Thursday, December 12, 2013

Lunch @KL Tower

Bulan lepas ada promotion kat Groupon, Buffet lunch for 1 person+Blue Coral Aquarium+Observation Deck Access hanya bernilai rm88. Harga sebenar ialah rm173. CikPuanLawa ajak aku join sekali dengan Kak Dr.Singa. Aku pun say yes lah, sebab lunch hour boleh je aku join, jangan ajak aku dinner, sunset, sunrise sudehhh. Memang aku susah nak join lah.

Aku baru perasan voucher tu boleh masuk Observation Deck Access sekali, aku ingat cuma lunch dengan Blue Coral Aquarium je. Teruja sangat nak makan sampai tak perasan dah terlepas masuk ke observation deck. Takpe, next time lah ajak dak bambam dan bapak dak bambam pegi pulak.

Actually ini pertama kali aku ke KL Tower (jakun kan..). Gunung Kinabalu yang jauh tu dah 2 kali aku jejak, KL Tower yang dekat ni baru pertama kali jejak.


Cuaca agak mendung. Aku pakai henfon je amek gambar. CikPuanLawa dah pesan, sila bawak kamera. Pada mulanya aku memang beria lah nak bawak kamera, tapi sebab pagi tu terbangun lambat, kelam kabut, malas dah aku nak fikir pasal kamera. Lagi pun nafsu aku pada kamera dah berkurangan sejak dua menjak nih. Tak macam dulu. Hihi.

 ini lah dia 2 orang kawan saya..
CikPuanLawa dan Kak Izat aka Dr.Singa


Makanan, pada tekak aku boleh lah. Kalau ada 5 bintang, aku bagi 3. Paling aku suka ialah hidangan saladnya. Yang lain so-so je. Oleh kerana saladnya sedap aku snap gambar table salad ni, hehe. Kalau makan buffet, aku suka usha-usha meja dessert. Yang lain aku tak heran sangat. Dessertnya tak berapa best pada aku, kecuali serawa durian, sedap berkrim memang mabeles.

Aku ni seorang manusia yang berpenyakit 'gayat'. Aku gerun pada ketinggian. Tapi masa snap gambar ni aku cuba sehabis baik lah untuk mengatasi masalah gayat. Pening jugak sebenarnya, bertambah pening sebab makan di restoran berputar 360 degree. Macam kelakar pulak bila ingat pasal makan. Dah nama pun restoran berputar, memang sentiasa berputar lah. Kejap aku rasa tempat buffet tu dekat je dengan meja, kejap aku rasa jauh. Sentiasa bergerak..hahahaa.


 snap je lah apa yang patut.

 nampak jalan berliku berputar tu? 
kami lalu jalan tu

 tu dia...photographer tegar..
yang tudung merah tu tengah menge'test' kamera barunya..
hebatttt....


Oleh kerana kami keluar waktu lunch, memang takde masa lah nak masuk Blue Coral Aquarium. Makanya tiket Blue Coral Aquarium yang berlebihan tu CikPuanLawa dan Kak Izat sedekahkan kat aku..hehehee, next time boleh bawak dak bambam dan bapak dak bambam pegi, dan katanya sebagai hadiah menang contest haritu. Haishhh...nak hadiah lain boleh....hehehehee...



8 comments:

Dr Singa said...

nampak separuh dari opis akak!!di hujung menara itu!!

oklaoklaoklaaaa..
nanti ada hadiah lain..

Julie Shahril said...

kakizat: yeayyyy...ada hadiah lain...horeyy

t.a.t.a said...

CPL, kamera baru ganti kamera yang sakit itu hari ke?

SuzieLAWAti said...

t.a.t.a : kemere cintha hati dak J1 tu ade laagii... dah sihat dah....

yang kemere ni kita test2 jer....

pegi mana2.. dorang sentiasa berkawen2...

nikon + canon = ninon .. ;P

SuzieLAWAti said...
This comment has been removed by the author.
SuzieLAWAti said...

julie : lepas ni tau dah... kalau g makan sinun ..tak payah nak pegi pusing tawaf untuk cari nasik... muahahahaaa.....

Julie Shahril said...

cpl: woittt...main delete2 komen keee...

t.a.t.a said...

comel nyer nama ninon tu.