Thursday, May 16, 2013

belated mother's day

Ada orang kata hari ibu tu haram disambut. Takpe lah. Kita tukar style. Hari-hari adalah hari ibu, atau ikut suka kita nak sambut bila.

Semalam, kebetulan mak mertua aku ada datang. Balik keje husband ajak makan luar, tak payah masak katanya. Alhamdulillah, kurang sikit penat. hihi. Kami ke Bangi mencari tempat makan. Aku pun tak tau dia nak bawak makan ke mana. I follow aje.

Dia park kete depan Iceroom. Oo..dia nak makan kat sini. Aku tak penah makan kat sini. Ok jugak lah, layan.

Dia kata, dia nak celebrate hari ibu untuk Ma yang kebetulan datang, dan of course untuk aku, ibu kepada anak dia. Wahhh...suprise you. First time sambut hari ibu sebagai seorang ibu. Selama ni aku wish kat mak aku je, sekarang orang pulak wish kat aku.

Sedar tak sedar dah 7 bulan aku jadi ibu. Great experience you all. Masih terkenang-kenang kesakitan bersalin. Sebenarnya moment tu indah. Indah walaupun sakit. 

Kualiti gambar ke laut. Maklum lah pakai kamera henpon je.



Masuk di Iceroom tak semestinya kena makan aiskrim. Aku tak order langsung aiskrim. Aku suka kombinasi warna kedai ni. Hijau+putih jadi ceria.


aku lemas...aku lemas...
pinjam ayat budak tampan..

this lil young boy pun pretend macam nak order something.
tunggu besar sikit, boleh order macam-macam dan paw duit papa banyak-banyak.



Kalau letak gambar minumam, kategori apa? sakit jiwa? hehehe...



Aku nak sakit mental kejap, tayang gambar food. Ini Chicken Chop apa benda ntah. Simple. Ayam dia rangup.


Pilihan aku sudah tentu kambing. Aku penggemar kambing tegar. Ini nama dia Pan Fried Lamb Shoulder, dalam bahasa Melayu, Bahu kambing goreng kuali. Hahaha.

Kambing ni tak sedap mana. Sedikit masin. Tapi habis jugak aku makan. Sebab dah order, makan je lah. Tak baik membazir. Membazir itu amalan syaitonnnnn!

Terima kasih mengingati hari ibu...nanti hari bapa I will celebrate to my husband pulak.

Thank you love. Sambutan yang sederhana tapi tersemat di sanubari.



6 comments:

june said...

happy mother's day!!

Ana @ Cik Nana said...

Happy Mother's Day..
Salam Kak...sya suka baca blog akak nie...dr dlu lg..hihihi,,tp x pernah bg komen..nie 1st time tngglkan jejak..hihihihi..

Salam Perkenalan ;-)..nnt nk add akk kat fb blh???

cinta said...

byk2 gambar kat atas gambar si kacak itu paling sedap.
nak geget pipi..

Julie Shahril said...

june: happy mother's day to you too!

cik nana: tq dan salam perkenalan. bole add fb: Julie Ellyzer Ahmad.
blog ni byk merapu je dik :D

cinta: tau xpe..daging pipi dia lg lembut dri daging kambeng tu...hahaha

Dr Singa said...

penyek pipi kena cium dengan maktok!

Julie Shahril said...

kakaksinga: tu blom tgk mak dia gomol...hihi