Friday, August 7, 2015

Me'nate Steak

Semalam 6 Ogos, hari aku dilahirkan. Jangan risau, aku muda lagi..hehehee.

Husband aku tanya, nak makan mana? Aku memang takde plan nak makan kat mana-mana pun, jadi aku biarkan dia yang decide. Aku redha aje.

Tup-tup, dia bawak aku ke Menate. Wahhh...hati dah berbunga-bunga suka gembira. Mahu tak suka, restoran yang diidam-idamkan, restoran yang semakin popular selepas diva AA maki hamun hari tu. Secara tak sengaja, caci maki itu telah memfemeskan lagi nama Menate ni.


 Menate Steak Hub cawangan Setapak
aku harap suatu hari nanti owner kedai ini akan buka cawangan di Bangi atau kawasan sekitar terdekat dengan Putrajaya...hihihi...aminnn

perempuan debab dah tak sabar nak pilih daging

Oleh kerana aku ni 1st time datang, jadi agak blur-blur sikit la nak pilih daging. Di sini, kita boleh pilih daging mengikut jenis dan harga. Setiap daging ada nama dia, dan dah tertera disitu dengan harga, dari yang murah sampai lah yang harga ratus-ratus, tapi semalam aku tak nampak pulak yang harga ribu-ribu, mungkin stok belum ada kot. Paling mahal aku nampak harga 700-800 sekeping untuk daging wagyu.


Disini lah tempat pelanggan memilih daging, ada daging lembu dan kambing. Ada banyak jenis, dan yes...aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku tanya pendapat staf restoran, of course lah dia kata wagyu yang sedap, tapi dia kata Ribeye pun sedap. Masa aku datang tu memang ramai orang sedang berkerumun kat Ribeye. Aku agak, diaorang mesti dah biasa makan sini sebabnya diaorang tak pikir panjang, tengok-tengok daging, pilih, capai, terus bagi pada staf restoran.

Yang aku, masih ternganga tak tau nak amek yang mana, kihkihkih.

 ini daging Wagyu
namanya Matsu'saka Striploin
harga rm700++ hingga rm800 sekeping
tak mampu den nak makan daging ni...

 ini juga Wagyu
namanya Wagyu Cry Tiger
harga rm100++
ini kategori wagyu mampu milik

ini pun Wagyu juga..
namanya Wagyu Back Ribs
harga bawah rm100..
juga kategori mampu milik

ini Lamb Rack
harga juga bawah rm100
mampu milik


Pilih punya pilih...akhirnya aku pilih daging ni...
.
.
.
.
.
.

Wagyu Cry Tiger
rm176
kenapa aku pilih yang ini?
sebab ianya tebal dan besar, spesis tamak haloba macam aku ni nak yang besar aje..

Husband aku pilih Ribeye, tapi aku boleh terlupa nak snap gambar daging dia masa mentah-mentah, harga Ribeye tu bawah rm100 juga.


Ini lah rupa daging yang telah siap di grill..mash potato tu sedap! Yang hijau tu bukan asparagus yer...tu kacang buncis...hehehee, aku pun mula-mula ingat asparagus. Daging wagyu yang aku pilih ni tebal dan besar, mengah aku nak habiskan. Ini lah akibat jadi tamak sangat, sebenarnya aku tak habis makan pun, bagi kat husband aku untuk habiskan.

my husband's plate..
Ribeye with mash potato and coleslaw

menu budak kenit jangan lupa..
meatball and fries
meatball tu ok-ok la, aku lagi suka meatball abang burn


Ok, sekarang nak cerita pasal the taste of wagyu.

Aku dan husband mintak diaorang grill welldone. Aku bukan tekak mat saleh nak makan daging mentah atau separuh mentah atau suku mentah. Ribeye dia memang buat welldone, tapi wagyu aku tak berapa nak welldone, sebabnya wagyu yang aku pilih tu tebal!

Haha..tapi the taste is ok, masih sedap dan lembut. Nak potong daging senang, nak kunyah pun senang sebab lembut. Kesimpulan yang aku belajar dari pengalaman pertama ialah, lain kali pilih daging yang nipis dan banyak lemak berselirat diantara daging, bila di grill, lemak-lemak tu akan cair di mulut. Cuba tengok gambar daging wagyu yang harga 700++ tu, kan banyak lemak..!!

