepada orang mengandung....kata nurse. Itu semua disebabkan oleh kekurangan kalsium. Kalau boleh minumlah susu 2 atau 3 kali sehari. Elakkan ambil pil kalsium, lebih baik minum susu kerana susu adalah bahan semulajadi yang lebih mudah diserap oleh badan berbanding pil kalsium yang ada bahan kimia tambahan.

Melalui bacaan, ini yang aku dapat:
Cemana nak elak kan kaki kejang???

Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam. 
- Tak pernah buat pun

Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
- Yang ni memang selalu buat :)

Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV. 
- Putar buku lali tak pernah, cuma urut-urut kaki tu biasa

Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.) 
- Ya..ya dah tanya doktor, doktor suruh minum susu banyak-banyak dan elakkan ambil pil kalsium.

Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus
 - Tak pernah sentuh langsung minuman bergas sejak pregnant.

Tuesday, June 19, 2012

tanya doktor

Aku tanya Dr. Zubaidi personally pasal makan durian....nampaknya jawapan Dr. Zubaidi sama macam jawapan Dr. Patrick Chia from babycenter.com.

Aku tanya Dr.Zubaidi dalam FB, dia jawab dalam blog. Terima kasih doktor.

Monday, June 18, 2012

anemia

Aku mengalami anemia. Apa itu anemia?

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin (hb) yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah didalam darah berkurangan dari biasa.

Bacaan hb aku cuma 10.3, berbanding sebelum ni 11.1. Mak aku cakap memang rendah pun.

Doktor bagi aku pil Iron untuk tambahkan zat besi dalam badan. Aku kekurangan zat besi yer. Then doktor suruh makan banyak sayur hijau, daging merah, hati, kuning telur, seafood dan apa ntah lagi.

Aku risau juga walaupun aku tak menzahirkan kerisauan itu di wajah. Dah la masa timbang berat, berat aku naik macam apa....3 kali aku turun naik alat penimbang tu depan nurse sebab tak percaya dengan nombor yang tertera. Sah, memang berat aku naik gila-gila tahap dewa-dewa.

Masa check-up kali ni aku dapat nurse yang juga sedang mengandung. Haha. Aku faham hormon dia pun tak stabil, sebab tu dia kira jumlah minggu aku pregnant pun salah. Biasa lah, aku kalau depan nurse agak banyak cakap, lagi-lagi kalau perkara tu aku musykil, dan lagi-lagi kalau dia salah kira dah berapa minggu aku pregnant. Dengan muka konfiden dia kata aku pregnant baru 19 minggu. Aku argue balik, eh saya kira dah 21 minggu. Dia kata eh tak lah...baru 19 minggu. Aku kerut-kerut dahi tak puas hati. Dia kira semula.....a'ah betul la awak dah 21 minggu. Hehehe...aku gelak dalam hati. Kan aku dah cakap, hormon dia pun tak stabil.

Lepas tu dia bertekak dengan aku pasal nak scan baby. Kenapa awak nak scan? aku kira soalan itu macam satu lontaran sebijik batu besar ke arah muka aku.

Aku jawab, saja nak scan, nak tengok keadaan baby, nak tengok gender. Aku jawab tu sambil sengih-sengih lah. 

Dia kata, tak payah scan la, baby awak kecik lagi, bukan nampak pun. Tunggu dah 7 bulan baru scan, masa tu baby dah besar sikit. Buat apa nak tahu jantina...ni mesti 1st baby kan? patut la excited...1st baby rupanya. Awak scan pun bukan confirm baby tu lelaki ke perempuan. Ada yang scan nampak lelaki, tapi bila keluar perempuan....bla...bla...bla....apa entah lagi dia membebel.

Aku jadi geram pulak. Eh suka hati aku lah nak scan ke apa, bukan dia pun yang scan, doktor yang scan. Lepas tu dia belek-belek buku merah aku tu....nampak apa yang Dr. Nur Aishah tulis last month masa check-up, muka dia sengih-sengih. Ooo...doktor yang suruh scan eh....ok la..awak scan la. Iee...ieee...haaa...kan, sebelum sembur orang tu baca lah dulu apa yang doktor tulis. Memandai je dia nak membebelkan aku. Haishhh....hormon...hormon...

Maka aku pun scan la.....

Jeng...jeng....jeng.....walaupun aku tahu, perkara ini tak pasti, maklumlah scan 2D je pun, aku tak mengharap atau meletakkan harapan yang tinggi, aku cuma berserah. Lelaki ke perempuan ke...tak kesah, yang penting baby aku sihat, selamat dan sempurna sifat.

Hahaha......lelaki ke perempuan....ehehehe...

Nanti la yer....nanti-nanti aku bagitau..

Thursday, June 7, 2012

my pregnancy journal - week 20

Hari ni genap 5 bulan usia kandungan. Orang mesti akan kata....uiii..kejap je dah 5 bulan, tapi bagi aku yang menanggung ni rasa lamanya nak jejak 5 bulan. Kalau mood aku baik, aku selalu jugak bercakap-cakap dengan baby, tak tau lah dia dengar ke tak..ehehehe. Waktu-waktu tertentu aku rasa baby ni mengeras, masa baring rasa denyut-denyut.

Next check-up boleh la scan untuk tau jantina. Tak sabar, tapi dalam masa yang sama berdebar-debar. Pompuan ke lelaki....lelaki ke pompuan. Tak kesah lah mak eton.....janji baby ni sihat dan sempurna sifat. Kalau dia pompuan, moga-moga dia jadi anak yang solehah dan rajin-rajin lah tolong aku...hikhikhik. Kalau dia lelaki moga-moga dia jadi anak yang soleh dan hormat orang tua ye nak...

