Tuesday, October 29, 2013

family holiday - Kuching, Sarawak

My 2nd time visit Kuching. Accomodation adalah hotel 5 bintang paling selesa iaitu rumah Pak Itam dan Mak Itam di Kompleks Polis Tabuan Jaya. Free. Selesa. Jimat duit. Terima kasih Pak Itam, Mak Itam.

Aku tak perasan langsung masa book tiket, penerbangan kami jatuh pada hari lahir Zhareef. Amboi adik... 1st birthday dah berjalan sakan eh.

Cuaca tersangat baik hari itu. Air Asia pun takde masalah. Aku cuma risau beberapa hari sebelum ke Kuching Zhareef kena demam dan ada ruam-ruam di badan. Aku siap mintak surat approval doktor kalau-kalau pihak Air Asia tak benarkan anak aku naik pesawat. Alhamdulillah, di hari kami terbang, Zhareef dah sihat. Tapi aku tetap bawa surat doktor tu jugak in case jadi apa-apa.

Budak pertama kali nak terbang, aku yang excited+risau. Risau takut dia buat perangai dalam kapal. Excited sebab nak tengok riaksi dia semasa terbang.

Oh ya, sebelum naik kapal kena timbang luggage dulu. Hahaha. Beratnya luggage ni, 13.2kg. Fuhhh..

Aku dah siap-siap check-in online, senang dan cepat. Tak perlu nak beratur panjang dan tak perlu nak bayar rm10 seorang untuk check-in di kaunter. Pandai Air Asia buat duit, check-in di kaunter pun nak caj rm10. Tak kuasa aku nak membayar. Online check-in is better and free.

Seperti yang aku cakap tadi, cuaca sangat baik dan cantik. Setiap kali naik airplane aku akan tunggu waktu nak landing. Pilot yang bawak kapal ni sangat cekap, landing sangat smooth seumpama aku macam tak rasa yang kapal tu dah mendarat. Terer pilot ni. Kalau tak sebelum ni rasa macam nak terkujat perut aku sebab punya la gegar dan huru hara masa nak landing.

 gambar berdua...of course kena ada

Alhamdulillah, Zhareef tak buat perangai cuma dia sibuk nak main table dan tak reti duduk diam. Dia cuma merengek masa nak susu, lepas susu terus tidur.

Sedikit tips yang aku dapat dari google. Kalau bawa budak kecik naik airplane, bekalkan pampers jenis pants supaya mudah nak salin in case dia poo poo dalam kapal atau di airport. Yes, it's really work. Masa Zhareef poo poo di airport, mudah sangat aku salinkan dia pampers. Dah cuci bersih-bersih, lap dengan tuala dan terus sarungkan pampers jenis pants tu. Huggies pants is good. Tebal dan tahan kebocoran. Macam iklan pulak...haha. Pakaikan dia baju dan seluar dari kain cotton supaya tak panas dan senang untuk dia bergerak. Kalau flight malam, pakaikan dia baju tidur aje sebab dia akan tidur di sepanjang penerbangan malam, tak perlu nak pakai cantik-cantik sangat. Oh ya, standby stokin juga kot-kot dalam kapal sejuk.

Bab susu pulak, kalau baby tu breastfeed takde masalah sangat. Tapi bagi anak aku yang minum susu formula ni kena bekalkan susu dalam tupperware kecik, sedikit air panas dalam termos kecik dan air kosong. Tapi kalau tak nak bawa air panas pun takpe sebab kita boleh request air panas dari flight attendant. Tapi aku bawak je semua, bukan berat sangat pun.


Belah malam, aku dan semua anggota rombongan cik kiah (hubby, adik-adik ipar dan mak/bapa mertua) jalan-jalan di The Spring. Aku belikan Zhareef kek untuk celebrate birthday dia, beli juga KFC untuk buat makan ramai-ramai. Semua tu tapau bawa balik rumah. Tiup-tiup lilin kat rumah aje lagi selesa.

Bab ni yang aku suka. Makan. Makan. Makan...dan makan. Kalau pergi Sarawak mesti orang akan bercakap pasal seafood. Aku dan hubby dari KL lagi dah berangan nak cari lobster.Pak Itam bawa kami pergi Pasar Nelayan Bako dan di situ lah kami beli lobster. Harga sekilo ikut saiz. Saiz kecik sekilo rm30++, yang besar sikit sekilo rm50++. Pada aku harga tu murah berbanding kalau beli di semenanjung. Fresh lagi.

 ini je yang tinggal, aku beli semua. Hari dah petang, tinggal yang mana ada je.

