Friday, October 11, 2013

Suntikan vaksin, perlu ke?

Aku menangis baca cerita di blog Erina ni.

2-3 minggu lepas, aku baru sampai rumah lepas balik dari kerja. Normally aku sampai rumah pukul 7 petang. Husband aku panggil suruh baca blog Erina tu. Aku pelik jugak apa yang best sangat cerita Erina. Aku baca jugak lah.

Ok, fine.

Baru aku faham.

Husband aku risau sebab tanda-tanda penyakit anak Erina tu ada pada Zhareef.

Dan aku mulai resah. Terus aku teringat surat Doktor Ezra (Doktor di klinik Mediviron, Putrajaya) minta aku refer Zhareef ke hospital KPJ Kajang.

Esoknya aku terus call KPJ Kajang untuk buat appointment. Aku kena jumpa Dr. Asmunni Yahya, Paediatrik di situ.

Lepas baca cerita Erina, baru aku tau ada penyakit bernama Pneumokokal. Selama ni aku tak pernah amek tahu dan tak pernah dengar langsung nama penyakit tu. Dan aku baru tersedar jugak bahawa jangan amek mudah setakat anak demam. 

Lepas jumpa Dr. Asmunni, aku dah lega sikit. So far budak debab tu takde apa-apa. Kebetulan masa jumpa Dr. Asmunni, badan budak debab tu dedar sket, doktor bagi ubat demam, ubat spray hidung, apa nama ntah, lupa pulak, untuk spray dalam hidung Zhareef yg selalu sangat tersumbat.

Aku tanya Dr. Asmunni, perlu ke Zhareef amek suntikan vaksin seperti yang Erina cadangkan?

Sebelum tu aku pernah baca satu artikel yg boleh dikatakan menarik juga dari blog Dr. Harlina (wife angkasawan negara tuuu..) mengenai vaccination. 

Aku tanya lagi (banyak betul aku tanya...hahahahaa), yang Zhareef amek suntikan imunisasi kat klinik sewaktu check-up tu tak cukup ke?

Dr. Asmunni pun jawab, boleh amek suntikan vaksin, why not? tapi amek lepas umur 1 tahun.


Nak amek ke tak? nak amek ke tak? nak amek ke tak?


Any suggestion?





11 comments:

Time Traveller said...

Kalau tak nak amik pun boleh.. yakin jer.. sebab family cousin adik beradik 8 orang.. dari kecik mak diorang tak pernah bg kne suntik sampai besar.. alhmdulillh smua sihat ada yg dah kawen beranakpun..

but nk suntik pun xpe ;D

tasekM said...

tanya pendapat doktor la beb.
aku tak berapa pandai nk bg pandangan.

cuma nk share.
aku ada kawan yg tak ambil suntikan asas yg anak2 kita ambil yg klinik kesihatan suruh tu, utk anak2 dia.

tapi Allah beri anak2 sihat dan bijak2.

aku kira.
bila kebergantungan kita seluruhnya pada Dia, segalanya akan baik2 sahaja.

.

t.a.t.a said...

betul kata kak Tas. dalam hal medical macam ni kena tanya pada doktor. mereka yang lebih arif. tapi pastikan tanya pada doktor pakar, doktor yang dah banyak pengalaman. jangan tanya pada doktor yang baru, depa akan ikut buku aje, dan depa sendiri mungkin akan was-was.

doktor akan beri pandangan dari segi medical term. orang biasa macam kita ni beri pandangan dari segi layman term aje. kadang tu ikut emosi pulak.

Dr Singa said...

anak saya .. saya cucuk semua..

t.a.t.a said...

setuju sangat! jangan pandang ringan bila anak kecil demam. waima bila dah besar panjang ni pun kalau demam lebih hari sikit, cepat² jumpa doktor. lagi² demam panas. memang akan effect pada otak. lagi² budak kecil yang masih baby.

Daddy Ziyyad said...

Saya bagi pandangan sebagai seorang kawan, bukan doktor - AMBIL LAH vaksin pneumococcal tu.

Itu usaha kita utk jaga kesihatan anak.Anak itu tanggungjawab kita. Tuhan tak suruh kita tawakal doa semata mata,tanpa usaha.

