Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, August 6, 2018

06.08.18

I just want to write a short notes today, on my birthday.

Bila usia bertambah, bermakna masa kita diatas dunia semakin berkurang. Begitu juga masa kita bersama keluarga. Penuhi hidup ini dengan sesuatu yang bermakna, walaupun ianya nampak simple, tapi memberi kesan mendalam terhadap hidup dan perasaan orang lain.

Contoh paling simple bila anak kau panggil nak cerita sesuatu, cuba lah pandang muka dan mata dia, dengar dia cerita. Anak kau happy, kau pun happy. Simple kan. Mana tahu, usia tak panjang, benda simple macam tu tak boleh buat dah.

Ibu juga patut dirai sempena hari kelahiran ini kerana ibu lah yang menanggung sakit bersalin tu. Terima kasih mak kerana melahirkan anakmu ini.

Terima kasih suami dan anak-anak, kasih sayang yang tak ternilai selama 7 tahun hidup bersama. Semoga tidak ada orang ke tiga, ke empat atau ke lapan belas diantara kita. 


Keep calm and happy birthday to me.

Friday, October 21, 2016

4 tahun

05 Oktober yang lepas aku dan husband buat sambutan hari lahir Zhareef yang ke-4 tahun di taskanya, bertempat di bangunan Wisma Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 3 Putrajaya. Majlis yang sangat simple, aku hanya bawa sebijik kek dan 75 keping buku mewarna sebagai hadiah kepada kawan-kawan Zhareef.

Mula-mula ingat nak bagi goodies bag, tapi masa dah suntuk dan aku fikir apa benda lah nak letak dalam goodies bag tu? Aku tak nak letak jajan atau makanan yang merapu. Pikir punya pikir, aku bagi buku mewarna, at least ada jugak aktiviti budak-budak tu kat rumah. 75 keping buku mewarna aku beli borong, sebab kawan-kawan playschool Zhareef ada 75 orang, ramai kan...

Bayangkan kalau aku nak membungkus 75 goodies bag....tak larat aku. Bagi buku mewarna lagi bagus, tak perlu nak bungkus-bungkus dan sangat bermanfaat untuk budak-budak.


 birthday boy muka serius jer

Semua berkerumun nak makan kek
sweet betul budak-budak ni


Walaupun ianya hanya satu majlis yang simple, tapi bermakna untuk Zhareef. Seronok tengok budak-budak makan kek ramai-ramai.

Abang Zhareef dah big boy, tak lama lagi nak jadi abang. Mama doakan abang Zhareef membesar menjadi anak yang baik, bahagia dunia dan akhirat, dan ketahuilah betapa mama dan papa sangat-sangat sayang pada abang tau.

Love you.


Monday, October 5, 2015

3 tahun

Pejam celik, tidur, bangun, makan, minum, mandi....ulang-ulang benda yang sama...

dah pun berlalu 3 tahun...

3 tahun dah usia budak debab ni. Bermakna dah 3 tahun juga aku jadi ibu. 

3 tahun yang benar-benar telah mengubah hidup aku 360 darjah.

3 tahun yang benar-benar telah mengisi hidup kami dengan gelak ketawa, geram, penat, tak cukup tidur....semua itu nikmat dan kebahagiaan yang tak dapat dibeli dengan 2.6 billion. Oppss.

Terima kasih Zhareef kerana hadir dalam hidup mama dan papa...

dan kini...mama dan papa kembali stress dengan pertanyaan...

"Bila nak tambah anak lagi"?

Takpe, kami tabah. Kami cuba untuk jadi kental.

Hiks!



3 tahun aku melihat transformasi dia dari lahir yang beratnya hanya 3.08kg, kemudian dia membesar bagai johan dengan sedebab-debab dan sebulat-bulatnya sehingga nurse dan doktor risau ditakuti dia obesiti. 

Dan kini....

Setelah 3 tahun berlalu...

