Monday, September 9, 2013

Country Garden @ Danga Bay

Country Garden @ Danga Bay belum siap sepenuhnya. Aku rasa tempat ni baru 1% siap. Walaupun baru 1% siap tapi dah dibuka untuk orang ramai secara percuma. Dalam sibuk-sibuk jaga anak sakit, dengan aku sekali pun tak berapa sihat, sempat lagi aku berjalan-jalan. Aku balik kampung minggu lepas, tak plan pun. Balik sebab nak rehatkan anak yang dah seminggu demam tak baik-baik. Kendian hari sabtu pagi gerak pegi Kulai sebab ada wedding, lepas tu terus ke JB stay 1 malam kat sana.

Aku stay kat Tune Hotel je. Petang lepas check-in, aku 3 beranak dengan adik ipar pegi jalan-jalan di Country Garden. Orang punya la ramai ra yabbi. Nasib baik jugak aku sampai awal, hari masih cerah dan tak hujan.

Tempat ni macam dah jadi ala-ala Singapore dah. Sampaikan ada tulisan, 'It can be the next Sentosa'. Aku tak pasti bila projek mega ni akan siap sepenuhnya. Bila siap, mampukah orang kita memiliki 5 star apartment yang akan dibina tu? *juling mata kejap*. Kalau mampu, aku tumpang berbangga kerana ada anak Melayu yang mampu beli.


siang...

malam..
 it can be the next sentosa..

the mega project will be built in Danga Bay


Suasana diluar yang comel dengan replika patung dan binatang yang cute. Aku dgn adik ipar yang teruja lebih. Semua rumput-rumput yang ada dalam taman ni tidak boleh dipijak, kalau tak nanti guard akan bunyikan wisel satu alam dengar.


aku tak pasti akan datang kena bayar ke tak kalau nak masuk tempat ni....harus lah berbayar kan. Sekarang free aje. Sementara free ni jom lah masuk dulu.

pokok kaktus pon ado..

 ntah, tak tau ni bunga apa...
khas untuk penggemar warna purple


Aku geram dengan patung-patung kecik comel tu. Oleh kerana tak boleh pijak rumput, amek gambar duduk atas lantai aje. Aku nampak dak debab tu macam besor sangat bila duduk sebelah patung tu..hahah.


letih pinggang..
exercise kejap...


kat pantai...ada turtle
patung ye...bukan real

 hahh...tu dia..
romeo tengah minum susu sambil tengok sunset, dan sambil tengok gadis lalu lalang..
aku rasa macam nak tampor muka dia laju-laju
gerammmm...hehehe

 terus baik demam dia lepas usha-usha awek kat sini..


bos kecik aku..


 rembang senja nan merah..
masa tengok ni...ya Allah terlalu cantik sunset petang tu..

 gambar penutup sebelum balik


Lepas balik dari Country Garden, aku sempat jalan-jalan di sekitar tempat keje lama di Wisma Persekutuan. Banyak kenangan di situ. Terlalu banyak. Lalu depan warung batu, tempat aku selalu bersarapan dulu-dulu. Tak sempat nak snap gamba tapinya. Tiba-tiba terasa syahdu sekejap. Di situ lah aku kenal Ann, aku kenal Amat dan Fakhrul, aku kenal Kak Yus dan Kak Mai. Banyaknya kenangan. Semua kenangan manis.

Cuma satu je kenangan bongok. Aku jumpa flasher di celah-celah pokok kat situ. Mengong!

10 tahun aku tak lalu tempat ni. 10 tahun..!!!


Kenangan itu indah!




5 comments:

SuzieLAWAti said...

nak tampor laju2 gak lah kat budak bambam tuh.....

gerammm....

kecik2 lagi dah pandai romeo2 eyhh....

jangan labu... jangan... hahahahaaa

t.a.t.a said...

on the 1st thought ingat budak bambam tu one of the patung. laa, benda hidup rupanya. haha.

itu baru 1% siap? wow, amazing. dan lagi dia punya landskap memang cantik.


Dr Singa said...

dah elok dah kamera?

Julie Shahril said...

cpl: sbb mak dia julieter,anak dia romeo la umi...

tata:a'ah akan dtg tmpt ni akan meriah,bila meriah tmpt ni jadi ekslusif,bila ekslusif jadi mahal, bila mahal, tak pyh masuk la...hehehe

kakizat: kamera x elok lg, ni kamera lain

Unknown said...

comeynyer romeo yg isap ssu mengadap sunset tuh...
da lama tak p danga bay..bestnyer sekarang..