Tuesday, August 25, 2015

Temasya sukan Taska Si Comel Cerdik 2015

Sabtu lepas (22.08.2015), Taska Si Comel Cerdik telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-8 bertempat di Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya.

Sukan ini merangkumi rangkaian taska Si Comel Cerdik cawangan MOA (Ministry of Agricultural), cawangan KETTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), cawangan PPJ (Perbadanan Putrajaya) dan yang lain-lain....aku tak ingat, muaaahahaha. Sorry.

Zhareef dari cawangan MOA, lokasi taskanya dalam bangunan Wisma Tani, dekat je dengan rumah.

Sebelum temasya suka bermula, budak-budak comel tu semua kena buat rehearsal selama 3 hari. Gelak juga aku dengar, tapi bagus lah, biar diaorang cergas sket. Selama 3 hari itu teacher mintak parents sediakan breakfast untuk anak masing-masing kerana 3 hari latihan mereka tak sediakan sarapan. Ok, aku tak kisah pun, sediakan aje lah sarapan yang simple-simple.


Dalam jadual tulis semua kanak-kanak comel dan ibubapa mesti berada di tempat kejadian pada pukul 7 pagi. Awal juga tu. Pukul 7.15am pendaftaran. Kami sampai di sana ngam-ngam pukul 7.15am, masa tu orang belum ramai, berapa kerat je yang ada.

Aku ingat pihak taska tak sediakan sarapan, rupanya sarapan berlambak banyak, ada nasi lemak dan bihun goreng, makan lah sampai muntah, boleh amek banyak mana kita nak. Hehehee...thank you taska si comel


Sebelum acara kemuncak sukan bermula, semua pelajar kena berjalan lintas hormat, ala-ala perbarisan la. Apa yang aku nak gelak, budak-budak kategori Toddler (umur 1-3 tahun) ramai yang menangis tersedu sedan. Semua nak mak atau ayah dekat dengan mereka, bila jauh sikit mulalah meleleh air mata, termasuk lah si debab aku tu. 

 masa ni muka dia dah start sedih, teacher sedang sibuk pakaikan crown, jangan memain...perbarisan ni ada pertandingan tau...perbarisan siapa paling cantik.

 Ada disediakan khemah untuk para ibubapa duduk, tapi tak ramai yang duduk, masing-masing masuk ke padang sebab nak amek gambar anak...termasuk lah aku.

 trofi untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
saguhati cuma dapat gula-gula...hehe, kesian.


Mula-mula nama Zhareef tersenarai dalam acara 'Kura-Kura Berirama'. Aku terpegun mendengar nama acara kura-kura berirama tu dan memang tak sabar sangat nak tengok macam mana rupabentuk acaranya. Bila tiba hari kejadian, acara dia dah bertukar, tiba-tiba dia masuk acara 'Imbang Junjung Kasih' pulak.

Imbang Junjung Kasih adalah acara dimana diaorang kena berlari sambil menjunjung satu bantal kecik atas kepala, lepas tu kena meniti atas kayu, agaknya sebab tu namanya Imbang Junjung Kasih. Kena junjung bantal, pastu kena imbang badan meniti atas kayu.

Hahaha.

Untuk acara ini, mereka berkumpulan, dan kumpulan Zhareef berjaya dapat Naib Juara.

Clap, clap, clap.....tahniah anak mama. Geli hati tengok si debab ni berlari, debab-debab pun laju juga dia berlari.

 trofi pertama Zhareef dapat pada usia 2 tahun 10 bulan.
Naib Johan

 penat berlari...rehat kejap. atlit dah kehabisan tenaga.


Oh ya, Taska Si Comel Cerdik ini adalah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berdaftar juga dengan Kementerian Pendidikan. Aku suka dengan sistem pembelajaran di taska ini, even toddler pun belajar macam-macam siap ada exam lagi. Kalau budak-budak yang dah besar tu, diaorang selalu ada aktiviti di luar, macam buat lawatan pergi zoo la, belajar undang-undang jalanraya etc, etc. Mereka juga di ajar solat dan baca doa ramai-ramai. Bagus kan. Dan setiap tahun ada sukan tahunan.

Tahun depan, in shaa Allah, aku akan kekalkan Zhareef belajar di sini, yuran pun tak mahal sangat, masih mampu lah. 

Aku salute pada cikgu-cikgu taska/tadika ni...mereka sangat tabah melayan kerenah budak-budak.




5 comments:

SuzieLAWAti said...

wahhh.... tahniah anak umi...!!!

naib johan pon dah kira menang dah tu...

hebat2... umi tengok dah semua video yang mama share kat umi...

kipidap....!!!.. umi tumpang bangga.... :)


Julie Shahril said...

cpl: macehhhh. kalau umi dtg boleh tlg jadi photographer...hikhikhik

SuzieLAWAti said...

baru la thrill .... nak memblog...

dah nak pegi tempat lain baru hupdate... hahahaa

SuzieLAWAti said...

ko main tutop botol tak..?!... batu seremban ... ahaahhhaaaa....

Unknown said...

Hi sis. Sy plan nk pindah area sek 14 tu. So tgh survey2 taska utk anak. Boleh tau tak berapa range harga taska ni.