Monday, February 4, 2013

food poisoning


macam ni la keadaan aku muntah kat klinik tapi aku tak pakai baju macam ni okeh..

Tengahari khamis minggu lepas pergi makan secara rombongan cik kiah ke sebuah restoran yang boleh tahan popular di Pandan. Bukan tak pernah makan kat situ, banyak kali dah. Sebelum ni tak ada sebarang masalah pun, tapi hari itu mungkin malang bagi aku.

Balik dari makan tu aku rasa perut macam sebu...belakang sakit. Aku ingatkan mungkin aku banyak sangat makan tadi, so aku tak hiraukan sangat. Makin lama makin tak sedap perut, sampai tertidur kat meja. Orang lalu lalang tengok aku tidur lantak pi la. Tak peduli dah.

Balik keje, masa drive perut aku makin meragam. Aku pelik jugak kenapa perut aku macam ni. Kebetulan dah janji dengan hubby nak pegi Mydin beli barang sikit. Kat Mydin aku dukung si kecik yang debab tu ke hulu ke hilir. Perut aku dah makin sakit, dah macam kena tarik-tarik. Adik aku cakap mungkin aku kena gastrik. Tapi mana mungkin aku kena gastrik, bukan aku tak makan. 

Aku tak boleh berjalan tegak, kena membongkok sebab perut terlalu sakit. Tekak aku loya. Balik rumah, letak semua barang, amek medical card terus pegi klinik. Sampai kat klinik aku muntah, bukan sekali tapi 3 kali aku muntah. Muntah yang banyak. Keluar segala makanan yang aku makan tengahari tadi.

Doktor kata aku memang macam kena food poisoning. Aku dah agak dah.

Doktor bagi injection, ubat sakit perut, ubat muntah dan air garam berperisa oren. Balik rumah memang lembik aku rasa. Lepak sampai tertidur.

Macam tu rupanya kena food poisoning. Sengsara jahhh.




No comments: