Thursday, July 25, 2013

Saliza Rahina

Dah 16 Ramadhan rupanya. Tak sedar. Dah tak lama nak sambut Syawal.

Tapi aku bukan nak cerita pasal puasa atau raya.

2-3 hari lepas secara tak sengaja aku teringat pada satu nama ni, Saliza Rahina. Siapa Saliza Rahina ni? 

Saliza Rahina sebenarnya tak wujud. Nama ini adalah gabungan dari nama aku dan beberapa orang kawan aku yang lain. Nama ni direka oleh aku...hahaha..sebab masa sekolah dulu aku ada buat satu group yang dinamakan sebagai group 'Saliza Rahina'. Tujuan group ini dibuat adalah untuk mengumpat keji manusia sekeliling yang kami tak suka.

Keji tak group ni? 

Keji jugak kan.

Ok, back to the story.

Antara ahli kumpulan Saliza Rahina ialah:

- Aku of course (Julie)
- Joy (Zulaina)
- Shasha
-Wati
-Emy
- ?

Aku tak ingat ahli yang lain. Kami, masa sekolah dulu suka bergosip. Sebenarnya macam ni, details story terwujudnya group ni sebab masa sekolah dulu masa untuk kami berkumpul sama-sama sangat terhad, nak bergosip ramai-ramai pun takde masa, besides kami rasa macam berdosa mengumpat secara terang-terangan.

Jadi..

Kami buat satu buku tebal seumpama 'Diary Saliza Rahina'. Dalam buku itu lah kami akan menulis segala perkara yang kami tak suka mengenai seseorang, atau mengutuk orang yang kami rasa jelik. Segala rahsia ada dalam buku tu. Aku ingat lagi, buku tu bersampul warna biru.

Ok, contoh lah, katakan aku tak suka pada si Aminah (bukan nama sebenar), aku akan amek buku biru tu dan tulis mengenai Aminah dalam buku macam nih:

22. Ogos. 1992
Aku benci Aminah.
Semalam aku nampak Aminah tergedik-gedik depan kedai Makcik Kuntum, dengan liuk lentoknya, dengan suara ngada-ngadanya membuatkan aku rasa nak muntah darah. Alangkah best kalau dapat tampar muka dia laju-laju.



...hahaha...

Tu contoh la macam mana kami meluahkan perasaan marah, benci, meluat dan segalanya. Hanya ahli group kami dibenarkan memegang buku tu. Kami akan tukar-tukar pegang mengikut siapa yang ada cerita nak tulis. Lepas tu kami akan baca dan gelak ramai-ramai.

I miss that moment so so much.

Moment yang agak keji pada aku, tapi kenangan itu indah. Indah walaupun keji.

Nak tau perbuatan kami ni masa umur berapa?

12 tahun!! Ya, moment ni terjadi masa kami darjah 6. Kecik-kecik dah pandai mengeji.

Suatu hari, buku rahsia kami telah dirampas oleh cikgu Halim. Habis semua data-data rahsia dalam buku tu cikgu Halim baca. Aku tak pasti macam mana cikgu Halim boleh dapat buku tu. Aku agak bengang sebab kecuaian salah sorang ahli membuatkan rahsia kami terbongkar.

Tapi cikgu Halim tak marah sebab aku rasa dia lah cikgu paling sporting dalam dunia. 

Kenangan ini terjadi  lebih 20 tahun yang lalu.

 

...dan aku rindu Saliza Rahina...

 




7 comments:

CiKPuaNLawA said...

mesti cikgu halim tu simpan buku korang tu sampai sekarang ....

dia pulak yang tulis macam2 dalam tu....

gerbera said...

Canggih jugak ye.

cinta said...

pertama kali dgr ada benda camni. canggih la. bole buat filem ala2 AADC dulu. tapi kan, keji betul. haha..

Daddy Ziyyad said...

Hahahaha...advanced gila korang...umu 12 tahun dah buat secret group mengeji ngumpat orang...hahahaha....ada contact tak bila dah besar panjang ni dgn mana mana bekas ahli? ;P

t.a.t.a said...

memang advance. saya sek menengah baru mula. duduk hostel, seminggu sekali biasa nya sabtu atau ahad, duduk berborak menganyam ketupat.

Wak Gelas™ said...

salam ramadhan cikpuan Juliter tuu.,ehHHee

julie shahril said...

cpl: haha...ntah tapi cikgu halim tu best

boboi: canggih ke? tp bila ingat balik mcm x pecaya umo 12 thn dah pndai buat gitu

siti: keji kan...hihi..tapi best

daddyziyyad: contact juga tp tak smua...yg mne ada jela tp lupa pulak nk mention psl saliza rahina..

tata: menganyam ketupat? awak sgt feminin.