Thursday, March 27, 2014

cycling



My new activity. Ye lah, nak hiking dah susah, nak masuk gym semua bagai jangan harap lah. Aku nak masuk gym? hehe..macam kelakor.



Seriously berbasikal ni best dan fun. Aku enjoy. Dah bertahun-tahun aku tak kayuh basikal, masa mula-mula nak kayuh memang rasa pelik dan janggal sangat-sangat. Untuk permulaan aku cuma cycling 1 jam je kat area rumah. Kat sini ada tempat untuk beriadah, nak joging ke, nak cycling ke..semua boleh.

1 jam cycling dah cukup membuatkan betis dan peha aku sakit-sakit, mungkin lemak-lemak tepu terkejut kena ganggu. Selama ni duk bermaharajalela je kan...kali ni biar terbakor sikit lemak-lemak tu.


Si kecik ni dan papa dia temankan aku. Sebenarnya dia tak berapa sihat, batuk-batuk dan sakit tekak, dalam pada gitu masih aktif lagi berlari sana sini.


...dan bila balik rumah dia lah orang paling letih sekali...
hehehe

*
*
*
*
*
*
*

kawan-kawanku dalam kenangan..
muka masing-masing terbakor..hahahaha
dulu-dulu tak heran pun muka rentung, yang penting happy


Ini gambar lama, tahun 2005 or 2006 (aku tak ingat), masa ni ada program berbasikal 60km di universiti, aku cycling separuh jalan je..aku bajet dalam 25km-30km je kot yang sempat aku kayuh, pastu aku surrender sebab peha aku cramp. Terus stop naik van...hahaha, sebelum tu aku diberi minum air glucose, 3 sudu glucose+1 gelas air masak.

Lepas minum glucose, naik van bersandar rileks dan tunggu kawan-kawan lain sampai...hehehe. Itu lah kali terakhir aku mengayuh basikal sebelum aku start semula baru-baru ni.

..dan ini sajalah cara aku exercise yang mampu aku lakukan. Harap-harap terus bertahan.





8 comments:

cinta said...

gambar cycling tu nmpak slim ler. ehehe..

Julie Shahril said...

siti: ye nmpk slim, tp cuba tgk hakikat sebenar kalo berjmpe depan2 kat opis, slim kah saya? muahahahaaaa....

Izwa Kamaruddin said...

wahhhh

t.a.t.a said...

Julie, gambar atas tu macam muka budak sekolah la. Hahaha.

Dr Singa said...

nak lagi terbakor lemak..
kayuh sambil bawak dak bam bam tu..!

Julie Shahril said...

idzwa: hehehe

tata: dari jauh mcm bdk skolah, tgk dekat ya rabbi...remaja purba dah

kakizat: mmg berniat nak pasang bakul utk si bambam tuh, tu nanti kayuh 1/2 jam persamaan 1 jam

Gerb said...

Bukan lemak terkejut tu. Muscle terkejut tiba2 kena kerja keras.
Semoga berjaya. Lepas ni betis padat lah penangan mengayuh.

wan norulkhamisa said...

wah akk org naik beskal rupenyer..banggalah saya..30 km tu jauh jugak tau kak...saya ade beskal juga tp pusing2 taman je, tupun 10 minit je mampu,kikih