Saturday, August 2, 2014

fitnah

Sekarang memang zaman fitnah. Banyak berita kurang tepat dan ada setengahnya ditokok tambah. Wartawan yang tulis berita pun tidak menulis dengan tepat. Orang yang membaca akan percaya kerana mereka tidak tahu punca dan macam mana kejadian sebenar berlaku.

Ada musibah telah berlaku kepada seseorang yang saya kenal, ada pertalian darah. Musibah yang sangat berat, masuk surat kabar, masuk dalam facebook dan dalam blog.

Saya baca berita di surat kabar mengenainya, di facebook dan di blog. Saya baca juga semua komen dari mereka-mereka diluar sana. Ya, mereka tidak tahu cerita sebenar, menuduh, menyalahkan, mengata macam-macam. Terima kasih kepada yang back-up semula dan menyatakan fakta sebenar.

Saya yang baca komen-komen tersebut pun terasa sedih dan sentap. Dia sedang trauma dengan apa yang berlaku. Kejadian itu berlaku sekelip mata, tanpa diduga dan bukan diatas kesilapannya. Tetapi yang menulis komen memang betul-betul keyboard warrior.

Saya tahu kejadian itu sangat berat untuk diterima kepada keluarga mangsa, tetapi siapa kita untuk menghukum dan menghentam orang buta-buta macam tu je.

Saya doakan dia yang saya kenali itu kuat semangat, berdoa semoga kebenaran berpihak kepada dia. In sha Allah.

No comments: