Tuesday, August 4, 2015

Sawah padi Kg.Semaloi

Sawah padi di Kg.Semaloi, Endau.

Masa duduk Perlis dulu selalu tengok sawah, tapi sawah di kampung sendiri tak pernah nak ambil tahu. Jadi, dah alang-alang cuti lama, jom lah jalan-jalan tengok sawah, bawak Zhareef berkenalan dengan pokok yang menghasilkan padi ni.

sawah hijau terbentang luas, niat hati nak jalan sampai ke tengah sawah, tapi tak payah lah. Nanti kang Zhareef tak nak balik pulak...hahaa

haa...tu, muka dah start nak excited..
dia panaskan enjin dulu..

pastu bapak dia memperkenalkan dia dengan tali air..
makin panas la enjin turbo tu..

jeng...jeng...jeng...
ok, dia dah masuk dalam tu..
budak ni kalau nampak air memang hidup nyawa...kalau ada ikan lagi bertambah nyawanya

 tengok apa dia buat tu..
mak dia yang risau takut dia jatuh...
dia...selamba jek muka..
 lepak kat tali air..
main baling-baling batu

 melawat ke kampung sebelah...
uihh...ada pokok durian la...
buah durian meluyut-luyut macam memanggil-manggil je..

dia cuba menahan gelora dihati apabila melihat air..

 lepas tu mengeteh sekejap..
dan makan sup ekor sambil mengadap laut

gambar kucing ni Zhareef yang snap..aku dah wariskan kamera Canon G12 tu kat dia


4 comments:

SuzieLAWAti said...

nnti umi kawen tolong jadi photographer yee...!!! #tetiba.. bahahaahaaaa

julie shahril said...

cpl: apa?? umi nak kawen?? yeayyyyyyyy...(bayangkan zhareef tepuk tangan sambil loncat2 gegar2 bontot)

Daddy Ziyyad said...

Endau kat Mersing tu?
Baru tau kat sana ada sawah padi...hahaha

julie shahril said...

dz: haha...mgkin sbb sawah padinya tersorok sket, kena msuk dlm kg bru nmpk, tu yg x penah tau