Oleh kerana aku ada anak kecik, aku tak pergi lah Taman Negara Bako. Tak dapat pegi taman negara, pergi pasar Bako pun dah kira okey. Hehehee. Awas ye di sungai ini ada buaya. Try la terjun kalau nak tau.

 masa ni dah hampir senja, tapi cuaca mendung, so tak nampak sangat sunset nya.

Menu untuk dinner, lobster grill with cheese, kata Mak Itam. Menu ni dia dapat dari restoran seafood yang pernah dia makan. Veeerrrryy easy to prepare.

 proses meng 'grill'...
sabar yer..

 dah siap lobster grill with cheese. takde cheese tabur-tabur letak cheese keping-keping pun ok.

selain lobster grill, menu dinner malam itu ialah gonggong masak sambal, gonggong masak sos tiram, terubuk bakar dan sambal ketuk. All seafoods. Mencanak-canak lemak gembira dalam badan. Kalori pun bertimbun. Arghh...Mak Itam kata, Julie, kalau tengah holiday jangan pikir pasal diet....rugi..!!

Esoknya, aku, hubby, Dila (my adik ipar), abah dan Pak Itam pergi ke Serikin. Ma, Ain dan Hana (my twin adik ipar) tak ikut sebab diaorang dah pernah pergi tahun lepas. Ma tak bagi aku bawak Zhareef sebab kat Serikin cuacanya maha dasyat punya panas. So aku tinggalkan budak debab tu pada Ma....dan aku boleh berpoya-poya dengan aman...yeahhh.

Serikin adalah sebuah kampung yang terletak betul-betul bersempadan dengan Indonesia (Kalimantan). Para peniaga di situ 99.9% adalah warga Indonesia. Kalau nak datang sini elok datang awal pagi sebab bila dah jejak pukul 10 matahari seolah-olah dah tegak atas kepala. Panas yang amat.Tempat ini dibuka hari Sabtu dan ahad saja, and we are lucky to be there on sunday.

Pak Itam kata antara barang yang berbaloi beli di Serikin ialah telekung. Yes, true. Mak Itam kata telekung yang orang duk jual kat KL (offline or online shop) ada yang diambil di Serikin, selain beli borong di Vietnam. Aku memang teruja dengan harga telekung, macam-macam warna dan corak dan aku paling suka bab tawar-menawar. Best gila bargain harga dengan diaorang. Pada mereka customer is important. Diaorang akan layan dan offer harga paling murah, tapi kalau mulut manis korang try lah mintak laaaaagiiiii murah.

Berlambak orang jual telekung di sini, antara rajin dengan tak rajin je nak jalan dan riki harga. Ye, aku agak rajin riki harga sebab aku memang nak beli.

Aku sangat berminat telekung dari kain jenis Paris Cotton, tapi harganya agak mahal berbanding cotton biasa. Untuk Paris Cotton paling murah diaorang akan bagi rm60. Yang aku duk belek tu telekung dari kain Paris Cotton.

Jalan punya jalan, riki punya riki, lastly aku akhiri dengan membeli telekung warna coklat yang aku pegang tu. Bukan kain Paris Cotton tapi...cotton apa ntah. Murah sangat-sangat, only rm50.

Abah (my father in law) jumpa baju kemeja bersaiz besar dan minat nak beli, lagi bertambah minat bila Dila nak belanja. Awwwaawiii...bestkan anak nak belanja beli baju. Saiz dan corak sangat limited, yup..bukan senang abah nak jumpa baju saiz besar, bila dah jumpa teruja lah. Tapi entah macam mana, abah kata jom lah kita jalan cari tempat lain dulu, mana la tau jumpa baju lagi lawa. Lepas dah jalan-jalan tempat lain...datang lah semula ke kedai tadi konon-konon nak beli baju yang dah berkenan tadi. Dukacita dimaklumkan...saya dah jual baju, kata tokei kedai.

