Saturday, June 22, 2013

Ophthalmologist

Aku tahu perkataan ini setelah mata aku ada masalah. Ophthalmologist, nama untuk seorang doktor yang pakar dalam bab mata, pancaindera yang paling berharga. Ada sikit kekesalan sebab aku selalu abaikan penjagaan mata. Bila ada masalah baru nak beringat. Ok, lepas ni tak buat dah.

Aku buat appointment dengan Doktor Cheng Fook Meng, pakar mata di hospital Gleneagle, Ampang. Aku takut sebenarnya nak pegi check. Tapi kena check jugak kan. Mata kiri aku mengalami kabur yang terlalu teruk.

Doktor Cheng dibantu oleh pembantu dia. Assistant dia yang check mata aku, letakkan ubat untuk mengembangkan mata hitam sebelum di scan. Alhamdulillah, result dari scan menunjukkan mata aku cuma mengalami infection dan kanta mata terlalu kering. Sebab terlalu kering, doktor bagi 2 jenis ubat titis khas untuk melembabkan mata. Lagi 2 jenis ubat untuk infection.

Aku cuma takut kena cataract. Nasib la tak bahaya.

So aku kena lupakan contact lens dalam masa 2 minggu. Minggu depan kena datang follow-up lagi. Lepas tu kena buat cermin mata baru...dan lens baru. Fuh...duit lagi.

Ada kawan cadangkan aku buat LASIK. Bukan tak teringin, tapi ke'bajetan' tu takde. Lain la company nak cover yer. Hahaha. In sha Allah di masa-masa depan kalau ada rezeki dari Allah SWT.

Sayangi mata anda.





4 comments:

Dr Singa said...

ala kassemmmmmmmm !!

eh .. tu cerita lain..!!

Daddy Ziyyad said...

awak kena corneal ulcer ke?

semua pengguna tegar contact lens mmg kena sedar risk cornea ulcer..Saya dulu hampir2 kena...:P

Speedy recovery ya!

cinta said...

nk share,

http://drmuhaya.com/premium-lasik-promotion

(copy paste je, bajet perasan sebok. hee..)

julieter said...

kakizat: nak jadi kasim selamat kena cucuk mata ngn garfu dlu..ni baru kena infection dah gelabah...hehe

daddyziyyad: doc xde ckp pulak psl corneal ulcer, dia kata mata sy kena infection dan terlalu kering. tu je. atau dia mmg xnk ckp sbb pikir bkn sy paham pun....kuikuikui

alhamdulillah mata dh ok sket, sket je la...still rabun lagi...hehe..x selesa nak memandang sekeliling sbb kabur..

siti: akak dh tgk...mahal dik oi..sbb buat kat Prince Court tuu...huhuuu...tp akak x pnh survey pun kos dia kt tmpt lain...hehehe...so x boleh nk compare jugak..