Zhareef dah slim laaaaaaa.....

Cer tengok nih...

weeehuuuuu...
chaye tak obes dah...chaye dah gagah perkasa


Selamat Hari Lahir Ahmad Zhareef Haiqal, 3 tahun dah kita hidup bersama, ketawa bersama, makan bersama, tidur pun nak menyentil kat mama, dah besar ni pun masih lagi manja nak mintak dukung!

Zhareef dah 17.3kg ok....patah pinggang mama nak dukung awak.

Semoga anak mama menjadi anak yang baik, taat perintah Allah, dilimpahkan rezeki, baik budi pekerti dan bila dah besar nanti, jangan lupakan mama dan papa.

We love you soooo much.





Friday, August 7, 2015

Me'nate Steak

Semalam 6 Ogos, hari aku dilahirkan. Jangan risau, aku muda lagi..hehehee.

Husband aku tanya, nak makan mana? Aku memang takde plan nak makan kat mana-mana pun, jadi aku biarkan dia yang decide. Aku redha aje.

Tup-tup, dia bawak aku ke Menate. Wahhh...hati dah berbunga-bunga suka gembira. Mahu tak suka, restoran yang diidam-idamkan, restoran yang semakin popular selepas diva AA maki hamun hari tu. Secara tak sengaja, caci maki itu telah memfemeskan lagi nama Menate ni.


 Menate Steak Hub cawangan Setapak
aku harap suatu hari nanti owner kedai ini akan buka cawangan di Bangi atau kawasan sekitar terdekat dengan Putrajaya...hihihi...aminnn

perempuan debab dah tak sabar nak pilih daging

Oleh kerana aku ni 1st time datang, jadi agak blur-blur sikit la nak pilih daging. Di sini, kita boleh pilih daging mengikut jenis dan harga. Setiap daging ada nama dia, dan dah tertera disitu dengan harga, dari yang murah sampai lah yang harga ratus-ratus, tapi semalam aku tak nampak pulak yang harga ribu-ribu, mungkin stok belum ada kot. Paling mahal aku nampak harga 700-800 sekeping untuk daging wagyu.


Disini lah tempat pelanggan memilih daging, ada daging lembu dan kambing. Ada banyak jenis, dan yes...aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku tanya pendapat staf restoran, of course lah dia kata wagyu yang sedap, tapi dia kata Ribeye pun sedap. Masa aku datang tu memang ramai orang sedang berkerumun kat Ribeye. Aku agak, diaorang mesti dah biasa makan sini sebabnya diaorang tak pikir panjang, tengok-tengok daging, pilih, capai, terus bagi pada staf restoran.

Yang aku, masih ternganga tak tau nak amek yang mana, kihkihkih.

 ini daging Wagyu
namanya Matsu'saka Striploin
harga rm700++ hingga rm800 sekeping
tak mampu den nak makan daging ni...

 ini juga Wagyu
namanya Wagyu Cry Tiger
harga rm100++
ini kategori wagyu mampu milik

ini pun Wagyu juga..
namanya Wagyu Back Ribs
harga bawah rm100..
juga kategori mampu milik

ini Lamb Rack
harga juga bawah rm100
mampu milik


Pilih punya pilih...akhirnya aku pilih daging ni...
.
.
.
.
.
.

Wagyu Cry Tiger
rm176
kenapa aku pilih yang ini?
sebab ianya tebal dan besar, spesis tamak haloba macam aku ni nak yang besar aje..

Husband aku pilih Ribeye, tapi aku boleh terlupa nak snap gambar daging dia masa mentah-mentah, harga Ribeye tu bawah rm100 juga.


Ini lah rupa daging yang telah siap di grill..mash potato tu sedap! Yang hijau tu bukan asparagus yer...tu kacang buncis...hehehee, aku pun mula-mula ingat asparagus. Daging wagyu yang aku pilih ni tebal dan besar, mengah aku nak habiskan. Ini lah akibat jadi tamak sangat, sebenarnya aku tak habis makan pun, bagi kat husband aku untuk habiskan.

my husband's plate..
Ribeye with mash potato and coleslaw

menu budak kenit jangan lupa..
meatball and fries
meatball tu ok-ok la, aku lagi suka meatball abang burn


Ok, sekarang nak cerita pasal the taste of wagyu.

Aku dan husband mintak diaorang grill welldone. Aku bukan tekak mat saleh nak makan daging mentah atau separuh mentah atau suku mentah. Ribeye dia memang buat welldone, tapi wagyu aku tak berapa nak welldone, sebabnya wagyu yang aku pilih tu tebal!

Haha..tapi the taste is ok, masih sedap dan lembut. Nak potong daging senang, nak kunyah pun senang sebab lembut. Kesimpulan yang aku belajar dari pengalaman pertama ialah, lain kali pilih daging yang nipis dan banyak lemak berselirat diantara daging, bila di grill, lemak-lemak tu akan cair di mulut. Cuba tengok gambar daging wagyu yang harga 700++ tu, kan banyak lemak..!!

Husband aku untung, ribeye yang dia pilih tak terlalu besar dan nipis. Bila grill, dagingnya lembut gila dan lemak-lemak yang ada memang cair dimulut. Betul ni tak tipu, aku cakap terus terang ok. Sila pilih daging yang banyak lemak berselirat! Kau tak akan menyesal punya.

Bau daging wagyu yang aku makan tu fresh bau lembu, totally different dari steak-steak yang pernah aku makan. Susah aku nak cakap, try la sendiri.

Pasal air pulak..

Air adalah free flow, ada air sejuk dan panas. Air sejuk ada 4-5 jenis jugak, blackcurrant, ice lemon tea, mango, mocha, apa entah lagi. Aku minum blackcurrant. Airnya manis sikit, so kena tambah ais.

Air panas pula ada coffee. Tapi aku tak minum pun.

1st time makan wagyu...
wagyu harga mampu milik je lah..
yang ribu-ribu tak mampu..

 Sampai termuncung-muncung mulut makan fries, dia tak suka meatball...dia bedal aku punya mash potato sampai habis, pastu bedal pulak mash potato bapak dia..

Terima kasih husband kerana membuat kejutan dengan membawa saya makan di sini..


Sekian review aku pasal Menate. Alhamdulillah untuk rezeki semalam. Lepas ni kot-kot ada rezeki lagi, kalau berpeluang makan lagi di Menate, aku nak try lamb pulak.



Wednesday, August 6, 2014

34

34 tahun yang lalu, lebih kurang pukul 12.30 malam, mak saya sedang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak cute. Di atas katil hospital Mersing, selepas tumpah darah, lahir lah baby comel secara normal, tapi keluar kaki dulu. Menyongsang!

Mak kata secara berseloroh..

Kau la anak yang paling susah nak keluar, dah la menyongsang, keluar-keluar je kulit semua dah menggelupas, dah siap memerut dalam perut, jendol pulak tu.

Ye lah, ye lah...saya jendol.

Hikhikhik.

Kadang-kadang saya pikir, saya ni normal ke? saya duduk dalam perut selama 11 bulan, bukan 9 bulan. Dah overdue sangat-sangat dah. Dulu-dulu doktor tak kisah kot kalau baby dah overdue, cuba sekarang....confirm dah kena operate.

Sepatutnya saya lahir bulan Jun, tapi terlajak sampai ke bulan Ogos. Takpe lah syukur juga Allah beri saya peluang melihat dunia dan menyedut udara alam sehingga ke saat saya menaip entry ini.

Sudah 34 tahun saya hidup, banyak liku-liku kehidupan yang telah saya lalui. Dari selatan berhijrah ke ibu negara, dari ibu negara berhijrah pula ke utara. Kemudian balik semula ke ibu negara. Bekerja. Berkahwin. Jadi isteri, jadi ibu. 

34 tahun sepatutnya saya sudah menjadi cukup matang, tapi kadang-kadang saya terjatuh juga dari landasan. Saya manusia, bukan ma'laikat. Dari sehari ke sehari saya cuba menjadi insan yang lebih baik. Sejak ada Zhareef saya rasa saya lebih baik dari sebelum ni. Baik sikit laa. hehehe.

Saya bersyukur saya masih hidup, masih berkesempatan melihat orang yang saya sayang dan berpijak di bumi Tuhan. Sesungguhnya nikmat yang tak terhingga ialah nikmat dapat bernafas.


Selamat menyambut hari kelahiran Julie.


Ayat penyedap hati:
Kau dah 34 tahun Julie, tapi kau tetap babyface.... hehehehee...don't worry, age is just a number.



Wednesday, October 16, 2013

D.I.Y Crown Birthday Hat






Cari template dalam google, print. Patern ni yang paling simple aku rasa. Mula-mula nak buat guna kain felt tapi tak jumpa kain felt kat Ampang Park. Aku bukan rajin nak berjalan jauh-jauh semata-mata nak beli kain felt.

Jadinya aku buat guna Evo foam. Aku rasa lagi senang buat guna evo foam sebab tak perlu nak jahit, just tampal dgn gam. Haha.

Jadi, ini lah hasilnya...Crown Birthday Hat for my little boy sempena birthday dia haritu.

Gigih mama dia buat walaupun tangan tak cukup seni.

Boleh simpan buat kenang-kenangan.





Wednesday, August 14, 2013

14 ogos

6 ogos lepas hari lahir aku. 8 ogos pula hari lahir adik ipar aku yang kembar tu. Hari ini pulak 14 ogos adalah hari lahir husband aku.

Masa hari lahir aku, husband aku wish macam ni:

"Happy birthday, semoga kurus-kurus selalu"

Ok fine.

Hari ini aku nak wish dia pulak:

"Happy birthday, semoga kempis-kempis perut selalu"

Kahkahkah.

Best dapat gelak-gelak dibulan cinta aku ni.

Tuesday, August 6, 2013

6 ogos

Zhareef dah genap 10 bulan semalam. Aku pula genap ?? tahun hari ni. Hehe. Biar lah tanda soal tu menghantui fikiran bukan penting pun usia tu kan. Sebenarnya penting juga sebab usia lah lambang kematangan seseorang, selain dari apa yang telah kita lalui, lakukan untuk kehidupan, keluarga, diri sendiri dan agama.

Bila dah berada diusia sekarang, aku dah mula rasa risau dan takut. Aku rasa macam aku dah tua...kikiki. Ok la think positive. Kita minum collagen untuk mantapkan kulit yang semakin dimamah usia ni, buat perubahan pada diri sendiri agar kita tidak terus terbelenggu dengan kehidupan yang serupa setiap masa, tengok movie yang kelakar-kelakar agar kita boleh senyum dan ketawa sebab petua nak awet muda ialah kita kena sentiasa ceria dan gembira, perbetulkan dan mantapkan amalan agar hidup diberkati.

Masih bernafas aku hari ni...

06 august, you come again. Dear Allah, give me light and joy for me to live life to the fullest. Thank you mother for giving birth to me. Thank you husband for loving me. Thank you Zhareef for choosing me as your mother. I proud to have you as my son.

Semoga aku ketemu lagi ramadhan dan ogos pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini juga, sempena nak raya ni, aku memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa disepanjang aku menulis, kot ada yang terkecik hati, makan hati dan sebagainya. Selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu jangan sampai kena snap gambar oleh AES, hihi. Hari ini last aku kerja sebelum cuti raya, esok akan berdezup ke kampung terchenta.


Selamat Hari Raya untuk semua!



