Wednesday, August 14, 2013

budak zaman sekarang


Ni gambar raya tahun lepas. Aku bukan nak cerita pasal raya sebenarnya. Aku nak cerita pasal Ezral, anak sedara aku yang sekarang berusia 8 tahun.

2-3 hari lepas, aku berborak dengan Ezral, bunyinya macam ni:

Ezral : Maklong, abang nak kawen la..
Aku: Hahhh? abang nak kawen? abang ada makwe ke?
Ezral: Ada.
Aku: Apa nama makwe abang?
Ezral: Aini...(sengih2)
Aku: Ooo...Aini. Aini tau tak abang suka dia?
Ezral: Tau. Abang cakap abang suka dia.
Aku: Aini jawab apa?
Ezral: Aini kata....bole lah.
Aku: (gelak kuat2...rasa nak terkucil)

Ok, sambung berborak lagi.

Ezral: Abang nak kawen, abang nak 4 orang anak. Satu abang bela, satu bagi mama, satu bagi maklong, satu lagi bagi Marissa.

Aku: Ooo...ok...(aku dah gelak tahap gaban)

Pandai betul Ezral melawak. Umur 8 tahun dah fikir pasal kawen. Adoi la budak zaman sekarang.



5 comments:

Kay said...

baju kurung tu sebijik corak baju raya adik aku 2 tahun lepas...

Ezral, selamat belajar munakahat naa! ekekekee

julie shahril said...

kay: in sha Allah..aku rasa dia akan dapat markah paling tinggi utk subjek munakahat...hihi

CiKPuaNLawA said...

contoh bapak mithali ni.... hehehe..buleh buat calon menantu...

julie shahril said...

cpl: iyo lah..dia dah plan dari kecik lagi...bila besar senang..hihi

joyahsport said...

hadoi la ezral..sabo je la mak long yek