Friday, January 24, 2014

persoalan

1. Kalau kita guna software pirate untuk belajar (buat assignment) dan membuat kerja, hasil yang kita dapat nanti kategori haram ke? Contoh software Microsoft Office, AutoCad, Photoshop..etc,etc. (Soalan ini aku dapat dari fb)

2. Kita sering bimbang atau mempertikaikan status halal sesuatu makanan atau produk tertentu, maklumlah sekarang dah banyak sangat produk baru muncul macam cendawan tumbuh. Persoalannya ialah:

Macam mana status bag/handbag jenama terkenal yang diperbuat daripada kulit, contohnya kulit lembu, dibuat di luar negara yang kita tak tahu sama ada lembu itu disembelih dengan cara betul atau tidak, tetapi kulitnya digunakan untuk buat beg tangan, haram tak kita pakai?

3. Perfume yang ada alkohol? Boleh pakai cuma tak boleh bawa solat kan? atau pakai pun tak boleh?


11 comments:

t.a.t.a said...

Persoalan yang sama juga bos aku pernah tanya. "Apa hukumnya kalau kita copy sesuatu file dari komputer orang lain dan kita masukkan dalam komputer kita. Contohnya macam lagu atau movie. Adakah kita dikategori mencuri? Sedangkan fail asal masih ada?"

So apo eh nak cakap tu?

Ajamahiyaa said...

sedikit info..sebab penah dibincangkan masa zaman skolah dulu...ustaz kata...

bab kulit lembu tuh...xkesah disembelih ke x...sebab kite bukan makan...kulit lembu tu bukan perkara2 yg diharamkan...

bab perfume plak...
boleh pakai alkohol n dibawak sembahyang..sebab alkohol bersifat meruap...tp jgnlah plak sesajer je sebelom sembahyang gi sembur perfume tuh dgn jayanya...hehehe...
lainla kalu perfume minyak atar...heeee...

mungkin xkuat pernyataan ni sebab x diiringi dalil & hujah...leh rujuk pd yg lebih pakar..

wallahu'alam ;)

cinta said...

persoalan ni pnah timbul masa skolah dulu. sy dulu skolah agama rakyat. hee.. sbnrnya tang haram tu kena tgk haram dipegang atau haram dimakan. dulu kitorg timbulkan persoalan bila eksperimen subjek sains ada pakai alkohol. kalau terkena tangan, basuh ajelah, tak perlu nak samak bagai. yang haram diminum itu adalah arak dan disebabkan arak tu ada alkohol maka ramailah sibuk persoalkan soal alkohol boleh bawak solat ke tak. abis tu, klau arak diperbuat dari anggur, anggur tu adakah haram dimakan? lebih kurang gitulah perbincangan kitorang dulu masa kat skolah lelebih time subjek quran sunnah time bljar camane hukum dikeluarkn. ttg kulit tu, lembu yang tak dsmelih adalah bangkai maka haram dimakan, bukan haram disentuh. yg ni ada byk pndapat sbb zaman nabi dulu pun org pakai bekas air yg diperbuat drp kulit binatang. bagaimanapun, tanyalah pada yg lebih layak utk mnjawab. sekadar berkongsi.

t.a.t.a said...

cinta, dulu ada lecturer aku cakap yang air anggur itu haram. contoh air ribena. dia kata itu haram.

aik? apsal pulak?

dia tak elaborate details, dia cuma kata haram. tu je.

julie shahril said...

thanks korang yg bagi penerangan dan jwpn walaupun tak pasti atau tanpa dalil2 yg sah...at least jwpn tu ada. Sangat2 menghargai!

wan norulkhamisa said...

ini jawapan peribadi saya kak..tp mcm lbh kurang jwapan sister kat ats..

handbag yg dibuat dr kulit lembu yg tak sembelih secara islam tak haram dipakai dan disentuh sbb kite tak makan die..melainkan yg haram disentuh kulitnye ialah khinzir dan anjing (basah)..

sy keje makmal, jd saya sdh kenal ape itu alcohol,dh bnyak kali sy sentuh alcohol, nk hidu dan minum pun boleh tapi tak bagusla utk kesihatan, bile kene just basuh tgn dgn air biasa, mnyk wangi yg dicampur alcohol tak haram dipakai, sbb kesan alcohol nk bg sejuk je n senang meruap, yang haram diminum ialah arak (minuman yg diperam dgn sebatian anggur dan alcohol). masyarakat gune istilah alcohol mnggantikan nama arak mungkin sbb arak tu dengar mcm kasar kut..wallahualam.

Time Traveller said...

Ada dalam hadis rasulullah bertanya dengan para sahabat apabila melepasi sekor bangkai kambing.. maka beliau bertanya dengan sahabat.. adakah ia masih berharga.. sahabat berkata itu hanya bangkai semata2.. tapi antara jawapan yang rasulullah kasi ialah kulitnya boleh di gunakan setelah di bersihkan.. :D

julie shahril said...

TT: terima kasih diatas penjelasan :)

julie shahril said...

lisa: thanks lisa :)

Daddy Ziyyad said...

bab beg tu, lembu tu tak sembelih takpa..bukan di makan pun :)

bab perfume, saya berpegang pada ijtimak kebanyakkan ulama yg mengharuskan pemakaian perfume beralcohol semasa solat

julie shahril said...

dziyyad: oraitttt...tq for the answer.