Friday, August 2, 2013

24 ramadhan 1434

Jumaat - 24 Ramadhan 1434. Dalam kalendar Islam, aku lahir pada hari ini.

Selamat hari lahir Julie. Dah cukup dewasa aku kini untuk menempuh dugaan hidup yang kian mencabar. Nak kata aku dah cukup matang pun tak juga sebab kadang-kadang aku mengong-mengong juga. Tapi aku akui setahun kebelakangan ini banyak perkara aku belajar tentang kehidupan.

Antara yang aku belajar tentang kehidupan ialah bagaimana untuk aku memahami hidup sebagai suami isteri. Sound funny? It's not funny anyway. It's serious. Aku pernah terbaca satu tajuk buku bertajuk 'Men are from Mars, Women are from Venus'. Buku tersebut menceritakan tentang bagaimana susahnya 2 orang makhluk lelaki dan perempuan nak faham perangai masing-masing.

Ini lah pengalaman paling berharga yang mana ia mengajar aku untuk menjadi seorang yang penyabar. Aku bukan penyabar sangat tapi sekurang-kurangnya kini aku tahu mana salah silap aku, mana kekurangan aku yang perlu aku perbetulkan. 

Ditambah lagi dengan karenah anak. Aku rasa aku jadi manusia yang lebih baik disebabkan dia. Bukan nak kata baik sangat tapi lebih baik dari sebelum ni. Sekurang-kurangnya ada perubahan positif yang aku lakukan demi dia. Aku baru sedar banyak perkara yang harus aku korbankan untuk keluarga.

Bulan ramadhan, bulan ogos...semoga bulan ini memberi kegembiraan buat aku dan keluarga aku. Kalau umur aku masih panjang, banyak lagi perkara yang harus aku tempuh. Bila dah melalui fasa kehidupan macam ni, kekuatan mental mesti mengatasi kekuatan fizikal. Aku kena kuat untuk menempuh hidup yang bakal aku hadapi selepas ini pula..bisikan syaitan yang menghasut sentiasa ada. Akal dan hati kena seiring, tapi kena lebihkan akal sebab hati kadang-kadang cepat memberontak. Akal yang waras lah penyelamat.

Touching pula pagi-pagi ni. Kahkahkah.

Hormon lari sikit hari ni.






Thursday, August 1, 2013

bulan cinta


Bulan yang aku nantikan setiap tahun. Welcome back august. Kebetulan pula jatuh pada bulan puasa which I feel so great.

August, be good to me ok.








Thursday, September 6, 2012

hadiah

He asked me a guitar as a birthday present. Aku tak tau la permintaan tu serius atau main-main but I don't take it as a serious. Semalam pergi Jusco Equine Park, dia terus menonong ke kedai Ogawa. Actually memang pernah survey benda alah ni, tapi belum nak beli.

So dengan muka seposen dan ayat-ayat manis, dia mintak aku belikan ini sebagai hadiah birthday. Aku sebagai isteri mithali ni pun terpedaya la dengan ayat-ayat manis dia tuh, ok la....aku setuju. Dan sebenarnya.....aku pikir benda ni aku pun boleh guna lepas bersalin...kuikuikui. Bijak tak isteri mithali nih?

Kita haruslah membeli sesuatu yang boleh digunakan bersama. Ngeh..ngeh...ngeh...

persoalannya....berjaya kah dia mendapatkan bentuk perut yang ala-ala 6-pack tuh?
berjayakah?
berjayakah?
berjayakah?
hehehe...

and this is my birthday gift from him lah....tapi dah jadi tukun kat rumah sebab aku lebih suka pakai my BB untuk ber-internet. Aku bukak benda ni semata-mata untuk main angry bird aje, dan dia lebih suka pakai labtop...so gadget ni banyak berehat ala-ala barang perhiasan...

but the most valuable present for us is....of course....

OUR BABY!

hadiah yang ni memang akan sentiasa di peluk cium!





