Wednesday, March 27, 2013

tanda-tanda terkena sihir

Tiba-tiba aku rasa takut pada kisah-kisah sihir yang aku dengar dan baca. Ada lagikah ilmu-ilmu sebegitu di zaman moden ni?

Yang paling aku takut ialah:

Ilmu sihir pemisah!

Sihir yang ditujukan kepada suami isteri, atau ibu dan anak, anak dan bapa, adik beradik, kawan-kawan dan rakan sekerja.

Ilmu sihir yang akan membawa bencana dalam sesebuah keluarga!
Ilmu sihir yang boleh membuatkan rumahtangga berpecah belah!
Ilmu sihir yang boleh menyebabkan seorang anak dan ibu atau anak dan bapa atau kawan-kawan menjadi musuh hanya kerana perkara yang kecik!

Nauzubillah.

Tanda-tanda diri terkena sihir:

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
 

3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa. 
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal. 
6) Sukar tidur malam. 
7) Sakit pinggang tanpa sebab. 
8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat di rumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


Ermmm....betul ke eh...no.20 tu, nyanyuk pun termasuk dalam sihir ke? konpius aku.
No. 33...pon konpius...aku pon kuat berangan...hahahaha

No.15 tu aku dah pernah alami...teringat Zhareef masa dalam pantang, memang tak tidur malam disebabkan dia tak berhenti menangis. Balik kampung berubat baru elok, alhamdulillah sampai hari ni dia ok...

uhuhu...ya Allah, jauhkan lah aku dan seluruh ahli keluarga aku dari perkara-perkara yang buruk.

Amin.

 


No comments: