Friday, August 2, 2013

24 ramadhan 1434

Jumaat - 24 Ramadhan 1434. Dalam kalendar Islam, aku lahir pada hari ini.

Selamat hari lahir Julie. Dah cukup dewasa aku kini untuk menempuh dugaan hidup yang kian mencabar. Nak kata aku dah cukup matang pun tak juga sebab kadang-kadang aku mengong-mengong juga. Tapi aku akui setahun kebelakangan ini banyak perkara aku belajar tentang kehidupan.

Antara yang aku belajar tentang kehidupan ialah bagaimana untuk aku memahami hidup sebagai suami isteri. Sound funny? It's not funny anyway. It's serious. Aku pernah terbaca satu tajuk buku bertajuk 'Men are from Mars, Women are from Venus'. Buku tersebut menceritakan tentang bagaimana susahnya 2 orang makhluk lelaki dan perempuan nak faham perangai masing-masing.

Ini lah pengalaman paling berharga yang mana ia mengajar aku untuk menjadi seorang yang penyabar. Aku bukan penyabar sangat tapi sekurang-kurangnya kini aku tahu mana salah silap aku, mana kekurangan aku yang perlu aku perbetulkan. 

Ditambah lagi dengan karenah anak. Aku rasa aku jadi manusia yang lebih baik disebabkan dia. Bukan nak kata baik sangat tapi lebih baik dari sebelum ni. Sekurang-kurangnya ada perubahan positif yang aku lakukan demi dia. Aku baru sedar banyak perkara yang harus aku korbankan untuk keluarga.

Bulan ramadhan, bulan ogos...semoga bulan ini memberi kegembiraan buat aku dan keluarga aku. Kalau umur aku masih panjang, banyak lagi perkara yang harus aku tempuh. Bila dah melalui fasa kehidupan macam ni, kekuatan mental mesti mengatasi kekuatan fizikal. Aku kena kuat untuk menempuh hidup yang bakal aku hadapi selepas ini pula..bisikan syaitan yang menghasut sentiasa ada. Akal dan hati kena seiring, tapi kena lebihkan akal sebab hati kadang-kadang cepat memberontak. Akal yang waras lah penyelamat.

Touching pula pagi-pagi ni. Kahkahkah.

Hormon lari sikit hari ni.






5 comments:

t.a.t.a said...

amalkan istighfar paling kurang 100x setiap hari.

Wak Gelas™ said...

hormon lari sbb zhareef nk dpt adek keeww.,ehHHee, salam ramadhan ye juliter tuuu

CiKPuaNLawA said...

jah... ingat nak belanja sushi bday ko nanti ..
tak jadi tapi.. sebab pose... hahaha

julie shahril said...

tata: thanks, in sha Allah

wak: haha..sabor2 ye...bagi mak dia berehat dulu..kuruskan badan sket

cpl: haippp..bole postpone lepas raya...i tuntut..!!!!!

CiKPuaNLawA said...

eehhh....eehhhh... nak tuntut pulak.... orang nak belanja time tu jeee...!!