Monday, December 17, 2012

akar fatimah


Ini ialah akar fatimah, ada orang panggil bunga fatimah. Datangnya dari Mekah, hanya ada di Mekah. Cik PuanLawa yang perkenalkan akar fatimah ni.

Tujuan memperkenalkan akar fatimah ni...untuk buat air selusuh.

Rupa bentuk akar fatimah ni kuncup je....dan kering.


Tapi bila dah rendam semalaman....akan jadi kembang semangkuk macam ni.

Orang kata, makin kembang akar ni, makin mudah lah bukaan servik semasa nak bersalin nanti. Wallahualam....kita hanya berusaha, Allah juga yang menentukan.

Saya minum air ni start mengandung 7 bulan. Rasa air ni macam maung-maung sikit. Sebelum minum, baca selawat 3 kali.

Bukan nak percaya 100% pada air ni, kita hanya berusaha kan, yang penting berdoa semoga kita dipermudahkan bersalin.

Insha Allah.



note: dah siap rendam semalaman, transfer la air tu dalam botol, lepas tu keringkan semula akar fatimah ni, bila dah kering dia akan kuncup balik macam asal. Boleh bungkus dalam surat kabar, simpan dalam freezer. Boleh guna sampai anak ke-5, 6 ok....tahan lama.


6 comments:

cinta said...

Rendam dalam air sejuk ke suam ke panas? Pernah dapat akar ni masa mengandung anak no. 2 tapi belum pernah guna.

j.u.l.i.e said...

cinta: rendam dlm air masak biasa je...x sejuk, x panas, x suam...air msak biasa tu...

Wak Gelas™ said...

muger2 semuanye selamat yee.. ehHHee

j.u.l.i.e said...

wak: dh selamat pon wak...hehehe...

CiKPuaNLawA said...

aku ade banyak lagi bunga tu...
tapi dah tak guna..sebab tak mengandung dah...
ade sesapa kawan mengandung ..nak bunga tu boleh le mintak kat i yee...

j.u.l.i.e said...

puanlawa: yeke x ngandung lg....ekekeke