Husband aku untung, ribeye yang dia pilih tak terlalu besar dan nipis. Bila grill, dagingnya lembut gila dan lemak-lemak yang ada memang cair dimulut. Betul ni tak tipu, aku cakap terus terang ok. Sila pilih daging yang banyak lemak berselirat! Kau tak akan menyesal punya.

Bau daging wagyu yang aku makan tu fresh bau lembu, totally different dari steak-steak yang pernah aku makan. Susah aku nak cakap, try la sendiri.

Pasal air pulak..

Air adalah free flow, ada air sejuk dan panas. Air sejuk ada 4-5 jenis jugak, blackcurrant, ice lemon tea, mango, mocha, apa entah lagi. Aku minum blackcurrant. Airnya manis sikit, so kena tambah ais.

Air panas pula ada coffee. Tapi aku tak minum pun.

1st time makan wagyu...
wagyu harga mampu milik je lah..
yang ribu-ribu tak mampu..

 Sampai termuncung-muncung mulut makan fries, dia tak suka meatball...dia bedal aku punya mash potato sampai habis, pastu bedal pulak mash potato bapak dia..

Terima kasih husband kerana membuat kejutan dengan membawa saya makan di sini..


Sekian review aku pasal Menate. Alhamdulillah untuk rezeki semalam. Lepas ni kot-kot ada rezeki lagi, kalau berpeluang makan lagi di Menate, aku nak try lamb pulak.



12 comments:

Kay said...

yg ko pegang kata mampu milik tu pun aku nganga...

Julie Shahril said...

Kay: aku maksudkan mampu milik sbb itu lah harga wagyu yg paling murah, daging2 biasa lain harga below 100, harga jadi gitu sbb lembu2nya terjaga, makanan lembu pon bukan sebarang mkn utk hasilkan daging yg lembut.

SuzieLAWAti said...

HUIYYOOOO ...harga.... (komen bajet x nah makan sini la.. hahaha)

tapi mmg terbaik la daging2 dia...

klu kat cawangan ampang tu...

siap tunjuk... daging mana yang nak di masak....

tu hari pon order meat ball... so so je lah...

dtg sini kena makan steak... baru puas...

(skema tak komen..?!)..

pape pon.... selamat hari lahir yaa...

moga di berkati dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..

ameen...

cinta said...

Kalau yg harga ribu2 tu, kalau (kalaulah kan.. ha2). masuk mulut syg lak nk telan. Mesti simpan dlm mulut lama2 tu.
Btw hepi besday. Moga bahagia dunia akhirat.

Dr K said...

Ok..meleleh leleh air liur baca entry ni...hahaha


Dan ok, saya terima nasihat tu....kita pilih daging yang banyak lemak!!! hahahaha

Julie Shahril said...

cpl: btol...kena mkn steak sbb specialty diaorg ialah steak, owner pun mmg pakar daging. tq for your wish.

Julie Shahril said...

siti: yg harga ribu2 tu...tenung daging je 1/2 jam sbb sayang nk makan...hahahaha, tq siti for your wish, amin.

Julie Shahril said...

dz: saya pilih daging tebal dan x byk lemak, kononnya sbb saya mmg x suka mkn lemak2 tu, tapi daging menate ni lain, kena pilih yg byk lemak berselirat, thats why wagyu yg harga ratus2 tu berselirat dgn lemak.

SuzieLAWAti said...

eheeemmmmm .....

betol ke nak suh nyanyi ni...?!..
riduwww lerr tuewww nak dengar kite melalak yee... hahahahaa

SuzieLAWAti said...

weihhh... bsru nak nyanyi.. dah ribut petir kat luarr... ahahaahaa

SuzieLAWAti said...

haaaa... tau takpe...!!!..
dah la nak g JB lg ni..

SuzieLAWAti said...

ok ...

nnti makk sampai kampung zainuddin .. mak sampai kan salam kamuu yeee...!!