Wednesday, October 9, 2013

tak nak balik, nak jalan-jalan lagi... :(

I'm back. Hahaha. Macam la ada orang kesah aku ada ke takde.

Aku pergi bercuti dengan keluarga mertua. Ke Kuching aje. Nak ke obersi belum mampu nak angkut 1 family. Later-later la kalau ada rezeki di masa-masa akan datang. Di Kuching kami stay kat rumah pakcik/makcik husband aku. Kitaorang panggil mereka Mak Itam dgn Pak Itam. Pak Itam ni adik mak mertua aku, kawen dengan Mak Itam, orang Sarawak. Save duit hotel. Hehehehehee.

Actually ni 2nd time aku ke Kuching. Takde la berjalan-jalan sangat. Aku cuma enjoy pegi Serikin. Walaupun panas terik sampai sakit kepala aku dibuatnya, tapi aku enjoy sangat shopping kat sana. Later-later la aku tepek gamba.

Aku suka Serikin sebenarnya. Walaupun tempat tu agak jauh dan panas sesangat, tapi aku suka. Banyak benda aku nak beli, nasib baik poket tak berapa nak berat. Peniaga di Serikin kebanyakan datang dari Indon, mereka masuk hari Jumaat, hari Sabtu dan Ahad start beniaga.

Aku suka bab tawar-menawar masa nak membeli tu. Paling aku suka tengok telekung. Korang nak tau tak, telekung-telekung yang dijual di KL dengan harga 2-3 ratus tu, kat sana boleh beli dengan harga serendah rm50 sahaja. Paling mahal pun diaorang akan bagi rm60. Dan yang duk jual telekung kat KL mahal-mahal ni amek dari Serikin jugak, selain amek di Vietnam.

Hahaha.

Selain telekung, benda yang berbaloi beli di Serikin ialah udang kering. Ni untuk mak-mak yg rajin masak. Udang kering kat sana cantik, bersih dan segar serta udangnya agak besar. Aku beli sikit untuk mak aku. Haisshh...terpikir ke korang pergi bercuti beli souvenir udang kering untuk mak?

Hahahahaaa...

Ok, nanti sambung cerita. Nak buat keje. Lama cuti keje berlambak.

ok bai.




6 comments:

SuzieLAWAti said...

aku kesah ape ko tak de... sape nak kawan aku ambek gambo letak dalam insta weihh...

Time Traveller said...

Alhamdulillah bersyukur la.. stgh orng.. nak jalan sabah sarawak pun tak mampu.. syukur ada sedara sblh husband.. untung nyerr.. :D

Kay said...

aku mmg selalu beli souvenir kat mak aku barang dapur... pergi kedah beli ikan kering bunga... pergi melaka beli belacan dgn gula melaka... pergi sabah dulu beli ikan kering jugak... hahaha

Dr Singa said...

nak udang kering!!

t.a.t.a said...

karangan jika tiada gambar, seperti la Zhareef tanpa pipi nya yang melandut itu. lagi-lagi karangan pasal pergi bercuti. huhu.

Julie Shahril said...

cpl: pedal ada...amek ar gmbo budak keding tu...hehe

timetraveller: yup bernasib baik sbb ada sedara kt sana, bole menumpang save duit utk accommodation. berniat 1 hari nanti kalo ada rezeki lebih nk bawa fmly sndiri jln2 kat sana pulak, ke sabah pun.

kay: aku rasa beli brg dapur utk mak lebih berbaloi sbb mmg sah2 diaorg akan guna compare beli benda lain mcm baju or beg.

kakizat: lambat ckp...nanti bulan doblas kita belikan.

tata: tgh mood malas nk msukkan gmba...tggu mood rajin dtg...akan di tepek gmba2 tu yer..