Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 2015 : Caffeine withdrawal

Semua umat Islam diseluruh dunia ternanti-nantikan saat datangnya bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Aku pun begitu. Namun, ada satu perkara yang aku risaukan.

Migraine!

Aku mengalami gelaja 'Caffeine Withdrawal' di awal-awal puasa. Hari pertama puasa, aku kena migraine yang teruk, aku tidur di meja ofis, tak boleh tumpukan pada kerja.

Hari kedua juga begitu. Aku lagi bertambah teruk sampai 2 kali muntah. Masa berbuka pun aku tak boleh nak telan makanan, aku hanya makan bubur.

Ini lah kesannya kalau jadi seorang peminum kopi tegar.

Kita tak boleh terus stop minum kopi secara drastically. Katakan, kita biasa minum 4 cawan kopi sehari, kena mulakan pengurangan pengambilan kopi secara perlahan, mulakan dengan minum 3 cawan, kemudian 2 cawan...dan berikutnya. Kajian mengatakan kita tidak boleh consume caffeine lebih dari 400mg sehari. 400mg bersamaan dengan 4 cawan kopi yang dibancuh.

Antara gejala caffeine withdrawal:
  1. Keletihan
  2. Kebimbangan
  3. Mudah marah
  4. Mood tertekan
  5. Kesukaran menumpukan perhatian
  6. Mengantuk
  7. Gejala selesema seperti dengan sakit otot
Aku alami gejala no.1, 3, 4, 5 dan 6.

Bila aku mengalami gejala-gejala tersebut, aku kena migraine attack. Penyakit inilah yang paling aku takuti ketika berpuasa, sakit yang sangat menyiksakan dan kesengsaraanya hanya Allah yang tahu. Aku rasa kepala aku macam nak pecah, aku berjalan terhuyung hayang, mual, dan tak boleh tengok cahaya yang terlalu terang.

Setelah seminggu puasa, alhamdulillah aku semakin ok. Apa yang aku buat ialah:

1. Selepas bangun sahur, dah makan, aku minum secawan kopi. Ya, aku kena minum kopi sebab aku tak boleh stop minum kopi secara drastically.
2. Aku tak boleh tidur semula selepas sahur, kena terus berjaga.
3. Kalau katakan nak tidur jugak selepas sahur, kena tidur dalam jangkamasa yang lama, kalau tidur sekejap lepas tu bangun semula, aku memang menempah penyakit.
4. Mandi, basahkan kepala supaya rasa segar.

Sebenarnya aku keletihan bukan sebab caffeine withdrawal ni aje, dimasa yang sama aku tak cukup tidur dan rehat. Kalau weekend dirumah, boleh lah rehat lebih sikit dan qada' tidur, hihi. Bila kena migraine, selain makan ubat, jalan terbaik ialah tidur.

Dasyat juga penangan kopi kan.


2 comments:

cinta said...

baru tau ada gejala caffeine withdrawal. patut la.
saya rasa dah terkena gejala 1, 5, 6.

nampaknya kita ada ketagihan yang sama.
tapi saya tak migrain.
alhamdulillah.

julie shahril said...

siti: bertuah x kena migrain...saya hari2 doa dan berusaha to avoid migrain, alhamdulillah skg dh ok. mungkin 1st day puasa haritu sistem bdn terkejut sbb tiba2 takde caffeine msuk dlm perut.