Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 2015 : Caffeine withdrawal

Semua umat Islam diseluruh dunia ternanti-nantikan saat datangnya bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Aku pun begitu. Namun, ada satu perkara yang aku risaukan.

Migraine!

Aku mengalami gelaja 'Caffeine Withdrawal' di awal-awal puasa. Hari pertama puasa, aku kena migraine yang teruk, aku tidur di meja ofis, tak boleh tumpukan pada kerja.

Hari kedua juga begitu. Aku lagi bertambah teruk sampai 2 kali muntah. Masa berbuka pun aku tak boleh nak telan makanan, aku hanya makan bubur.

Ini lah kesannya kalau jadi seorang peminum kopi tegar.

Kita tak boleh terus stop minum kopi secara drastically. Katakan, kita biasa minum 4 cawan kopi sehari, kena mulakan pengurangan pengambilan kopi secara perlahan, mulakan dengan minum 3 cawan, kemudian 2 cawan...dan berikutnya. Kajian mengatakan kita tidak boleh consume caffeine lebih dari 400mg sehari. 400mg bersamaan dengan 4 cawan kopi yang dibancuh.

Antara gejala caffeine withdrawal:
  1. Keletihan
  2. Kebimbangan
  3. Mudah marah
  4. Mood tertekan
  5. Kesukaran menumpukan perhatian
  6. Mengantuk
  7. Gejala selesema seperti dengan sakit otot
Aku alami gejala no.1, 3, 4, 5 dan 6.

Bila aku mengalami gejala-gejala tersebut, aku kena migraine attack. Penyakit inilah yang paling aku takuti ketika berpuasa, sakit yang sangat menyiksakan dan kesengsaraanya hanya Allah yang tahu. Aku rasa kepala aku macam nak pecah, aku berjalan terhuyung hayang, mual, dan tak boleh tengok cahaya yang terlalu terang.

Setelah seminggu puasa, alhamdulillah aku semakin ok. Apa yang aku buat ialah:

1. Selepas bangun sahur, dah makan, aku minum secawan kopi. Ya, aku kena minum kopi sebab aku tak boleh stop minum kopi secara drastically.
2. Aku tak boleh tidur semula selepas sahur, kena terus berjaga.
3. Kalau katakan nak tidur jugak selepas sahur, kena tidur dalam jangkamasa yang lama, kalau tidur sekejap lepas tu bangun semula, aku memang menempah penyakit.
4. Mandi, basahkan kepala supaya rasa segar.

Sebenarnya aku keletihan bukan sebab caffeine withdrawal ni aje, dimasa yang sama aku tak cukup tidur dan rehat. Kalau weekend dirumah, boleh lah rehat lebih sikit dan qada' tidur, hihi. Bila kena migraine, selain makan ubat, jalan terbaik ialah tidur.

Dasyat juga penangan kopi kan.


Tuesday, August 6, 2013

6 ogos

Zhareef dah genap 10 bulan semalam. Aku pula genap ?? tahun hari ni. Hehe. Biar lah tanda soal tu menghantui fikiran bukan penting pun usia tu kan. Sebenarnya penting juga sebab usia lah lambang kematangan seseorang, selain dari apa yang telah kita lalui, lakukan untuk kehidupan, keluarga, diri sendiri dan agama.

Bila dah berada diusia sekarang, aku dah mula rasa risau dan takut. Aku rasa macam aku dah tua...kikiki. Ok la think positive. Kita minum collagen untuk mantapkan kulit yang semakin dimamah usia ni, buat perubahan pada diri sendiri agar kita tidak terus terbelenggu dengan kehidupan yang serupa setiap masa, tengok movie yang kelakar-kelakar agar kita boleh senyum dan ketawa sebab petua nak awet muda ialah kita kena sentiasa ceria dan gembira, perbetulkan dan mantapkan amalan agar hidup diberkati.

Masih bernafas aku hari ni...

06 august, you come again. Dear Allah, give me light and joy for me to live life to the fullest. Thank you mother for giving birth to me. Thank you husband for loving me. Thank you Zhareef for choosing me as your mother. I proud to have you as my son.

Semoga aku ketemu lagi ramadhan dan ogos pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini juga, sempena nak raya ni, aku memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa disepanjang aku menulis, kot ada yang terkecik hati, makan hati dan sebagainya. Selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu jangan sampai kena snap gambar oleh AES, hihi. Hari ini last aku kerja sebelum cuti raya, esok akan berdezup ke kampung terchenta.


Selamat Hari Raya untuk semua!



Thursday, July 11, 2013

bos kacau aku tido :)

Semalam aku cuti. KL tak cuti 1st ramadhan, aku je memandai-mandai buat cuti sendiri. Tapi, nasib baik jugak aku cuti. Sebabnya..

Aku diserang sakit kepala yang maha dasyat.

Lesu.

Terbaring.

Muntah.

Jangan salah faham, aku bukan pregnant. Hihi.

Tapi yang hebatnya, aku sempat masak 3 jenis lauk.

Masa berbuka, aku cuma minum 2-3 teguk air oren, lepas tu terus baring.

Aku tak boleh makan. Tengok makanan je aku terus loya. Makanya aku terus tak makan sampai lah sahur pagi tadi. Bila aku kira-kira, hampir 24 jam jugak perut aku kosong.

Hari ni aku datang ofis, naik train. Penat. Aku rasa mungkin lepas ni aku akan terus naik train memandangkan ofis aku dah tak buat flexible working hours. Sedeh tau. Jahatnya diaorang pegi tukar semua benda tu. Arghh...kalau aku cakap banyak nanti berdosa. Bulan puasa ni kena banyak sabar.

Tengahari ada lunch break 1/2 jam. Aku mengambil kesempatan untuk membuta rehatkan badan kejap. Aku pun tido la kat meja aku ni. Bila aku tersedar baru pukul 1.20pm. Break dari pukul 1.00pm - 1.30pm. Ada lagi 10 minit untuk aku tido.

Aku pun sambung tido lagi. Krohhhh...kroohhhhh...

Tetiba aku rasa macam ada suara merdu kat telinga aku ni.

"Assalamualaikum Julie"

Wahhhh....bos kejut aku tido.

Kahkahkahkahkah...

Aku tengok jam, dah pukul 1.45pm rupanya. Terkulat-kulat aku malu. Aku siap genyeh-genyeh mata.

Bos remind aku suruh pegi meeting pukul 2.30pm.

Adoi...ye...ye...aku pegi meeting.

Pertama kali aku kena kejut tido...dan yang kejut itu adalah BOS.

Hebat tak...

hehehehe....




Tuesday, July 9, 2013

selamat berpuasa


Hai...
Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua.
Jangan lupa niat puasa...

Caye tak puasa..
sebab belum akil baligh..
hihi..





Yang Benar,
Zhareef


Thursday, June 21, 2012

kuih raya

Tempahan kuih raya dah dibuka. Bukan aku yang jual, orang ofis. Dah tak lama nak puasa, sekejap je kan. Terkejut aku dapat katalog kuih raya siap dengan sample sekali. Gigih mereka cari duit.

Harga kuih raya buat mata aku celik besar-besar...sebabnya tahun ni aku tak boleh beli satu tapi kena beli dua. Satu untuk family sendiri, satu lagi untuk family mertua, baru adil ye tak.

Aku kan lemah semangat dalam bab-bab shopping ni. Terpedaya la juga. Kalau tak tempah sekarang, lama-lama aku tetap kena beli juga. Plan dalam kepala ada kuih yang nak buat sendiri. Plan je la...aku ni selalu plan je lebih, buatnya tidak. Tapi akan diusahakan lah, untuk kuih yang sempoi-sempoi je, yang komplikated tu sori.

Friday, August 26, 2011

salam Syawal

Saya minta maaf jika saya ada terkasar bahasa, terlepas cakap, terpikir yang bukan-bukan dan apa-apa saja sikap yang kurang menyenangkan kerana saya hanya lah manusia biasa yang setiap detik ada melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.

Saya tahu di luar sana ada orang marah pada saya, tidak suka dengan sikap saya atau kurang senang dengan tingkah laku saya, terasa hati dengan saya atau mungkin juga membenci saya.

Patah tumbuh hilang berganti, buang yang keruh ambil yang jernih, baru lah teguh peribadi.

Dengan ini saya dengan rendah diri ingin menghulurkan seribu kemaafan kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya, kawan ofis, kawan sekolah, kawan serumah, kawan GGK dan mereka-mereka yang membaca blog ini. Saya minta maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Jemput lah datang ke rumah hari raya nanti.

Kepada mereka-mereka yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya, memandu mengikut fikiran, bukan perasaan, ingat lah orang yang tersayang yang sedang menanti kita di rumah.

Semoga Syawal ini akan memberi sinar baru kepada kita semua.

Meminta maaf dan memaafkan adalah sesuatu yang membahagiakan.



Tuesday, September 7, 2010

gallery cafe

Dah banyak entry cerita pasal makan. Biasa lah bulan puasa. Semalam department mechanical buat majlis berbuka puasa di Gallery Cafe, Balai Seni Lukis Negara. Menunya makanan kampung. Memang sedap lah. Tak rugi bayar rm28 sorang. Jom kita saksikan gambar sebagai bahan bukti. Hehe.