Tapi..
Lately banyak gerakan ANTI- VACCINATION..

Saya bukan lah PRO VAC,atau ANTI VAC..

Cuma kena faham apa masalah yg bakal/boleh timbul lepas vaccine( tak kira apa jua vaksin).Masalah selepas vaksinasi , Adverse Events Following Immunization( AEFI),memang wujud...contohnya demam sawan, autisme,skin rashes. Cuma kena faham, % yg kena,dan hanya yg tak serasi/alah/tak bernasib baik yang akan kena. Golongan anti Vac yang obses, akan terus menolak semua jenis vaccine,manakala golongan pro vac yg obses, akan cuba selindungkan/tepis kewujudan AEFI. :)

Imbangkan kebaikan VS keburukan.
Kita kenal anak kita.
Kita mahu yg terbaik buat mereka.
Naik kereta pun ada risiko eksiden, tapi kita usaha elakkan dgn pandu berhati2,beli kereta yg penuh ciri keselamatan,dan pakai seat bealt. Lepas tu baru doa, dan tawakal b4 mulakan perjalanan. Begitulah analogi yg saya nak gambarkan dlm hal vaksinasi. Kalau nak take the risk ( ambil vaccine), baca dan fahamkan setiap jenis vaksin yg hendak di cucuk kepada anak kita. Sebelum cucuk, baca leaflet, tanya doktor,kenalpasti apa simptom AEFI..Dah pasti tahu ( informed), buat keputusan sendiri.

Ambik vaksin, tak ambik vaksin --kedua duanya tak salah.

Yang salah?
Terlampau obses menolak vaksin tanpa menilai individual case, atau terlampau obses ambil vaksin tanpa ambil tahu tentang vaksin tersebut dan AEFI yg boleh timbul :)

Ni rujukan mudah utk AEFI,simptom2 nya..Baca penerangan mudah tentang Farmakovigilans ini...Semua doktor, ibubapa perlu aware tentang ini..

http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/Garispanduan_Farmakovigilans.pdf

cinta said...

sila amik. kalau boleh amik semua xcept for rotavirus nyer vaksin.

sy amik pneumococal utk 2-2 ank. 4 doses utk sorg. ank yg 1st dulu rm 220/dose. skang rasanya rm 280/dose.

share link utk fatwa rotavirus:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

lg skali, sila amik penumococal.

liza aziz said...

Zaheer sempat amik satu ke dua dos vaks pneumococal ni..hehe,
tapi bagi liza, vaksin ni pilihan..bukan wajib. amik atau tak yang penting kena jaga pemakanan dan persekitaran..itu yang paling penting. sekarang bukan macam dulu..ada group untuk gain info,,liza join GNRM (Group Neutral Remedies Malaysia), HSFFYB (Home Solid Food For Your Baby), OHUB (Our Healthy Unvaccinated Babies). Ok, utk group OHUB tu liza join sebab nak dapat info pasal vaks ni. ramai yang kata group ni dah macam gerakan lah apa lah..haha..lantak lah, yang penting liza tahu wujud juga kes2 kesan advers ni tapi serius, kena fahami dulu, baca GPF yang disediakan KKM tu. nak cucuk ke tak, terpulang pada ibu-bapa itu sendiri.

julie shahril said...

terima kasih semua yg bagi advise dan info2 berguna...

saya akan rujuk link2 yang diberi..

btw dalam hal2 mcm ni selain dri pembacaan saya kena tanya pd org2 yg tahu, org2 yg tahu tu adalah org2 yg ada education dlm bidang perubatan atau yg berkaitan.

Appreciate sangat pd awak2 semua yg bagi pendapat. Tq so much :)

whooz said...

Julie, arwah anak buah aku meninggal sebab penyakit ni. Lepas tu mmg aku suruh adik aku ambil vaksin tu tuk anak dia yang kedua.

julie shahril said...

huz: Innalillah. Ya Allah...yeke huz. Sebenarnya berniat mmg nak amek vaksin tu, cuma kena study n buat review, mntk pndpt org lain dulu...in sha Allah, aku usahakan.