Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Tuesday, May 9, 2017

Pelupa

Aku ada masalah paling kronik sepanjang hayat...

Pelupa!

Aku lupa jalan, lupa password email, lupa letak barang kat mana, lupa apa aku nak buat bila masuk ke dapur...banyak lagi perkara yang aku selalu lupa.

Masalah lupa ini aku alami sejak kecik. Sebab itu aku tak jadi student excellent masa belajar sebab aku selalu lupa apa aku baca. Kronik kan.

Tapi, kalau orang aniaya aku, buat jahat kat aku....aku tak lupa. Hahahaha. Tang tu aku ingat sampai mati. Aneh pulak rasa.

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Brinchang, Cameron Highland, 2011.
zaman badan slim


Hari ni ramai orang pakat kawen, yang kebetulan bersalin pun ada, yang memang mintak dengan doktor nak bersalin hari ni pun ada, yang bertunang, honeymoon....untung lahhhh.

Semua kerana tarikh cantik 11.12.13.

Bila lagi nak jumpa tarikh macam ni?

Tunggu tahun 3013, seribu tahun lagi.

Jadi syukur lah berpeluang berjumpa dengan tarikh ini sekarang kerana seribu tahun lagi tak tau apa jadi pada dunia ni agaknya.






Monday, December 9, 2013

Keyboard Warrior

Aku akui sekarang ramai keyboard warrior terutamanya di Facebook. Mereka suka menghentam orang lain sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang yang kena hentam tu. Tak salah nak memberi pendapat, tapi cuba la belajar menggunakan kata-kata yang tak menyinggung perasaan orang.

Lazimnya mereka ini hanya berani di alam maya, tetapi tak berani pulak bila berjumpa di luar. Sebab itu mereka di gelar sebagai Keyboard Warrior. Dari pengalaman aku sendiri, ada juga kawan-kawan yang aku kenali suka menghentam orang di facebook. 

Kawan-kawan aku ni, kalau jumpa di luar, ok pulak. Tapi dalam facebook, jari tu gatal nak tulis benda yang menyakitkan hati orang. Jadi, kalau ada masa lapang nanti, aku rasa aku nak buat 'pembersihan' sikit dalam friendlist aku tu. Yang mana busuk tu aku nak buang. Bak kata husband aku, tak luak pun takde kawan macam tu di facebook.

Nak upload apa-apa gambar sekarang ni kena pikir 14 kali sebab adanya keyboard-keyboard warrior ni lah. Dulu masa tengah hot pasal politik, memang ramai keyboard warrior wujud. Mereka wujud berbayar atau free sesaja takde kerja cari dosa dalam internet.

Keyboard warrior ni, suka hentam orang, tapi bila orang hentam dia balik, pandai pulak touching. Hahaha.

Nampak tak apa Mark Zuckerberg dah buat pada dunia. Dia cipta Facebook, kita gunapakai media sosial ini untuk buat dosa. Guna lah ke arah kebaikan. Bukan di facebook saja, di Instagram pun sama. Di blog pun. Di mana-mana saja lah. 

 
Satu lagi aku nak cakap, kalau ada kesilapan-kesilapan yang orang tulis atau share di facebook, nak tegur tu sila lah pm, bukan tinggalkan komen seantero alam boleh baca. Jaga aib orang, in sha Allah, Allah jaga aib kita.









Friday, August 30, 2013

retis

Suatu hari aku disapa oleh seorang kawan ditengah-tengah orang ramai di jalan TAR. Rupa-rupanya dia kawan lama aku masa sekolah, Radiah namanya. Yang bestnya, ayat dia macam ni:

"Julie..aku nampak kau dari jauh tapi macam takut nak tegur, takut salah orang. Tapi bila aku nampak kawan kau ni, memang betul la ni kau"

What the what?

"Aku selalu nampak kawan kau ni dalam fb...kan kau selalu post2 gambar", kata Radiah lagi.

Ok. Dia nampak aku dari jauh tapi takut nak tegur sebab takut salah orang, tapi bila nampak kawan aku yang glemer ala-ala retis ni baru konfiden nak tegur aku.

Kihkihkihkihkih.

Sakit perut aku ketawa.

Aku berkawan dengan retis ko..

Nak tau tak sapa kawan aku yang ala-ala retis tu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ni la dia....kenal dok?
gamba ni aku amek curi-curi...
confirm dia terkejut kan bila masa aku amek gamba ni..
biasa la retis kan selalu menjadi sasaran paparazi..



Tak sangka glemer kawan aku ni sampai kawan lama aku yang tak kenal dia langsung boleh cam muka dia kat luar. Retis ko..





tolong, tolong aku tertekan....
 
dak debab ni tolong meng'ekpresikan' keadaan yang aku alami...
hehehe..
acah je..
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, August 15, 2013

semangat yang hilang

I asked my mom:

"Mak, macam mana nak kurus?"

My mom said:

"Kau kena kuatkan semangat"

(T_T)


OK.


Wednesday, August 14, 2013

budak zaman sekarang


Ni gambar raya tahun lepas. Aku bukan nak cerita pasal raya sebenarnya. Aku nak cerita pasal Ezral, anak sedara aku yang sekarang berusia 8 tahun.

2-3 hari lepas, aku berborak dengan Ezral, bunyinya macam ni:

Ezral : Maklong, abang nak kawen la..
Aku: Hahhh? abang nak kawen? abang ada makwe ke?
Ezral: Ada.
Aku: Apa nama makwe abang?
Ezral: Aini...(sengih2)
Aku: Ooo...Aini. Aini tau tak abang suka dia?
Ezral: Tau. Abang cakap abang suka dia.
Aku: Aini jawab apa?
Ezral: Aini kata....bole lah.
Aku: (gelak kuat2...rasa nak terkucil)

Ok, sambung berborak lagi.

Ezral: Abang nak kawen, abang nak 4 orang anak. Satu abang bela, satu bagi mama, satu bagi maklong, satu lagi bagi Marissa.

Aku: Ooo...ok...(aku dah gelak tahap gaban)

Pandai betul Ezral melawak. Umur 8 tahun dah fikir pasal kawen. Adoi la budak zaman sekarang.



Tuesday, May 14, 2013

aku curik gamba dia

Harituh aku nak beli gambar ni dengan harga 5 hengget, tapi tuan tanah nak jual dengan harga 12 ribu.....

Last-last...aku curik je gamba nih...!

Padan muka!

Hahahaha....gelak jahat.

Tuan tanah kata dia nak saman aku...

Oooo...nak saman eh...


Bukan sekeping aku curik, tapi 2 keping....

Hahahaha..aa...sekali lagi aku gelak jahat..




Lu nak saman gua?

Gua dah buat aduan kat adik kawasan..


Lu ada nampak ini kaki adik kawasan? banyak besar maa...

Kalau adik kawasan kasi tendang....sakit okeh..


ni la adik kawasan..

takut tak?

takut tak?


Hahahahahaaaa....

takutnye.....


 

Friday, May 3, 2013

google

Google banyak membantu aku. Nak tau tak...

- Nak tahu pasal info-info ibu mengandung, aku google.
- Nak tahu pasal baby, aku google.
- Nak tahu pasal tempat-tempat menarik, aku google.
- Nak cari resepi, aku google.
- Nak cari jalan, aku google.


Sampaikan...

- Nak cari jawapan teka-teki yang CPL dengan kakak Singa buat pun, aku google.

Hebat kan google.


Tapi...

Kalau lah aku boleh google hati, fikiran dan perasaan manusia kan best.

Maknanya google belum cukup hebat lagi.

Hihi.





Tuesday, April 30, 2013

politically obsessed

I never talk about politic before. NEVER. But today, I don't want to talk about politic, but the behavior of the politically obsessed.

I am a human who did not mind which party you choose. It is their right.

One day, someone asked me the question:

"Celcom ada problem ke? kenapa tak boleh call/sms ni?"

Then I replied: "Entah, ye kot". I look at my handphone, it was ok. Ya ada line.

But someone else has to give her answer like bullshit:

"Memang celcom takde line sebab berada dibawah pondok Umno"

Oh my oh my...ohh ya Allah, I was very surprised by the answer and I think that is the most stupid answer in the world.

Guys, as I mentioned above, it doesn't matter which party you choose, but please don't give an answer like Cow. If you choose PAS, then I don't mind. If you choose PKR, it is not my problem. If you choose Umno, it's up to you. 

But don't relate other problem with politic. This is so stupid.

Kucing kau mati kena langgar kereta, salah Umno?

Ikan gapi kau mati terbongkang dalam akuarium, salah PAS?

Rumah kau banyak nyamuk sampai anak kau kena demam denggi, salah PKR?

Telefon kau rosak sebab jatuh terhempas, salah DAP?


Think about it.


Monday, March 11, 2013

kisah merapu#2: saya jelita, dia lawa


Alkisah kami berdua ni suka buat keje sia-sia di pejabat. Aku buat permintaan untuk amek gambar dari angle yang akan menampakkan aku kurus....

kalau dah jelita dan lawa tu tak payah edit pakai photoshop lah yee...semulajadi. Kehkehkeh.

...dan hari ni aku rasa selesa berbaju putih bersama feveret shawl...




Wednesday, March 6, 2013

kisah merapu#1

Dalam kepala aku, ada 2 perkara. Tapi...aku blur. Aku selalu cakap dalam hati, berilah aku rezeki. Aku juga selalu cakap dalam hati....Ya Allah, Kau tunjuk kan lah kebenaran.

Kihkihkih. Macam serius je bunyinya.

Ada orang kata, kalau tak tahu atau tak pasti..lebih baik diam. Aku tidak memihak kepada sesiapa, aku tak nak masuk campur pun. 

Lebih baik aku buat hal aku sendiri. Lebih menguntungkan.

Walau apa pun yang terjadi, aku macam ni jugak. So I have to do something to change it. Keluarga adalah nombor satu. Yang lain tolak tepi.
.
.
.
.
.
.
...aku rindu kat Ujie la...
...aku rindu kat Joy...
.
.
.
.
.
dan semalam aku call Ujie, dah tak lama dia nak bersalin.

good luck my friend!