Tuesday, August 6, 2013

6 ogos

Zhareef dah genap 10 bulan semalam. Aku pula genap ?? tahun hari ni. Hehe. Biar lah tanda soal tu menghantui fikiran bukan penting pun usia tu kan. Sebenarnya penting juga sebab usia lah lambang kematangan seseorang, selain dari apa yang telah kita lalui, lakukan untuk kehidupan, keluarga, diri sendiri dan agama.

Bila dah berada diusia sekarang, aku dah mula rasa risau dan takut. Aku rasa macam aku dah tua...kikiki. Ok la think positive. Kita minum collagen untuk mantapkan kulit yang semakin dimamah usia ni, buat perubahan pada diri sendiri agar kita tidak terus terbelenggu dengan kehidupan yang serupa setiap masa, tengok movie yang kelakar-kelakar agar kita boleh senyum dan ketawa sebab petua nak awet muda ialah kita kena sentiasa ceria dan gembira, perbetulkan dan mantapkan amalan agar hidup diberkati.

Masih bernafas aku hari ni...

06 august, you come again. Dear Allah, give me light and joy for me to live life to the fullest. Thank you mother for giving birth to me. Thank you husband for loving me. Thank you Zhareef for choosing me as your mother. I proud to have you as my son.

Semoga aku ketemu lagi ramadhan dan ogos pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini juga, sempena nak raya ni, aku memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa disepanjang aku menulis, kot ada yang terkecik hati, makan hati dan sebagainya. Selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu jangan sampai kena snap gambar oleh AES, hihi. Hari ini last aku kerja sebelum cuti raya, esok akan berdezup ke kampung terchenta.


Selamat Hari Raya untuk semua!



2 comments:

♥ ROS ♥ said...

Mcm2 supplement ade skrg ni.. Ros pun tkut gak.. Tgk mummy yg dh 30 masih sehat2.. Ros ni bru 23thn, mcm xsggup je nak lalui zaman tua.hahhaha

CiKPuaNLawA said...

malas lah nak komen....

selamat hari raya....

selamat hari lahir yee...

hehehe....

semoga di berkati Allah... dan di beri rahmat kurnia untuk awak sempena bulan baik hari baik di hari lahir awak yang ke... ermmm ...

(panjang pulak komen.. hehe)..