Monday, March 4, 2013

demi kereta

Nak dapat duit bonus kena tunggu setahun. Nak abeskan duit tu dalam masa sehari je. Duit mengalir macam air.

Tapi demi untuk kereta, aku relakan. Ye la, keselamatan kereta tu penting, apa salahnya melabur lebih sikit untuk itu.

Aku tukar tayar kereta dan segala bagai di Teoh Brothers, kedai tayar yang aku rasakan agak berbaloi dan aku sangat selesa dengan kedai ni. Walaupun baru pertama kali pergi sana, aku rasa selesa, servisnya bagus, ownernya peramah dan boleh bargain harga ( kalau pandai pujuk...hehehe).

 Teoh Brothers.....berlokasi di Klang. Jauh kan aku pegi tukar tayar.

 Kalau nak cari kedai Teoh Brothers tu, kena cari Klang Parade dulu...

 Dah jumpa Klang Parade, cari pulak restoran mamak Rejab Maju

Restoran Rejab Maju tu betul-betul dekat simpang 3...nanti korang akan nampak lah dari jauh signboard warna hijau.....

Aku sesat cari kedai tu ok...

Nak tukar sportrim 2ndhand pun murah kat kedai ni. Sportrim cantik (walaupun 2nd hand) dan aku rasa harganya berbaloi.

Tapi gambar yg aku tunjuk kat atas tu sportrim baru...hehehe..

Haa...ni sportrim 2nd hand. Still in good condition kan?


Dan sekarang baru lah aku rasa best nak drive....kalau tak, speed jejak 110km/j pon dah gegar stereng.




2 comments:

CiKPuaNLawA said...

buat alignment balancing jugak tak nehh...?!

pas neh pegi memana nek keta ko jer eyhh... hehehe

j.u.l.i.e said...

cpl: buat ler...wajib buat...haa...naik ler..