Thursday, September 19, 2013

short message for a friend, you...

Pesan abah aku, mendengar nasihat orang itu perlu dan bagus tapi belum tentu kita boleh ikut. Pilih la nasihat yang berguna, jangan ikut nasihat yang menjahanamkan. Sebab kita kan ada akal, boleh fikir. Jadi matang.

Semalam aku bagi tazkirah kat seorang kawan rapat. You...you know who you are. If you read this, this is for you.

Aku ni bukan pandai sangat nak menasihatkan orang sebab aku pun bukannya baik sangat. Tapi bila ada sesiapa datang especially orang yang rapat dengan aku minta pandangan, aku boleh jadi pendengar setia dan boleh bagi pendapat yang mana termampu. Kadang-kadang aku risau takut tersalah bagi nasihat atau pandangan, sebab tu aku sedaya upaya akan berfikir dulu sebelum menasihatkan orang. Dan aku berharap sangat pandangan dan nasihat yang aku bagi tu berguna untuk dia. Bukan sekadar omongan kosong.

Aku sayang kawan-kawan aku walaupun aku tak pasti diaorang sayang aku ke tak...hihi. As a friend, kalau boleh aku tak nak tengok kawan-kawan aku bermasalah, hanyut dilanda badai...cewah. What are friend for kan? Sebagai mana dulu aku juga pernah dilanda badai, aku faham perasaan itu, cuma aku minta jangan bertindak melulu, jangan buta hati, jangan jadi dungu, jangan jadi lembu kena cucuk hidung. Appreciate lah diri sendiri, penat tau mak kita beranakkan kita, bela cantik-cantik, sekolahkan kita sampai pandai, bagi makan minum, last-last hidup hancur tersasar. Please appreciate yourself and anyone around who loves you sebelum mereka pergi meninggalkan kita terkontang kanting. Bila suatu hari nanti semua orang pergi, baru timbul penyesalan dalam diri, minta diputarkan waktu dengan harapan nak ubah segalanya. You are too late dear.

Sometimes orang lupa, bukan tak tau tapi lupa, bila kita dilanda musibah, we should back to the basic, means back to our Creator. HE always be beside us and always listen to our prayers.

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


Benda ni sebagai peringatan untuk diri aku juga. Kita tak tau apa akan berlaku pada masa depan. Kita tak sentiasa berada di atas. Kalau berjalan mendongak langit tu, sesekali tunduk lah sekejap melihat bumi yang kita pijak.



Aku rasa aku nak tulis novel lah...hihi.




6 comments:

CiKPuaNLawA said...

Lawa ..Educated .. but dungu...

kadang2 bila orang tu dah buta tuli..(bukan tik tuli tapi..)

bila orang bagi nasihat pon buat pekak kan telinga buta kan mata ja...

tapi bila di fikir kan balik dengan fikiran yang waras....

memang sungguh bagai di kata.... ;)

eyh.. ko nak biat tajok novel ape...?!.. hehehe..

julie shahril said...

cpl: tajuk novel 'Moga Kau Mengerti'....kihkihkih. Lepas tu konon2 novel tu laku gila la..terus buat drama bersiri. Hero dia Adi Putra, heroin Tiz Zaqyah. Pastu drama tu dpt sambutan, terus dpt award di anugerah skrin.

hebat tak i berangan?

CiKPuaNLawA said...

hahahahaaaa....

meletopss ko...

ok2 aku beli novel ko..

sib bek heroin nye Tiz Zaqyah.. kompom aku tengok n donlod drama nehh...

dah menang anugerah skrin jgn lupa aku pulop...

eyhh chop.. ape sal ko tak hamek aku berlakon jer... aku kan retis jugaksss... hahahaa

julie shahril said...

cpl: nak i sign otogerap tak kat novel tuh? hihi.

bole la i amek u belakon, jadi pelakon pembantu, kawan kpd tiz zaqyah...ok la tu kan...retis bru nak cipta nama kena jadi pelakon pembantu dlu...dah menang anugerah bru bole up jadi heroin...kahkahkah

pelan2 kayuh,jgn gelojoh...takkan lari anugerah dikejar.

CiKPuaNLawA said...

hahahahaa...

berangan tak salah... tak kena bayar...

beli buah berangan nak makan baru kena bayar..

petik dari kata2 pakcik.. hehehe

wan norulkhamisa said...

nice nasihat..sejuk je bace..