Friday, January 11, 2013

info baby#1 - makan dan minum


 Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum usia 6 bulan? Baca kat sini.



Kenapa bayi tidak boleh diberi minum air masak? Baca kat sini.


Orang tua dulu-dulu memang senang sangat nak bagi makan pada baby yang usianya masih dalam hari, sebab diaorang rimas dengar baby tu menangis. Pada diaorang, baby menangis je lapar, asal nangis je lapar. Macam dah set dalam minda diaorang kalau baby nanges je mesti nak suap makanan.

Mak aku citer, arwah nenek dulu pun dah suap aku makan masa umur aku seminggu. Haha. Ok la, abaikan...past is past.

But sorry to say, aku tidak akan sesekali membenarkan sapa-sapa menyuapkan anak aku makan sebelum tiba waktunya. Biarlah dia membesar dengan susu dulu. Cukup lah dia minum susu. Dia selalu menangis bukan sebab lapar je, tapi ada sebab lain. Antaranya, dia kembung perut, susah nak berak, tak sedap badan dan macam-macam masalah lain. 

Kesan buruk akibat bagi bayi makan sebelum usia 6 bulan kita tak nampak sekarang, tapi bila dah dewasa nanti. Ada juga bayi yang pecah ususnya akibat diberi makan pada usia yang masih 'baru'.

Tapi aku tahu, kadang-kadang kita keliru sama ada nak dengar cakap orang yang berpengalaman atau nak dengar cakap doktor.

Pada aku, sebagai ibu, kita berhak menentukan apa yang patut, apa yang tak patut, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Ibu bapa, kawan-kawan dan saudara mara di rujuk sebagai panduan. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Kena rajin membaca info-info berguna dan bertanya pada mereka yang pakar jika tak tahu.

Kalau nakkan yang terbaik untuk anak kita....fikir-fikirkan lah.






2 comments:

gadisBunga™ said...

mom knows what's best for her baby. so tak payah ikut orang. better buat dengan ilmu dari mengikut orang. kan? :)

j.u.l.i.e said...

gb: setuju...