Friday, January 10, 2014

Sabah Road Trip - Day 2 - Desa Cattle Dairy Farm

Day 2.

Sabtu - 28 Dec 2013. Hari ke-2, kami pergi:

1) Desa Cattle Dairy Farm (Ladang Lembu)
2) Sungai Moroli, Kg. Luanti, Ranau (Fish massage - ikan kelah)
3) Jambatan Tamparuli
4) Rumah Terbalik
5) Pekan Nabalu


I am a nature lover.

Aku suka kehijauan.


Terapi mata di pagi hari, pandang lah pada kehijauan. Sejuk mata, sejuk hati juga. Lupa terus segala masalah, lupa dah kerja-kerja di pejabat.


Kalau lah tiang elektrik tu tak terpacak kat situ, alangkah indahnya dapat tengok dan snap gambar gunung kinabalu.



Kabus mula menutupi puncak gunung kinabalu. Bersabar lah kalau nak amek gambar gunung ni, sekejap jelas nampak puncaknya, sekejap kang dah kena lindung dek kabus.

bukit bukau hijau dilitupi kabus pagi, segar dan tenang


Hari ke-2, kami bersiap apa yang patut. Sebelum tu kena isi perut dulu. Yup, sarapan itu sangat penting, untuk kesihatan dan juga tenaga. Jangan sesekali skip breakfast okay. Sarapan dah disediakan oleh resort. Makanan, so-so aje. Tapi bersyukur lah dapat makan. Sedap ke tak sedap ke, telan aje. Hihi.

my husband with his plate, nasi goreng with telur dadar, just like me. tapi dia suka minum jus, aku suka minum kopi panas. Ruang makan takde lah besar mana.

 my husband punya plate ke-2...hehehe, roti bakar pulak

budak-kecik-badan-besar pun nak sarapan, wajib kena makan, kang perut lapar mengamuk..aku jugak yang huru hara.

ini lah sarapan Zhareef, hihi.
cornflakes with milk.


Nak tinggalkan resort, kena bergambar dulu. Entah bila nak datang lagi, in sha Allah, kalau ada rezeki lain kali.

 Sekali lagi...aku tak suka betul dengan tiang elektrik tu

 Aku nak ajar zhareef menghargai alam. Tapi dia suka animal...ok la tu. 

husband aku nak terbang dah tu...siap-siap pakai baju superman. Sebenarnya kami bertiga ada baju superman yg sama, plan nak pakai sama-sama...tapi macam kelakar pulak..muahahahaa..tak payah lah, biar dia je pakai sorang.

 tahun 2010 dan 2011, aku pernah sampai ke puncak kinabalu. bila agaknya aku akan sampai untuk kali ke-3?

 Satu-satunya family potrait yang clear gambarnya...yg lain banyak gegar, blur..tak terang.

Zoom puncak gunung, phewww..masa ni takde kabus...clear, dengan langit biru, aku harap tak hujan.

 Di pintu keluar/masuk Kinabalu Pine Resort
aku request kat husband...make sure amek gambar masuk sekali dengan bendera Sabah tu yer

Jalanraya di Kundasang memang bengkang bengkok. Berhati-hati lah memandu ke sini, lagi-lagi kalau hujan lebat.

 tak nampak bukit bukau sebab kabus tebal masa ni


Desa Cattle Dairy Farm, ini destinasi pertama kami. Bayaran masuk rm4. Bayi free.Tak jauh sangat dari resort yang kami menginap, tengok waze dan tanya orang, in sha Allah sampai. Tapi aku kecewa gila, masa ni kabus terlalu tebal , tak nampak apa pun. Jadi hancur luluh lah harapan nak tengok lembu, nak tengok macam mana mereka memerah susu lembu.

Kecewa.




 Bergambar aje lah yer kat luar ni



Pergi ladang lembu kalau tak minum susu lembu fresh tak best la kan. Aku nak beli yang kotak kecik tapi dah habis, terpaksa beli yang besar. Aku suka susu ni, ada original, ada perisa coklat. Memang sedap dan fresh.

tengok la keadaan kat luar tu, tak nampak apa pun. Kecewa sesangat. Makanya, kitaorang duduk minum susu aje

...dan melayan budak-kecik-badan-besar ni main


Nak snap gambar banyak-banyak kat sini pun macam takde mood sebab tak nampak view apa pun. Yang nampak hanya lah kabus tebal. Dah kata nak feeling-feeling macam kat New Zealand kan...hahahaa, hahh...hambek kau...feeling lah puas-puas.

Lembu Ohhh lembu, lain kali kalau ada rezeki dan kesempatan aku datang jumpa kau lagi. Sebenarnya aku frust sebab Zhareef tak dapat tengok lembu. Dia suka binatang, kalau nampak binatang tak kira lah kucing ke, kambing ke, arnab ke...memang excited. Aku dapat bayangkan macam mana dia punya excited kalau jumpa lembu.

Dah, balik kampung tengok lembu kat kampung aje.


To be continue to the next destination...Day 2 - Sungai Moroli.


2 comments:

Dr Singa said...

dua kali dah kau eh.. awak eh.. julie panjat Kinabalu??!
tabik!!
tabik 2 x!!

gunung rendah2 tak main lah kannn .. !!??

julie shahril said...

kakizat: kalo ada kesempatan dan kudrat..nk juga memanjat lagi, x kesah la gunung tinggi ke rendah..masalahnya, badan dh booolaattt...naik tangga pon semputtt..