Thursday, March 6, 2014

Bali Trip : Tiket - hotel - supir

Bahagian pertama, aku akan cerita pasal:

- Tiket
- Hotel
- Tour/sewa kereta/supir


Tiket.

Aku beli tiket Air Asia masa promo, aku dapat harga rm882 (return) untuk 3 orang, 2 dewasa, 1 bayi. Harga itu juga include dengan 60kg luggage dan seat. Aku beli seat sebab tak nak duduk asing-asing dengan husband. Mana lah tau diaorang letakkan kami bersepah.


Hotel.

Aku survey banyak hotel di Bali, dan aku booking di Agoda.com. Hotel pilihan aku ialah The Flora Kuta Hotel. Kenapa aku pilih hotel ini? Kerana selepas aku baca review dan komen-komen orang yang pernah tinggal di hotel ini, rata-rata semua kata ok, selesa dan bagus. Hotel ini juga ada menyediakan makanan halal. Itu yang aku utamakan.

Masa aku booking hotel, agoda ada buat promosion, dan aku book hotel ini untuk 4 hari 3 malam (bilik Deluxe) dengan harga rm329. Hotel ini menyediakan sarapan.

Aku pilih hotel yang selesa sebab aku bawa anak kecik. Kami kan tourist, bukan traveller. Hehe. Bilik Deluxe memang selesa sebab katil besar, boleh tidur bertiga tanpa berhimpit.

Dan yang best kami dapat bilik tingkat bawah betul-betul berdepan dengan kolam mandi. Keluar bilik terus boleh terjun kolam.


 Ini lah hotel The Flora Kuta
jalan nak masuk ke hotel ni sempit sikit, hampir-hampir aku tak percaya kat lorong kecik tu ada hotel yang selesa..
lokasi hotel ini memang tersorok..

 tengok meja receptionist..
sangat simple dan sempoi..
pekerja hotel semua peramah, jangan risau.

 ini cafe hotel
food di hotel ini biasa-biasa je pada tekak aku..
takpe yang penting halal
kebanyakan hotel di Bali foodnya tak halal

 ini ruang bersantai dekat dengan meja receptionist..
di sini lah aku lepak malam-malam nak dapatkan servis Wifi yang lancar..
nak layan FB ke, IG ke...kat sini Wifi laju..sebab dekat dengan signalnya..
dalam bilik tak dapat Wifi sebab terlindung..
kat tepi kolam tu pun dapat juga Wifi, tapi kat sini lagi laju..
 kalau rajin nak membaca...ada buku-buku disediakan

 katil untuk kami bertiga, tak payah mintak extra bed pun takpe, selesa dah.

 toilet yang bersih

boleh guna tapi tak boleh bawak balik, nanti kena caj.
berus gigi tu boleh amek laa...hihi.

 kolam mandi ada 2..
yang kecik tu untuk budak-budak,
yang besar untuk makbapak budak..hehe
bilik kami di belakang mat saleh yang sedang duduk menyandar tu...nampak tak?
bilik kami belakang dia tu..

tiap-tiap petang budak debab ni mandi kolam, penat melayan..



Tour/sewa kereta/supir.

Oleh kerana kami ni kategori tourist, bukan traveller, aku amek perkhidmatan supir di sana. Aku survey jugak supir-supir di sana yang mana bagus, aku baca blog-blog orang antaranya blog Nurul, Kak Dr.Singa, DaddyZiyyad dan banyak lagi blog-blog lain. Setelah berbincang dengan husband, kami pilih untuk amek Pak Isme. DaddyZiyyad pun rekomen Pak Isme, dan ramai lagi orang rekomen Pak Isme. Google aje Pak Isme Bali, memang keluar nama Pak Isme. Glamour Pak Isme ni.

Kenapa aku pilih Pak Isme?

Kerana dia muslim, tidak berkira, dia tahu kat mana nak bawa ke tempat makanan halal dan akan bawa ke musollah untuk solat.

Tapi...

Masa aku sampai sana, Pak Isme tak available, jadi dia gantikan dengan supir lain iaitu Pak Yadi, pembantu Pak Isme. Pak Isme baru balik dari umrah masa tu, sebab tu dia tak available. Kami agak kecewa. Pak Yadi agak kureng sikit pada aku.

