Thursday, January 23, 2014

eksiden

Aku eksiden, Isnin lepas, petang masa balik keje. Satu cerita yang paling tak best di awal-awal tahun 2014 ni.

Kejadian berlaku kat Putrajaya. Yang langgar tu drivernya perempuan. Masa tu nak berhenti kat trafic light, lampu baru bertukar merah. Yang drive kereta husband aku. Aku nampak sekilas pandang pada cermin kereta belakang meluru laju....dan dalam masa 1 saat, gedeganggggggg!!!

Ok, fine, kereta aku dah kena sondol.

dan...

kereta aku sondol kereta depan!

maka...

kereta aku kemik depan belakang.


Driver perempuan tu pakai kereta Proton Pesona. Dia mengaku salah sebab dia tengah sibuk tengok anak dia jatuh dalam kereta. Dia mintak maaf berkali-kali dan sedia nak bayar ganti rugi.

Aku nak cakap apa? benda dah jadi kan.


Yang baju merah tu driver kereta depan, aku lupa dia pakai kereta apa tapi kereta dia tak teruk pun, cuma calar sikit. Kereta Pesona yang langgar aku tu kemik bumper depan. Kereta aku? Uwarghhh...

Kami berbincang sama ada nak buat report atau nak setel sendiri. Pikir punya pikir...aku malas nak buat report sebab:

- Aku tak nak tunggu insurans sebab lambat...ye lambat, aku nak pakai kereta cepat.
- Kalau aku buat report sah-sah aku kena bayar denda rm300 sebab aku sondol kereta depan walaupun tu bukan salah aku.

Maka...kami sepakat tak payah buat report.

Dah berbincang pong pang pong pang...gedebak gedebukkk...husband aku nak hantar kat bengkel kawan dia di Cheras sebab boleh kautim harga, ye la...aku duk pikir si perempuan tu nak bayar gantirugi 2 kereta, kesian pulak. Kalau hantar bengkel kat area Putrajaya harus lah kena ketuk harga.

Malam tu jugak kami terus gi bengkel kat Cheras, nasib baik kereta masih boleh gerak. Bawak slow-slow lah. Orang bengkel dah buat kiraan kasar...adalah kena dalam rm1350 gitu. Awal-awal husband aku dah mintak duit pendahuluan, perempuan tu beri rm400. Suami perempuan tu baik, siap nak bagi pinjam kereta Waja dia. Tapi takpe lah...

dan esoknya suami perempuan tu bank-in duit selebihnya.

Hai kereta...cepat-cepat lah sihat. Bila dah sihat...jangan buat hal pulak.

Maklum lah...

Kereta ni bila dah eksiden...macam-macam lah ragam.



Note: Wahai ibu-ibu yang memandu sendirian bersama anak kecil, tolong lah letak anak awak dalam car seat....tolong lah. Kes macam ni bahaya...memandu sambil layan anak dalam kereta, anak jatuh, anak menangis, anak itu...anak ini. Budak tu tak salah...tapi kita lah sebagai ibu dan penjaga kena pikir keselamatan anak-anak dan juga keselamatan orang lain ketika memandu. Fikir-fikirkan ye.



5 comments:

tasekM said...

dah nak jadi kan beb...?
kita pasrah je.


.

t.a.t.a said...

Kereta bila dah sekali sakit, mesti akan sakit yang lain-lain pulak. Tapi alhamdulillah ppuan tu mengaku salah dia dan sudi nak bayar.

betul jugak. kalau report mmg sah-sah kena bayar denda. denda kena bayar, kereta rosak pun kena bayar juga.

dah tu kereta depan kau kena bayar tak?

cinta said...

Pernah kena mcm ni thn lps. keta blkg sondol, kita lak sondol keta depan tapi kita x kena denda pape, report polis, antar bngkel yg wakil insurans, xpyh bayar pape, sain je, isi borang sume, then insuran kita akn clain insurans org yg langgar tu, so ncd kita maintain, xkacau. 2minggu keta siap.

Julie Shahril said...

tasek: aku pasrah cuma risau byk mslh lepas ni..

tata: kete depan tu dia claim ngn pompuan tu lah...tu diaorg deal sendiri, aku x campur..lgpun kete dia x teruk, calar sket je.

siti: 2 minggu? kita x boleh tunggu smpai 2 minggu...2 hari ni pun dah sakit xde kete. Ni eksiden kali ke-2, 1st time dlu eksiden claim insuran jugak..sebulan tunggu. arghhhh...pasrah.

Dr K said...

Saya pernah kena, sama macam insiden awak ni..saya di tengah tengah..jadinya depan belakang kereta saya kemik...Saya dan kereta depan saya buat report Polis, utk claim insurance kereta yang belakang sekali( yg melanggar). Saya tidak di saman,sebab itu mmg tertakluk pada undang undang..Yang belakang sekali( yg menyebabkan accident yang di saman