Jumaat - 27 Dec 2013
Flight kami pukul 9.00 pagi. Kami bergerak dari rumah pukul 7.00 pagi ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL ke KLIA. Kereta park di Putrajaya Sentral dengan kadar bayaran rm4 sehari. Murah dah tu. Ada parking outdoor dan indoor. Aku amek jalan selamat parking indoor, berbumbung dan lagi senang nak heret luggage.
Zhareef pertama kali naik ERL. Pagi itu dia meragam sebab badan dia panas nak demam. Aku dah siap-siap bawa ubat-ubatan dan dah bagi dia makan ubat dari rumah. Mood aku agak kecamuk juga sebab time nak holiday ni lah Zhareef tiba-tiba tak sihat.
Itulah risiko kalau nak bawak budak kecik berjalan. Penyakit nak datang anytime, even kita orang dewasa ni pun bila-bila boleh dapat sakit.
Pheww..perjalanan ke KLIA lancar sangat. Ada la sekali sekala Zhareef merengek.
Kami tiba di KLIA dekat pukul 8.00 pagi, terus pegi check-in bagai. Masa ni lah kesabaran aku teruji bila Zhareef mengamuk kat airport. Sebenarnya dia mengamuk nak tidur sebab dari rumah aku dah bagi dia makan ubat.
Naik pesawat terus lena budak-kecik-badan-besar ni.
Beberapa minit penerbangan kami dihidangkan dengan sarapan. Ada 2 menu, Nasi Lemak sambal udang dan Roti Jala. Aku pilih nasi lemak. Husband aku amek roti jala tapi tak snap pulak gambar roti jala. Makanan...pada aku ok la..bersesuaian lah dengan kelas ekonomi. Nak lebih-lebih sila beli tiket business class. Hehe. Tapi kita boleh request apa-apa yang kita nak, nak makan kacang ke, nak air kopi panas ke, nak jus oren, bla,bla,bla. Remember, harga tiket dah include sekali dengan meals...so jangan segan jangan malu nak mintak apa-apa. Ini bukan air asia. Hehe.
Apa yang melegakan aku ialah ada tv. Aku boleh layan movie, bukak cerita kartun untuk Zhareef, so boleh la dia layan kartun untuk elakkan dia meragam. Boleh dengar lagu juga, boleh cas bateri henfon, ini yang aku paling suka sebab boleh jimat cas guna power bank.
Penerbangan ini akan transit di Labuan selama 30 minit. Masa transit sekejap tu, sementara nak tunggu penumpang dari KL turun dan penumpang dari Labuan naik, kitaorang posing-posing la sekejap.
Dari segi keselamatan untuk bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, MAS ada sediakan tali pinggang keselamatan untuk mereka. Tali pinggang tu kena sambung dengan tali pinggang ibu, pasangkan pada anak atas pangkuan. Yang ini aku rasa bagus, safety is very important. Untuk penumpang yang bawa anak kecik, kami dibekalkan dengan selimut dan bantal kecik.
Di Labuan, selain tunggu penumpang turun dan naik, aku tengok ada lori minyak shell sedang topup minyak. Hehe..penting tu minyak, kang tak cukup minyak kat atas udara takde petrol station...kihkihkih.
Penerbangan dari Labuan ke KK sekejap bebenor, tak panas montot pun diaorang duduk, tapi sempat lah dihidangkan dengan segelas air.
Tiba di Kota Kinabalu International Airport lebih kurang pukul 12.35 tengahari. Lepas collect luggage aku duduk rileks sekejap tunggu En. Shahril hantar kereta. En. Shahril ni owner kereta yang akan kami sewa sepanjang 4 hari di Sabah. Eh..nama sama macam nama husband aku la..
Untuk kereta sewa, aku cuma sewa kereta Viva auto, bayaran rm90 sehari. Kat Sabah ni pelik sikit, kalau musim cuti sekolah sewa kereta murah, kalau hari biasa mahal, lebih kurang rm100 sehari. Gitu pulak. Kereta viva En. Shahril ni ok, bersih dan takde masalah langsung cuma, stereng kereta tu bukan power stereng, so penat sikit lah nak memulas stereng yer.
Dapat je kereta, kami terus bergerak ke Kundasang. Aku guna Waze, membantu jugak lah. Estimate perjalanan dari KK ke Kundasang ialah lebih kurang 2 jam, tapi sebab ada gangguan hujan, lori yang lembab dan construction jalanraya, perjalanan kami dah jadi 4 jam.
Hari pertama ni kami memang saja nak stay di Kundasang. Hasil dari survey kitaorang pilih nak tidur di Kinabalu Pine Resort, Kundasang.