Gallery Cafe

Yg bagusnya tempat ni, lepas berbuka puasa, kita boleh solat terawih (8 rakaat).
moreh disediakan selepas terawih. Best kan?


kamarul dan isteri tercinta, Awin

kak su dan gojes
sedang menunggu kak ila

orait, kak ila dah sampai..

dalam cafe

ok,mari saksikan lauk pauk kampung pulak.
yg ini kerang dan paru


udang dan lala masak sambal, ayam goreng dan yang paling best...
ada siput sedut...


mee goreng, spaghetti, nasi hujan panas dan ayam masak lemak

my plates

kak ila punya..
bubur lambuk pun ada....sedap!

tak lupa...pecal pun ada...juga sedap!

kuih muih dan lauk

sebelum berbuka
meja kami penuh dengan makanan..hahaha


selepas berbuka..
licin..


jiran department sebelah pun ada..
cik liza


bulat sungguh muka aku


Tamat sudah sesi melihat gambar. Kesimpulannya lauk-lauk di sini sedap. Makanan kampung kan...mesti lah sedap.


Monday, September 6, 2010

buka puasa

Semalam berbuka puasa di JM Beriani House, Seksyen 9 Bangi bersama sahabat-sahabat gunung. Semua ada kecuali Kay dan Intan.

tak banyak sangat snap gambar,takde mood sebab terlalu ramai manusia

saya makan spaghetti, mee goreng mamak, desserts dan ratah ayam dgn daging.

harga yang perlu dibayar

Itu aktiviti semalam. Aktiviti sabtu pulak meredah sekali lagi highway ke Bagan Lalang. Konon nak makan lagi seafood tempat haritu. Untuk mengelakkan kejadian sama berulang (haritu pukul 8.30pm baru dapat makan sebab order lambat), jadi kami order awal-awal melalui telefon. Tapi lupa pulak nak pesan jangan masak terlalu awal. Akibatnya lauk dah sejuk, then lauknya tak sama macam haritu. Hampa.

mentari merah di ufuk barat

saya snap guna mode 'sunset', tapi nampak macam gelap sangat.

tomyam tu tak berapa menyengat

hampa-hampa pun abes jugak nasi ngn lauk
rugi la tak makan sebab bayar guna duit kan,
kalau bayar guna kertas A4 takpe..



Wednesday, September 1, 2010

bagan lalang

Semalam berbuka puasa di Gold Coast. Bukan Gold Coast, Australia, tapi Gold Coast Sepang...hahaha. Saya ke Bagan Lalang. Pertama kali jejak kaki ke sana. Jauh juga terasa perjalanan sebab sesat. Tapi rasa memang jauh. Sebelum berbuka dan sementara menunggu makanan siap, saya usha-usha la kawasan kat situ. Tengok chalet dan hotel high class yang baru siap dibina, ada ala-ala Dubai sket.

Hotel ini dibina diatas air,memanjang hingga ke tengah laut.

kami makan di sini, Restoran Bayu Malam.
Makan ikan bakar.


Sebelum tu menyaksikan matahari terbenam. Kali kedua saya tengok sunset selepas di Sabah.

Dari matahari penuh hingga lah dia tenggelam terus.
Cantik.

Thursday, August 12, 2010

ramadhan ini

Dah masuk 2 hari puasa, saya baru terhegeh-hegeh nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua di luar sana. Syukurlah, pada usia sekarang saya masih sempat menyambut Ramadhan dalam keadaan yg masih cukup sifat dan sihat waalafiat.

Bila tiba bulan puasa, berduyun-duyun orang menhulurkan salam kemaafan. Tu belum tiba masa raya lagi. Bagus la kan saling bermaafan, tapi jgn la bermaafan masa puasa dan raya je. Rasanya hari2 biasa pun boleh bermaafan kan..hehe.

Tapi saya tetap nak tulis something...

Saya dgn rasa rendah dirinya ingin memohon ampun maaf kpd semua yg pernah saya sakiti hatinya, terguris dan terhancur leburkan perasaannya. Secara umum, saya tujukan salam kemaafan ini kepada semua. Kadang2 secara tak sengaja, saya tertengking orang, termarah dan tercakap perkataan yang kurang enak di dengar. Atau saya pernah berjanji tapi tak tepati. Munafik tu kan...adoi. Ampun kan lah aku. Atau secara tak sedar, saya bertukar menjadi singa lapar ketika tengah tension, atau tetiba bertukar menjadi biskut tiger bak kata bain..hahaha.

Saya tak mampu nak memuaskan hati semua orang. Aku hanya serangga.

Hehe.