Untuk bayaran supir dan kereta sepanjang 4 hari 3 malam di sana, kami dikenakan caj sebanyak IDR1,000,000 (rm283).


ini Pak Yadi, pembantu Pak Isme
umur 45 tahun, kawan baik Pak Isme, satu sekolah katanya.



Untuk booking semua tu, kalau berminat boleh hubungi contact number ini:


Tour/kereta/supir: Pak Isme 
No.Tel: +62 813-3861-4174
Email: isme_tours@yahoo.com

Bagaimana cara aku booking dengan Pak Isme?
Senang, mula-mula aku berwassap dengan dia, lepas tu aku isi form di websitenya, bagi semua details, nanti Pak Isme akan reply.

Kalau boleh biar lah Pak Isme sendiri yang menjadi guide kami tapi takde rezeki dengan dia, mungkin lain kali kalau ke Bali lagi aku akan pastikan Pak Isme akan jadi guide dan supir kami.

So, jumlah perbelanjaan untuk tiket, hotel dan supir:

Tiket: rm882 (return)
Hotel: rm329 (4 hari 3 malam)
Supir/kereta: rm283 (4 hari 3 malam)

Total: rm1494

Perbelanjaan makan tak termasuk ok, tu kira lain. Untuk makan kita kena pandai-pandai sendiri nak bajet banyak mana, boleh tanya supir dimana tempat makanan halal.


Next entry aku akan cerita pasal tour sepanjang 4 hari 3 malam di sana pulak.






14 comments:

Dr Singa said...

ello turis..
cepatnya hapdate.. :)

283 ..!
murah gila....

[ dengan itu ..dengan sendirinya.. perjalanan bulan 11 diperserahkan kepada anda untuk perhatian dan tindakan anda selanjut .. ahkak salute dan tarik diri ...hehhehee.. ]

ahkak Singa de'traveller..

Dr Singa said...

selanjut*nya* tertinggal kat eskeleter tokio..

wan norulkhamisa said...

bestnyer...baru je bercakap psl bali dgn org tu..tp die kata tak sesuai nk bwk ibu n ank2..huh ade saje alasannya...hehe..cpt update eh

SuzieLAWAti said...

ke mahen ko wasep2 eyhhh... muahahahaa...

pinjam spender ketat merah tu... ;p

t.a.t.a said...

1. promosion. perkataan baru eh? hehehe

2. buku tu boleh beli tak?

3. Bebudak asrama dulu cadang nak pi Bandung. Aku tanya bajet berapa nak kena simpan, tak de pun yang boleh bagi figure.

cinta said...

berkenan lah dgn baju mandi tu.

Julie Shahril said...

kakizat: hohohooo...akak kan lagi hebat bab2 ni..saya assist akak eh..hihi

lisa: boleh aje bwk anak tapi penat sket la, dan kena tahan panas.

cpl: kalo buntut sama saiz bole la pinjam...gi ukur lilit dlu bape inci..hehe

tata: aku mmg suka guna bahasa pasar..sesuka hati je. google aje nak tau psl travel2 ni..byk aje org share...lagi2 bandung.

siti: anak awak pompuan kena beli mickey mouse gegel..

Julie Shahril said...

tata: buku tu x bole beli, bole baca je

Dr K said...

saya teringin nak ke bali lagi, dengan driving sendiri..tapi mmg susah...sebab sistem jalanraya dia pelik..driver2 kat sana macam hantu...dan polis dia suka tahan ambik rasuah...hahaha

Unknown said...

Sewa Kereta Murah Di Bali
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.

elly joe said...

salam..
murah sgt supir u...
ke 1 hari rm283???or mmg total 4d3n rm283??

Julie Shahril said...

memang total 4h3m rm283. ini harga 2 tahun lepas, harga skg tak pasti sama lagi ke tak.

Unknown said...

Sy baru tanya kt dia..skrg ni 1 hari je rm283..lbh kurang gitu harga nya..

Julie Shahril said...

Elly: skg currency duit kita dah jatuh teruk, dan bayaran supir2 kat sana mungkin dah naik, jadi mahal lah, tapi tak sangka pulak semahal tu, 1 hari je dah dekat 300. Masa saya ke sana, sewa kereta+supir below rm100 sehari. Dlm ramai2 supir yg saya survey, dgn pak isme ni lah yg paling murah. try lah survey supir lain, atau nego dgn dia mntak murah.