Tuesday, August 14, 2012

14 ogos - happy birthday to you


hari ini e.m.p.a.t b.e.l.a.s o.g.o.s...
hAppY biRthDaY tO yOu...
sEmoGa diPaNjaNgkaN uSiA...
diMurAhkaN rEzekI...
dAn sEmogA jOdOh kIta kEkaL bErpAnjaNgaN
hiNggA kE akHir uSia...

i LovE yOu...





Monday, August 6, 2012

umur naik lagi

No cake, no candle, no present. If somebody ask me, what I want for my birthday? I will answer, I want happiness and blissfulness.

Sebahagian daripada lirik lagu Sleeq dan Najwa Latif:
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya...

I totally agree with this lyric! Kebahagiaan tak boleh dicari di KLCC atau pun kat Jalan TAR okeh.

Bila dah besar-besar dewasa ni, aku dah tak kesah pasal tiup lilin atau hadiah, tapi kalau ada apa salahnya :) *kidding*

Err....tapi kan....
Aku teringin nak ice cream cake BASKIN ROBBINS!
Uwargghhhh....tekak dinosaur betul aku nih...

Aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia hingga disaat ini, dan kali ini aku menyambut hari lahir bertiga! Walaupun 'dia' belum keluar dari dalam perut, tapi aku anggap aku sambut bersama 'dia' jugak. 'Dia' bakal menjadi sebahagian daripada keluarga aku nanti.

Time flies so fast.

Walaupun usia bertambah, tapi ia tidak menghalang untuk aku buat apa yang aku suka, ye tak? kerana aku masih berpegang pada kata-kata 'usia hanya lah sekadar nombor'. Buat la apa yang kita suka selagi ianya tidak melanggar peraturan dunia dan hukum Islam.





Monday, August 8, 2011

birthday notes

I wish myself a happy belated birthday, I am happy to be born in this body, this name and this planet! hehe. I hope my life will be more happy, blessed and meaningful. Thank you to all friends out there for your birthday wishes either through sms or facebook. Your wishes are very much appreciated.

Love,
Julie

Wednesday, December 29, 2010

51 tahun


29 Desember 2010, happy birthday to my beloved mother. Walaupun saya tahu dia tak mungkin akan membaca blog ini, facebook atau twitter kerana dia tak tahu apa pun pasal dunia cyber, tapi saya nak jugak mengabadikan tulisan di laman peribadi ini untuk dia.

"Selamat hari lahir, semoga emak di sihatkan tubuh badan, di murahkan rezeki dan dilindungi daripada perkara-perkara yang buruk dan dijauhi dari manusia yang berniat jahat. Amin"


Friday, September 3, 2010

24 Ramadhan

Hari ini, 24 Ramadhan adalah hari kelahiran saya menurut kalendar Islam. Kalau ikut kiraan kalendar Islam, umur saya bertambah lagi 1 tahun. Warghhhh...lagi tua. Hehe.

Details tentang kelahiran saya:

6 ogos = 24 ramadhan
hari: Rabu
waktu: 12.30 pagi.

Jadinya saya sambut hari lahir 2 kali dalam waktu yang dekat. Alhamdulillah, syukur masih dipanjang usia, moga-moga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna.

Monday, August 30, 2010

6 ogos


30 years ago, my mother was on the hospital bed, fighting to delivered me to the world. 30 years later, I was in front of my computer typing words by words to express my sincere thanks to my mother. I am 30 now mak. But I feel like 22. Haha.

I have my life and career. Now I understand that we can not buy the happiness with money. And I can not turn back to the past. I always pray if I have the chance to turn the time back. If I were given the time a bit earlier, perhaps there are many things I can do with my mind, not lust.

Will I be able to live 30 years longer in future?

Wednesday, July 7, 2010

birthday masgobloq


Birthday Masyudi a.k.a Masgobloq
yg ke 34 tahun..
tuanya..