Bilik yang kami dapat ialah Standard Valley, rm190 sehari. Masa book bilik lain dah full, so terpaksa akur aje lah dapat bilik ni. Harga bilik dah include breakfast.
Dalam perjalanan ke Kundasang, kami dah kelaparan. Kami berhenti sekejap di Giant dan beli sikit-sikit barang, termasuk lah nasi lemak seringgit ni. Nasi lemak di orang jual kat tepi jalan, murah rm1 je. Nasi lemak ni warna kuning.
Tiba di Kinabalu Pine Resort agak lewat juga. Lepas check-in, masuk bilik..apa yang aku buat dulu..of kos amek gambar, hehe. Tengok toilet ok ke tak. Lepas tu masak air panas, buat nescafe panas, makan dengan roti, perghh..nikmat tak terhingga.
Supaya Zhareef tak bosan, aku angkut sekali binatang peliharaan dia ni sama-sama datang sini.
Lepas tu keluar gi posing-posing kat luar. Cuaca tak cantik, kabus tebal sebab baru lepas hujan, tak nampak lah gunung kinabalu yang aku rindu-rinduan tu.
Budak-kecik-badan-besar ni kalau dilepaskan berjalan sendiri memang la suka yang amat. Seronok la kan dapat berjalan bebas. Aku yang risau sebab takut dia jatuh.
Ini lah bilik Standard Valley, blok F yang kami stay hanya untuk 1 malam saja.
keluar bilik akan nampak view yang cantik, tapi sayang kabus tebal.
MashaAllah..2 tahun aku rindukan view nih.
Bilik kami, katil King Size. Dalam bilik ni tak ada aircond atau kipas, dah sedia sejukkkkkkk...aku suka, aku suka.
meja kecik untuk makan, masak air.
sorry gambar kelabu asap. kat sini lah aku lepak makan roti dan nasi lemak seringgit.
ruang untuk letak barang dan sangkut baju
selipar merah tu memang dah tersedia ada.
Ini toilet bilik ni, bersih sangat. Aku saja tak amek gambar lubang jamban tu yer...sebab aku memang tak suka amek gambar lubang jamban...hehehee.
Hari pertama di sini tak ada sebarang aktiviti. Aku dah tulis awal-awal dalam itinerary memang hari pertama ni lepak dalam bilik aje lah. Penat.
Berholiday kali ni dengan anak kecik, aku ibaratkan diri aku ni separuh traveller, separuh tourist. Nak jadi 100% traveller dengan backpackers memang tak boleh lah...mana nak angkut beg, mana nak kendong anak. Hehe. Tapi yang penting, aku tetap happy.
Day 1 berakhir disini. To be continue with the next story, Day 2.
13 comments:
Julie, macam kosong aje seat dalam flight tu?
Err.. siapakah jejaka berbaju biru itu? Sempat beramah mesra tak?
tata: flight kosong sebab tgh transit sekejap kat labuan...ko mesti tak baca kan...hahaha..rmai dri kl nk turun kt labuan, pastu tunggu org labuan naik utk ke kk..
tu tourist..mat saleh..duk perati kitaorg berposing
Aku baca. Tapi aku ingat transit yang kau kata kejap tu as kejap tunggu di airport aje. Hehehe.
tata: mungkin ayat aku buat ko x bape phm...sori lah aku x pandai nk susun ayat...heheheee...
transit cuma 30 minit, tak keluar pun dri flight..sbb sekejap sgt
Loh tak yah la nak minta maaf. Hahaha. Salah aku la beb. Aku yang tak faham. Bila baca balik baru aku faham.
Sorry.
pulau tu macam spender! hahahhahaha!!
binatang Dak Zhareef tu tak ada antelop ke.. rusa ke.. zirafah ke.. boleh depa main kejar-kejar!!
Alahai kesian zhareef nak demam pulak time nak holiday mcm ni.. nasib baik mood dia berubah senyum suka amik gambar tu.. geram pulak mcm nk cubit2 pulak pipi dia :D
Harga kete murah cuti skolah? hahaha.. dapat viva bertiga okla tu zhareef pun kecik lagi :D
Kinabalu Pine Resort tu menarik jugak :D
dasyat binatang peliharaan. ramalan: lagi satu tahun dia nak bela ultraman lak.
kakizat: ada...tapi tak bawak semua, bwk singa dgn harimau aje..
saya tgk pulau tu mcm bentuk kaki!
TT: tu lah..sbb bertiga je sewa viva je ok laa..
yup kat sana cuti skolah sewa kete murah berbanding hari biasa.kalo kt semenanjung ni musim cuti skolah yg mahal. terbalik.
siti: hehee...mau agaknya masa tu kalo fly ke mne2 nak di angkut skali otomen tuh..
road trip..menarik :)
Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.
Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.
Post a Comment