Tuesday, June 5, 2012

minyak zaiton

Masa pregnant, aku alami alahan pada kulit. Mudah berpeluh dan melekit. Rasa panas sepanjang masa. Rasa nak duduk dalam peti sejuk lama-lama.

Akibat daripada rasa berpeluh dan melekit itu, timbul lah rasa gatal. Lepas tu kulit macam ada ruam-ruam merah, lepas tu jadi hitam. Aku benci.

Puan Lawa kata itu symptom biasa orang mengandung. Semua orang yg pernah mengandung cakap macam tu. Yang aku benci ialah kesan hitam tu.

Aku pergi beli Skin Therapy Oil brand Palmer's, sapu-sapu kat kulit tapi tak berkesan. Sebelum tu aku sapu losyen, lagi hampeh. Puan Lawa kata jangan sapu losyen. Ok aku tak sapu losyen dah.

Lepas tu baru aku teringat aku pernah beli Minyak Zaiton keluaran Mustika Ratu. Mak yang beria-ria suruh beli minyak zaiton ni. Tak sangka jugak minyak zaiton pon boleh sapu kat kulit, ingat buat masak spaghetti je, hehe. Tapi ini minyak zaiton yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, bukan buat masak.

Aku sapu lah minyak zaiton ni ditempat-tempat yang gatal dan ada kesan hitam tu. Kena tahan sikit lah sebab dah nama pun minyak, jadi dah tentu kulit pun akan berminyak. Selang 2-3 hari, kulit yang ada kesan hitam tu menggelupas, masa mandi tu gosok-gosok la sikit, kulit mati tu akan tertanggal. Alhamdulillah....aku rasa produk ni bagus. Aku suka.

Satu lagi yang bagusnya, aku dah seminggu tak pakai deodorant, aku gantikan deodorant tu dengan minyak ni. Tau apa kesan? Aku dah tak bau badan sendiri. Aku ni pelik sikit, orang lain pregnant tak boleh bau badan husband lah, bau telur lah, bau orang menumis lah, bau sabun lah. Aku...tak boleh bau badan sendiri. Bongok kan. Tapi itu lah hakikat sebenar. Aku sapu minyak ni menggantikan deodorant, then sembur perfume banyak-banyak. Semalam, aku merayap sorang-sorang kat klcc, aku dah tak bau badan aku sendiri. Syoknya. Macam kelakar plak tak boleh bau badan sendiri. Hahaha.





Thursday, May 24, 2012

boleh ke minum coffee atau nescafe semasa hamil?

google

Saya adalah penggemar coffee, juga nescafe. Walaupun ada fakta mengatakan minum nescafe tak bagus tapi saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. To be honest, kadang-kadang saya addicted pada dua minuman ni.

Semenjak pregnant, saya tak sentuh langsung nescafe, tapi kadang-kadang saya masih minum coffee untuk memenuhi permintaan hati yang teringin. Saya akan order coffee latte atau cappucino panas, bukan yang sejuk.

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya tanya nurse di klinik masa check-up haritu. Boleh ke saya minum coffee atau teh atau nescafe semasa pregnant?

Nurse jawab, boleh tapi dengan syarat...
1) Jangan minum kerap, sesekali tak apa.
2) Jangan minum coffee atau teh atau nescafe bersama hidangan makanan (pagi, tengahri atau malam). Kalau rasa teringin sangat nak minum, minum pada waktu-waktu free yang bukan bersama hidangan makanan, maksudnya, minum pada waktu-waktu petang. 

Kenapa tak boleh minum bersama hidangan makanan?
Sebab bayi dalam kandungan memerlukan segala zat dan nutrisi daripada makanan yang ibu makan. Jika minum coffee atau teh atau nescafe bersama hidangan makanan, akan hilanglah segala zat dan kebaikan yang ada dalam makanan tersebut. Minuman seperti coffee, teh atau nescafe akan meneutralkan vitamin, zat dan segala nutrisi yang ada dalam makanan yang kita makan. Jadi sia-sia saja lah kita makan makanan yang berkhasiat.

Jadi ingat yer, kalau tiba-tiba terasa mengidam nak minum cappucino ke latte ke...minum pada waktu-waktu free contohnya waktu petang, minum air itu saja, jangan makan apa-apa.....diulangi, minum air itu saja, jangan makan apa-apa.

Dalam hati saya menjerit girang....yeayyy....

Tapi jangan minum hari-hari pulak, sekali sekala takpe..........pesan nurse. Hehehehe...

Sama juga cara makan ubat, contohnya makan obimin, asid folik atau apa-apa ubat. Makan ubat dengan air suam atau air buah tanpa gula. Jangan makan ubat bersama air susu kerana air susu akan meneutralkan ubat tersebut, jadi sia-sia je kita makan ubat, serupa macam tak payah makan. Kesian baby dalam perut kan...

Sharing is caring!
 

Wednesday, May 23, 2012

makanan untuk si kecil #2


Dalam banyak-banyak air buah delima, air jenama ni je yang saya boleh telan. Rasa dia masam-masam kelat. Jenama lain memang tak boleh terima dek tekak.
 
Import dari Arab Saudi.
Sekotak rm8...beli dua kotak rm15
susah nak jumpa air ni...
 
Yogurt. Lately terdorong dan tersuka nak makan yogurt, dari dulu pun memang suka, tapi sekarang lagi suka. Nurse kata bagus makan benda ni.
 
Neurogain. Baru semalam start makan setelah 4 bulan usia kandungan. Lupa pulak akak farmasi tu eksplen kebaikan neurogain ni, tapi ianya salah satu supplement yang baik untuk membantu perkembangan baby.

Lately jugak tersuka pulak makan buah laici, bukan buah laici dalam tin tu, buah laici fresh. Sedap. Manis. Best sangat.