Thursday, July 10, 2014

peluru lawan batu

Aku sedang menonton berita disaat menaip entry ini. Ada berita mengenai Gaza.

Palestine bumi yang tandus sedang basah dengan darah orang awam yang tidak berdosa. Tentera Zionis mensasarkan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa utama untuk dibunuh.

Mereka sengaja mahu membunuh kanak-kanak kerana mereka tidak mahu kanak-kanak Palestine membesar dan berjihad untuk mempertahankan tanah air mereka. Mereka mahu menghapuskan waris rakyat Palestine.

Tetapi kanak-kanak Palestine sangat berani. Aku pernah baca dalam sebuah buku, kanak-kanak Palestine tidak mempunyai senjata canggih untuk membalas serangan tentera Zionis, jadi mereka gunakan batu. Mereka membaling batu-batu yang dikutip di tepi jalan dan membaling ke arah Zionis, si iblis.

Wanita Palestine pula berkata, mereka berkahwin dan akan melahirkan anak seramai yang boleh kerana mereka mahu anak-anak mereka membesar dan terus berjuang menghapuskan Zionis.

Bila Palestine akan menang dalam peperangan yang sebegitu lama ini? Negara-negara Arab yang lain pun macam acuh tak acuh mengenai isu Palestine. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu wujud pun macam tunggul saja.

Tetapi aku terfikir juga, kalau lah suatu hari nanti ditakdirkan Palestine menang, semakin dekat ke kiamat?

Ya Allah..hanya Kau yang mengetahui segalanya.

Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata berjihad disana, tetapi kita mampu mengangkat tangan dan berdoa agar rakyat Palestine sentiasa dilindungi Allah SWT.


#DoaUntukGaza

1 comment:

cinta said...

org kita kena jihad tinggal rokok.
payah tu.

atau

jihad solat subuh jemaah utk lelaki.
mcm lagi payah je..
subuh pn ramai yg rongak.

hadoi..