Moral of the story bagi sesapa yang susah nak cari baju yg berkenan di hati, kalau dah jumpa tu terus lah beli, jangan tangguh-tangguh. Kan dah melepas.

 untuk lap habuk..
ini bukan lakonan...
ini spontan

 gitar dan ukelele pun ada di sini..

Mampu kah korang berdiri dan jadi model tak bertauliah di tengah-tengah panas terik? Aku mampu. Aku tak pakai walau selapis UV krim pun di muka atau ditangan. Arghh...lantak la kalau kulit nak terbakor pun.

 aku intai apa?

kalau nak beli seluar, sila ukur di punggung sendiri..dah sah-sah tu bukan saiz aku, tapi aku tetap nak belek jugak..hehee..bukan apa, saja nak jadikan azimat dan motivasi diri suatu hari nanti aku mampu pakai seluar saiz kecik..

ye, ye kerusi rotan di sini murah sangat. Nasib baik lah aku memikirkan macam mana nak bawak naik kapal, kalau tak memang aku dah beli.



akhirnya aku beli ikan masin, udang kering dan keropok belinjau sebagai buah tangan untuk mak. Tak pernah seumur hidup aku beli barang dapur sebagai souvenir.
Kahkahkah..

Ini kegemaran aku. Telur penyu di sini super duper murah tahap gila. rm10 untuk 7 biji. Aku tak berani beli bawak naik flight, takut kena tahan, so beli makan di Kuching aje.

Kuching Waterfront, tempat ini takde yang istimewa sangat. Mungkin sebab ada bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak tu yang menjadi tarikan.

Pelancong wajib bergambar di tengah-tengah bandar ni. Gigih kami berlari melintas jalan semata-mata nak bergambar dengan patung kucing, the trademark of Kuching. Aku rasa orang Kuching tak bergambar kot kat sini...orang luar macam kami je..hahaa.

 hubby with adik-adiknya.

Nahhh...satu lagi trademark Kuching, ikan terubuk masin.  Harga ikut saiz. Aku beli yang kecik aje.

 yes, we can posing-posing everywhere.. 
 kat pasar pun boleh..


 hasil tangkapan

 meh la beli ikan masin..
beli 4 bayar 3..
beli 3 bayar 4..
ekekekeke...


Satu lagi trademark Kuching ialah Topspot, tempat makan seafood yang fofular di sana. Yang kuning banyak isi demok-demok tu menu utama kami...kihkihkih. 

 baik punya kangkang dik...
flexible betul badan budak kecik nih..

 tu diaaa...piranha-piranha kelaparan...
licin!

Clockwise: Egg oyster sauce, Chinese tea, Kari Ikan, Pucuk Midin goreng, Umai, Air buah, Sayur Campur, Sotong goreng tepung dan di tengah-tengah itu ialah Sup Bibir Ikan. Nak bibir seksi makan lah sup bibir ikan...ekekekee.

Selesai sudah cerita family holiday aku di Kuching. 

Next holiday....?


Tungguuuu...


8 comments:

Dr Singa said...

oit!!
kesian penyu!!!!!

kalau tau.. boleh kirim ukelele satu!!
hahhahaa... kekonon nak belajar!!

t.a.t.a said...

berat luggage bawah 30kg masih free kah?


get rid of that pipi yang melayut and yang dekat mulut tu, kurang la sikit berat.

haha

CiKPuaNLawA said...

sedap betul makanan yang lidah terjelir duduk terkangkang tuuu....

julie shahril said...

kakizat: kalo pegi sana lagi lah...in sha Allah...bila tu xtau...hihi..

tata: rasanya daging kat montot yg buat jadi berat...hehe

cpl: mmg sedap pun, lemak berkrim berebut smua org nak gigit...mahal tu okeh..

cinta said...

menu kaler kunin yg duk geget lidah tu sungguh menyelerakan.

julie shahril said...

siti: yg kuning tu mmg tempah khas, dah la sedap byk khasiat, isi gebu mmg mavelessss..

chris adam said...

hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe

-DRIVER
-CAR RENT ALZA / PROTON WAJA / MYVI
-FUEL
:::::RM230 ONLY

whatsapp or call me
0149957036
facebook : chreez_devil88@yahoo.com

ur personal driver

CHRIS ADAM
________________

Kiyai kanjeng dimas taat pribadi said...

SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<






SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI KANJENG<=…
>>>085-320-279-333<<<